I am what I am…….
Brooklyn, New York mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebuah bandar metropolitan yang terkenal dengan restoran, muzik, fesyen dan sebagainya. Kalau nak tahu, pizza dan spaghetti merupakan pilihan utama bagi mereka yang tinggal di sana. Bukan itu saja, muzik juga memainkan peranan yang penting dalam cara hidup di Brooklyn. Deretan kedai dan gerai yang cantik membarisi jalan-jalan utama di bandar Brooklyn. Sebuah bandar yang tidak akan tidur. Happening dari terbitnya fajar hingga terbenamnya sinaran matahari.
Mamable tak perlu terbang ke Brooklyn, New York untuk merasai dan menikmati sendiri ‘lifestyle’ yang cepat, mudah dan ringkas. The most awesome apabila Resorts World Genting sendiri telah membawa Brooklyn merentasi Aras 2 di SkyAvenue pada 30.09.2017 yang lepas. Festival ‘Brooklyn Day Out’ bermula dari pukul 12.00 tengahari hingga 10.00 malam.


Resorts World Genting menganjurkan Festival ‘Brooklyn Day Out’ ini adalah bertujuan untuk meraikan pelancaran pembukaan Restoran Motorino Pizza di SkyAvenue, Genting. Sebuah restoran yang popular di Brooklyn dengan menghidangkan pizza yang dimasak dan dibakar dengan menggunakan ketuhar kayu yang diimport khas dari Itali.
5 elemen dapat dirasai di Festival ‘Brooklyn Day Out’ ini iaitu :
1. Olfactory – bau
2. Auditory – bunyi
3. Tactile – sentuhan
4. Gustatory – rasa
5. Visual – lihat
Melangkah masuk ke Festival ‘Brooklyn Day Out’, Mamable terhidu aroma keenakkan pizza yang baru dibakar dari kiosk Motorino Pizza. Terdapat kiosk lain yang menyediakan menu-menu dari Motorino Pizza iaitu Chicken Meatballs dan Chicken Wings. Mamable menggunakan kupon untuk menikmati semua hidangan dari restoran Motorino Pizza ini. Kupon tersebut telah diberikan semasa pendaftaran di pintu masuk ke festival ini. Setiap rakan media akan diberikan 1 booklet kupon setiap seorang. 1 booklet mengandungi 5 keping kupon, haaa makanlah sepuashati.





Selain kiosk Motorino Pizza, terdapat juga kiosk untuk minuman nescafe, salad, kek Tiramisu, popcorn dan cotton candy. Haa kiosk-kisok ini tidak akan menggunakan kupon kerana ia akan diberi secara percuma kepada semua pengunjung.
Bagi mereka yang suka bergambar, berselfie bagai…terdapat photobooth yang lengkap dengan pelbagai aksesori yang boleh digayakan ketika bergambar dan gambar kita siap dicetak dan diberikan kepada kita pada waktu itu juga. Di photobooth ini, kita diberi 3 style untuk bergambar. Dan ia adalah percuma. Mamable tidak melepaskan peluang yang ada untuk bergambar.
Gerai tatoo…tetapi bukan tatoo yang betul-betul tau. Tak payah nak cacah tatoo cuma menggunakan sticker. Bermacam jenis design dan bentuk yang boleh menjadi pilihan para pengunjung.
Gerai ini mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung. Dua orang kartunis berbakat ini akan melukis wajah kita dalam masa 15 minit lebih. Dengan penggunaan marker pen saja, kalau Mamable yang lukis jangan haraplah.

Persembahan daripada Dan Shiv (DJ Set), Radio 3000, Aina Abdul, NYK, Octopussy Dance Crew, Zamaera, Jay & RD dari Hitz FM, Ryot Jones dan Kyoto Protocol telah menghangatkan lagi suasana sejuk di festival tersebut. Menyaksikan persembahan mereka dengan cara lebih santai. Nak menari pun boleh kerana tiada siapa yang menghalang. Berparti dan bergembira.
Sekali lagi Mamable dapat berjumpa Cik Chelsea Chil Hsia Wong (bekas ratu cantik dunia untuk Malaysia) yang merupakan emcee untuk festival ini. Beliau seorang yang tidak sombong, cantik dan berbudi bahasa. Siap Mamable beri gelaran lagi pada beliau iaitu Angel.
Terdapat kiosk membeli 1 kotak pizza bersaiz sederhana besar dengan pemberian 2 tiket.
Parti kami belum berakhir di sini. Mamable dan rakan media yang lain di bawa menyaksikan ‘winch show’ dan kali ini Mamable dapat menyaksikan 3 pertunjukkan sekali gus iaitu The Goddess, Urban Symphony dan Forest.



Mamable dan rakan media yang lain amat happy dengan festival yang dianjurkan ini. Mamable seolah-olah berada di Brooklyn, New York tau. Terasa 5 elemen yang Mamable beritahu tadi iaitu bau, bunyi, rasa, sentuhan dan lihat.
Jutaan terima kasih Irene (PR Assistant Manager – Resorts World Genting) kerana menjemput Mamable ke Festival ‘Brooklyn Day Out’ ini. Satu memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Mamable bersama rakan-rakan media yang turut bergembira di festival ini.

