Filem Malay Regiments Berkisar Pengorbanan Askar Melayu Melawan Musuh Negara


malayregiment

XFX07yb

I am what I am……..

Kalau nak tahu, Mamable jarang pergi panggung wayang. Selalunya menonton filem-filem baru di Astro bersama anak-anak. Tetapi untuk kali ini, Mamable tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan perdana filem Malay Regiment di MMCineplex, E@Curve Damansara pada 24.08.2017 (Khamis) lepas.

Kemunculan filem Malay Regiment ini amat bersesuaian dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60 dengan slogan ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia. Ini akan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya. Ungkapan PANTANG BERUNDUR melambangkan kecekalan dan semangat juang yang tinggi di kalangan anggota perajurit dan ia juga mencerminkan kesediaan dan kesanggupan setiap anggota pasukan untuk berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan kedaulatan serta kesucian tanah air tercinta.

PENGENALAN FILEM MALAY REGIMENT

Dato’ Jurey Latiff Rosli merupakan Pengarah dan Penerbit untuk filem Malay Regiment ini dan beliau berharap filem ini digarap bagi membangkitkan kesedaran kepada rakyat Malaysia terhadap jasa perajurit yang telah mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.

Filem Malay Regiment diterbitkan bagi membangkitkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. Sepanjang INSURGENSI ramai anggota tentera yang terkorban dan tercedera malah ada yang mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini. Wira-wira tidak didendang ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari ini. Malay Regiment juga mengupas wasiat yang ketiga dalam 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang wajib diketahui seluruh rakyat untuk dipertahankan oleh orang-orang Melayu. Simbolik perjuangan  dan falsafah perjuangan Askar Melayu diangkat sebagai salah satu wasiat. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. Sesuatu tersirat yang ingin disampaikan bahawa orang Melayu sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran keamanan dan kemewahan juga akan dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah semangat Melayu sebenar-benarnya yang mahu ditonjolkan menjadi contoh dalam memastikan keharmonian dan keamanan terjamin untuk semua rakyat hidup bersama-sama. Maka dengan itu bangsa-bangsa lain seharusnya menghormati pengorbanan dan perjuangan ini seterusnya menerima bangsa Melayu adalah tuan kepada bumi Malaysia. 3 pertempuran dipaparkan  dalam Malay Regiment yang memperlihatkan bahawa anggota tentera dari Regimen Askar Melayu Diraja sanggup mati demi Negara tercinta. Mereka tidak gentar walau nyawa jadi galang gantinya. Semangat Melayu inilah yang mahu ditonjolkan bagi menyatupadukan orang-orang Melayu.

Keberanian Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt Muda Abdul Razak dan seorang lagi wira yang tidak didendang yang sungguh bersemangat disamping kecintaan yang tinggi kepada agama bangsa dan tanahair dipaparkan dalam mesej tersurat dan tersirat dalam Malay Regiment. Malay Regiment memaparkan semangat Askar Melayu yang bersumpah taat setia kepada Raja-Raja Melayu sanggup berkorban demi agama bangsa dan tanahair.

SINOPSIS FILEM MALAY REGIMENT

Filem perang ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1976 semasa Operasi Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

Kisah perjuangan ini telah menarik minat dan perhatian cucu kepada Kapten Zainal, Leftenan Hamid dan Leftenan Muda Razak untuk mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang telah berlaku semasa datuk mereka berkhidmat sebagai tentera. Pertemuan dengan Mejar Jeneral bersara Abu Bakar telah merungkai segala persoalan dan kisah disebalik pertempuran yang berlaku. Kisah datuk-datuk mereka telah menginsafkan mereka sehingga membuatkan mereka berbangga menjadi sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan tanahair dari ancaman komunis

GAMBAR-GAMBAR FILEM MALAY REGIMENT DAN BEBERAPA BARISAN PELAKON 

malay regiment1

malay regiment2

malay regiment3

malay regiment4
Dato’ Ahmad Tamimi Siregar sebagai Kolonel Abu Bakar
malay regiment5
Normah Damanhuri sebagai Sabariah
malay regiment6
Kamal Adli sebagai Kamal
malay regiment7
Noni AF sebagai Noni
malay regiment8
Falisha Crossley sebagai Falisha
malay regiment9
Nad Zainal sebagai isteri Kapten Zainal Rashid
Image result for YUSWAISAR
Yuswaisar sebagai Kapten Zainal Rashid. Foto : http://gadissorban.blogspot.my 
Image result for z.zamri
Z.Zamri sebagai Leftenan Hamid. Foto : https://www.themoviedb.org

ULASAN MAMABLE

Rakyat Malaysia terutama generasi Y semakin “buta sejarah”, ini disebabkan mereka tidak terdedah secara langsung dengan sejarah perjuangan menentang penjajah. Oleh kerana itu, pembikinan filem Malay Regiment sepatutnya menjadi peluang kepada pembikin filem tempatan untuk memperkenalkan wira-wira negara kepada anak muda yang tidak mengenali dan mengetahui kewujudan mereka. Seperti yang kita tahu, filem patriotik seperti ini sukar dirakam dan pasaran untuknya sangat kecil dan kurang mendapat sambutan. Tetapi bukan untuk filem Malay Regiment kerana dengan tayangan perdana saja ia sudah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran dan mendapat sokongan daripada ramai jemputan dikalangan pelakon, penerbit filem dan rakan media.

Dimulakan dengan persembahan gimik daripada pendekar Melayu dan anggota tentera menyemarakkan lagi suasana majlis sebelum tayangan bermula. Mamable juga berpeluang berswafoto dengan beberapa pelakon sebagai kenangan Mamable untuk berblogging.

Filem yang berdurasi untuk 1 jam 30 minit ini telah membuatkan Mamable berasa bangga dengan perajurit yang sanggup bermati-matian dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara kita. Jalan cerita dan mesej yang disampaikan mudah difahami dan tidak terlalu berat untuk ditonton. Unsur suspen dan sedih ketika sebuah helikopter tentera meletup dan mengorbankan anggota perajurit kerana diserang pengganas komunis amat meruntun jiwa.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa babak yang perlu untuk penambahbaikan seperti kurang menimbulkan rasa sebak dan sayu, tetapi Mamable sendiri boleh nampak usaha yang banyak telah dijalankan dalam pembikinan filem ini seperti teknik olahannya yang menarik perhatian dengan latar belakang suasana, grafik, kesan khas dan kostum para pelakon selari dengan suasana tragedi sekitar tahun 1970an. Amat sesuai ditonton bersama keluarga dan rakan.

 

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, people smiling, selfie, closeup and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, indoor and food

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor and closeup

SAKSIKAN MALAY REGIMENT DI PAWAGAM PADA 31.08.2017 

Filem Malay Regiment bakal ditayangkan di semua pawagam di seluruh negara pada 31 Ogos 2017 sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 pada tahun ini.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s