Konsert ChildAid Asia Kuala Lumpur 2017 – Persembahan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik Tetapi Berbakat Dalam Seni Persembahan


I am what I am……….

Sekali lagi Mamable mendapat jemputan daripada Cik Irene Teng Teng untuk menyaksikan konsert ChildAid Asia Kuala Lumpur 2017 di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 26 Ogos – 27 Ogos 2017. Tanpa membuang masa Mamable terus ‘search google’ mencari lokasi KLPAC. Senang nanti Mamable tak kelam kabut. Rupanya KLPAC terletak di Sentul Park, Jalan Strachan, off Jalan Sultan Azlan Shah, 51100, Kuala Lumpur.

ChildAid Asia Kuala Lumpur merupakan sebuah konsert berbentuk amal yang bertemakan ‘Magical By Youth For Youth’. Konsert pada tahun ini  merupakan edisi yang kelima dan anjuran bersama Smile Team, The Actors Studios, 2 Fine Art & Music serta Kelab Kiwanis Damansara itu telah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia walaupun ia menjadi acara amal tahunan di Jepun dan Singapura.

Sebelum konsert bermula, Mamable sempat berswafoto bersama-sama blogger yang lain. Tak sangka pula di KLPAC ini terdapat banyak lokasi yang menarik dan cantik untuk bergambar. Terutamanya sesi penggambaran untuk perkahwinan.

Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor

Image may contain: 1 person, closeup and outdoor

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: plant, tree, grass and outdoor
Foto oleh Cik Joanne (Blogger)
Image may contain: 7 people, people smiling
Foto oleh Cik Joanne (Blogger)
Image may contain: 2 people, people smiling, closeup and outdoor
Mamable bersama Cik Ellie Toh (Blogger)

Setelah selesai berswafoto, Mamable dan rakan-rakan media yang lain telah dipanggil untuk menghadiri satu persidangan akhbar. Di persidangan akhbar tersebut, Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Vincent Lim dan Dr. Mario De Castello merupakan tetamu terhormat untuk konsert tersebut. Juga yang hadir ialah Presiden Kelab Kiwanis Damansara iaitu Siaw Wei Tang dan Encik Ralph Lim selaku pengasas Child Aid Asia Malaysia. Segala persoalan mengenai konsert amal ini telah dijawab dengan jelas dan upacara penyerahan cek sumbangan berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor
Foto oleh Jurugambar Michael Marvin
Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Foto oleh Jurugambar Michael Marvin

Menarik perhatian Mamable ialah hasil kerja tangan kanak-kanak seperti penggantung kunci, poskad, sabun, anak patung dan banyak lagi. Barangan tersebut bukan untuk dijual dan ia boleh diambil sebagai cenderahati. Tetapi pada mereka yang ada akal dan fikiran, bolehlah beri sedikit sumbangan secara ikhlas.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: food
Anak patung comel hasil kerja tangan kanak-kanak yang berbakat
No automatic alt text available.
Poskad, penggantung kunci dan sabun – barangan yang sempat Mamable ambil. Haaa dengan sumbangan yang ikhlas untuk mereka.

Image may contain: 1 person, sitting and dog

 

Mamable telah menyaksikan persembahan hebat yang terdiri daripada 100 orang remaja dan kanak-kanak yang berbakat dari beberapa buah negara Asia dan Jepun.  70% daripada mereka merupakan anak-anak tempatan. Konsert amal ini diadakan bagi memberi manfaat kepada kanak-kanak tersebut dengan menyediakan kemudahan kepada mereka yang berbakat tetapi kurang bernasib baik dalam mengembangkan potensi bakat diri. Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membeli alat-alat muzik selain membayar gaji kepada tenaga pengajar. Justeru itu, ChildAid Asia Kuala Lumpur telah tampil untuk membantu mereka dan membawa mereka menuju masa depan yang lebih baik.

Lagu tema ‘A World to Imagine’ merupakan lagu pembukaan dan dikomposkan oleh Iskandar Ismail. Dua jelitawan iaitu Li Ann dan Renee merupakan emcee untuk konsert ChildAid Asia KL pada tahun ini. Persembahan daripada Lau Jay Earn yang merupakan pemain biola dan beatboxer telah memukau perhatian para jemputan yang hadir.

Diikuti persembahan tarian India klasik dari Mahavidya Dance Theatre. Gerakan tarian klasik yang cantik telah mendapat tepukan gemuruh. Konsert ini diteruskan dengan persembahan koir dan  alunan simfoni orkestra daripada pelbagai alat muzik yang diterajui oleh anak-anak muda yang berbakat. Mencuri tumpuan adalah penari latar untuk simfoni orkestra Beauty and The Beast iaitu si cilik Young Bennett Soo dan Michelle Lam.

Image may contain: 1 person, on stage, indoor and closeup

Image may contain: one or more people and people standing
Pembukaan persembahan. Foto oleh Cik Irene Teng Teng
Image may contain: one or more people
Dua jelitawan sebagai Emcee untuk konsert ChildAid Asia KL iaitu Li Ann dan Renee

Image may contain: one or more people, people on stage and people sitting

Image may contain: one or more people, people on stage and concert

Image may contain: one or more people and people on stage

Image may contain: 1 person, on stage and dancing

Image may contain: one or more people, people on stage and indoor

Persembahan Konsert ChildAid Asia 2017 Kuala Lumpur di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) yang penuh dengan keajaiban dan persembahanyang setaraf antarabangsa ini telah mendapat ‘standing ovation’ daripada hadirin semasa persembahan penutup. Ini membuktikan bahawa mereka ini bakal meletakkan Malaysia di mata dunia.

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Konsert ChildAid Asia Kuala Lumpur 2017 – Persembahan Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik Tetapi Berbakat Dalam Seni Persembahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s