Majlis Pelancaran Urutan Malaysia ‘Proudly Malaysia, Inspired Tradition’


Image may contain: 2 people, text

I am what I am……….

Setiap orang tidak kira wanita atau lelaki, mereka lebih mementingkan penjagaan kesihatan badan, kulit dan wajah. Ini akan memberi kesan yang positif dari dalam diri dan meningkatkan keyakinan terutamanya untuk berurusan dengan orang ramai.

Oleh itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) memperkenalkan teknik Urutan Malaysia sebagai produk baru bagi pelancongan negara.

Image may contain: one or more people and indoor
Pendaftaran di Aras 3 – Grand Hibiscus di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur.
Image may contain: 3 people, people standing
Para tetamu yang hadir

Image may contain: one or more people, people walking, people standing and indoor

Kuala Lumpur, 02.10.2017 – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama oleh Malaysian Association of Wellness and Spa (MAWSpa) dan Association of Malaysia Spas (AMSpa) telah melancarkan Urutan Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu YBhg. Datuk Mas Ermiyatie binti Samsuddin. majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan MOTAC, Agensi dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan serta penggiat-penggiat industri spa Malaysia.

Gambar oleh Denai.my
Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Pelancaran muzik tradisonal ‘Therapy & Healing’.

Bertemakan ‘Proudly Malaysian, Inspired Tradition’, Urutan Malaysia dibangunkan untuk menambahkan kepelbagaian produk spa sebagai tarikan pelancongan baharu Malaysia yang akan berkembang gah serta menjadi salah satu’Malaysia Signature’ dan akan ditawarkan di spa-spa seluruh Malaysia.

Menurut YBhg. Datuk Mas Ermiyatie, Urutan Malaysia ini adalah gabungan teknik terbaik urutan tradisional kaum Melayu, Cina, India, Peranakan dan etnik Pribumi Sabah dan Sarawak ini bakal bersaing dengan urutan negara lain yang kini membanjiri premis spa di negara ini.  Seramai 20 orang tenaga pengajar Urutan Malaysia yang bertauliah melalui Program latihan Tenaga Pengajar Urutan Malaysia. Urutan Malaysia ini juga diwajibkan bagi memperoleh penarafan bintang ahli terapi spa.

Image may contain: 6 people, people sitting
Sidang media

Teknik urutan Melayu untuk belakang badan, Cina (pernafasan dan rendaman kaki), India (kepala) dan pribumi pula untuk kaki, bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan.

Untuk teknik urutan Melayu, minyak untuk mengurut yang digunakan adalah daripada minyak kelapa yang dicampurkan dengan rempah ratus seperti halia, kunyit hidup, serai, lengkuas, pandan, kayu manis, ketumbar, kayu merah dan lada. Teknik urutan Melayu adalah pada urat di seluruh badan dan bahagian kaki.

Bagi elemen Cina, penggunaan ‘tui na’, iaitu kaedah memicit dan tarik digunakan dalam urutan tradisional Cina bagi mengurangkan ketegangan otot dan sistem saraf serta mempengaruhi jalur meridian tubuh manusia.

Urutan yang diamalkan oleh masyarakat India pula adalah urutan pada bahagian kepala, tengkuk dan bahu.

Urutan ini mengambil masa selama 90  minit dengan penggunaan herba dan rempah tradisional yang sememangnya sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia. teknik Urutan Malaysia mampu memberi ketenangan, menyegarkan malah ia juga melegakan tubuh kita. Urutan ini banyak menggunakan tapak tangan untuk menyebarkan tekanan secara sekata.

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: food

Image may contain: plant and food

No automatic alt text available.

Dalam masa yang sama, muzik ‘Therapy & Healing’ dan Roadshow TOT telah dilancarkan. Ini bermakna Urutan Malaysia akan dibawa terus ke London semasa World Tourism Mart pada 06.11.2017 hingga 08.11.2017 bagi mempromosikan secara meluas ke luar negara dan bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s