SkySymphony Tarikan Baru Di Resort World Genting


Image result for kinetic balls show

I am what I am…….

Mamable tertanya-tanya  apa yang dimaksudkan oleh Irene dengan Winch Show atau Kinetic Balls Show. Apa yang Mamable tahu tenaga kinetik ialah tenaga yang tersimpan di dalam objek yang bergerak. Wow!! tak sabar rasanya nak tengok pertunjukan tersebut. Pasti sesuatu yang menakjubkan bakal berlaku di Sky Avenue nanti.

Seperti yang dijanjikan oleh Irene, lebih kurang pada pukul 2.00 petang, semua rakan media berkumpul di Sky Avenue untuk menyaksikan Kinetic Balls Show tersebut. Masing-masing bersiap sedia dengan kamera dan telefon bimbit di lokasi yang betul-betul strategik untuk melihat sendiri pertunjukan itu.

Image may contain: night
Pertunjukan  Kinetic Balls – The Goddess
Image may contain: night and indoor
Pertunjukan Kinetic Balls – Urban Symphony

No automatic alt text available.

Image may contain: night

Apabila lampu-lampu LED mula dinyalakan, semua mata tertumpu pada kumpulan bola-bola yang bergantungan di siling. Bergerak mengikut alunan muzik dan paparan cahaya yang bertukar-tukar  menarik perhatian para pengunjung yang berada di situ. Para pengunjung menikmati persembahan tersebut dengan santai  sambil menghayati alunan muzik dan ada juga yang merakam melalui telefon bimbit. Persembahan Kinetic Balls tersebut mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 minit.

Rupa-rupanya inilah yang dimaksudkan dengan Kinetic Balls Show atau SkySymphony . Ia merupakan satu persembahan teater cahaya dan bunyi yang terbaru dari Resort World Genting untuk para pengunjungnya. SkySymphony diadakan di tengah-tengah atrium di aras 1 Sky Avenue yang berdekatan dengan kaunter Rewards Genting. Tarikan terbaru oleh Resort World Genting yang bakal merubah sebuah resort di mata dunia dengan gaya penyampaian cerita secara penggunaan visual audio, cahaya dan pergerakan kinetik yang hebat.

Penyampaian cerita-cerita melalui transformasi dinamik dengan penggunaan 1001 biji bola yang digantung dari siling dengan ketinggian bangunan empat tingkat. Setiap persembahan disertai dengan dengan visual sinematik yang hidup dan alunan campuran muzik original.

Terdapat 3 pertunjukan SkySymphony iaitu Forest, Urban Symphony dan The Goddess.

Forest – mempersembahkan hutan sebagai alam semesta di mana terdapat spesis yang terancam di Asia Tenggara seperti Harimau Sumatera, Orang Utan Borneo, Gajah Asia, Badak Sumatera dengan lukisan 3D yang berwarna-warni.

Urban Symphony – Menyuntik aktiviti seharian kita dengan bermula dari bangun pagi hingga ke malam. Animasi-animasi yang dipaparkan mengikut pemilihan  muzik yang menggembirakan.

The Goddess – pertunjukan yang diilhamkan oleh dewa dewi kayangan mengenai kehidupan sebuah penciptaan.

Info penting :

  • SkySymphony merupakan pemasangan winch yang kekal dan terbesar di Asia.
  • SkySymphony adalah daya tarikan multimedia yang pertama di Asia.
  • Terdapat 3 pertunjukan  SkySymphony iaitu Forest, Urban Symphony dan The Goddess.
  • Penggunaan 1001 biji bola yang digantung di siling dengan ketinggian bangunan empat tingkat.
  • Program dengan kelajuan terpantas 17.5 meter dalam 6 saat.

Lokasi – Aras 1, Sky Avenue.

Waktu pertunjukan -Setiap hari ditayangkan setiap 2  jam pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan pada pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam pula akan ditayang setiap 1 jam.

https://www.rwgenting.com/attractions/SkySymphony/

Pertunjukan adalah percuma.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s