I am what I am…………..
Ramai yang menganggap kerja sebagai pemandu lori adalah senang. Hanya pegang stereng dan tuju ke destinasi yang dikehendaki. Hakikatnya, cabaran serta tanggungjawab yang cukup berat dan tidak mudah apatah lagi jika menjadi pemandu lori yang mempunyai 10 hingga lebih biji tayar dengan panjangnya lebih 20 meter.
Inilah kerjaya suamiku iaitu pemandu lori simen. Rutin pemanduan yang dilakukannya tak kira pada waktu siang atau malam sewaktu kita semua enak diulit mimpi perlu dilunaskan kerana sebagai pengangkut bekalan simen yang dipesan untuk pembinaan mesti sampai ke destinasi yang ditetapkan. Jika tidak sampai pada waktu yang diperlukan ia bakal menyusahkan pihak yang lain. Sampaikan waktu makan pun tak tetap.


Selain tekanan kerja yang teruk, faktor keselamatan ketika berada di jalan raya juga perlu dititikberatkan kerana apabila bercakap soal kenderaan berat, risiko mereka ‘membunuh’ pengguna kenderaan ringan lain secara tidak sengaja lebih tinggi.
Menjadi pemandu lori juga perlu banyak bersabar. Jika kenderaan lain boleh memecut 80 hingga 120 kilometer sejam (kmj), lori yang lazimnya membawa muatan lebih seperti 10.00 meter (simen), hanya dipandu pada kelajuan 50 hingga 70 kmj. Itu belum lagi ketika mendaki bukit, mahu jarum meter turun kepada 20 kmj yang ada ketika kenderaan itu dilihat seolah-olah tidak bergerak, sehingga mengundang cacian dan makian pemandu kenderaan lain yang mengekorinya tambahan pula jika di laluan tidak dibenarkan memotong. Bagaimana pula dengan kawasan pembinaan yang tidak sama situasinya seperti di jalanraya. Begitulah sukarnya bergelar pemandu lori sama ada memandu lori treler, lori kontena, lori tangki, lori simen mahu pun lori yang membawa jentera berat seperti jentolak dan kren.





Pun begitu masih ramai yang meminati pekerjaan seperti itu dan menjadikannya sebagai punca utama rezeki demi menyara keluarga. Inilah kerjaya Papable. Minatnya pada kenderaan berat meletakkan Papable sebagai pemandu yang berkaliber. Mamable dan anak-anak tidak berasa malu malah ia membanggakan. Doa Mamable dan anak-anak selalu mengiringi Papable walau di mana saja Papable berada.