I am what I am……..
Berinspirasikan suasana dan dekorasi di Jepun, restoran ini menyajikan sajian yang autentik dan lain dari yang lain kerana ia membabitkan daging lembu wagyu.
Istimewanya makanan negara Jepun adalah hidangannya yang disusun kemas dan cantik. Mereka menyajikan hidangan yang berkualiti, segar, sihat, kemas, disusun rapi dan cantik menjadi keutamaannya. Oleh itu masyarakat Jepun sendiri berpendapat dan mempercayai bahawa ‘makan guna mata’ yang bermaksud keindahan dan kecantikkan suatu hidangan itu adalah penentunya.
Apa Itu Daging Wagyu
Dah lama Mamable teringin nak makan daging wagyu ini, daging yang bersifatkan di antara daging yang terbaik dan termahal di dunia ini. Dikatakan dagingnya yang lembut umpama mentega yang cair ketika di dalam mulut. Lembu wagyu diternak di beberapa buah negara lain selain Kobe, Jepun seperti New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat. Pemakanan untuk lembu wagyu adalah seperti jagung, bijirin, herba alfalfa, barli dan jerami gandum. Kalau nak tahu, daging lembu wagyu ini mengandungi lebih tinggi kandungan asid fatty omega-3 dan omega-6.


Berbalik kepada ‘keterujaan’ nak memakan daging wagyu ini, seorang sahabat Mamable iaitu Racheal Loh yang merupakan blogger untuk FoodiLIFEcious dan juga founder/CEO untuk Foodilifecious mencadangkan Mamable dan beberapa rakan media yang lain ke sebuah restoran makanan Jepun iaitu Restoran Jepun Sango di Aras 2, Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.
Restoran Jepun Sango ini telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan merupakan restoran yang menghidangkan masakan asal dari negara Jepun. Walaupun cef-cefnya adalah dikalangan orang Melayu,tetapi mereka masih mengekalkan rasa dan keasliannya.
Sememangnya sajian ini amat cukup sesuai dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan pada kadar harganya yang sangat berpatutan. Secara rasionalnya harga hidangan daging lembu wagyu ini tidak semahal di hotel yang bertaraf 5 bintang tetapi rasa dan kualitinya pula lebih dari hidangan hotel 5 bintang.
Rasanya yang unik membuatkan Mamable diam dan menghayati kelembutan dan kesegaran daging wagyu. Setiap hidangan yang disajikan kepada kami memang ‘thumbs up’. Cukup sekadar kalau Mamable hanya mengungkapkan ‘perfecto’. Setiap kunyahan hanya cair begitu sahaja. Bayangkanlah sendiri ye…….sebab itulah jangan tunggu lagi, cepat-cepatlah ke ‘Sango Japanese Restaurant’ agar anda tidak kempunan.
Sango Beef Series




- Gyu Tataki Truffled Ponzu – RM38




Suasana Dan Dekorasi Di Restoran Jepun Sango
Restoran ini boleh menampung kapasiti seramai 108 orang untuk satu-satu masa. Untuk Private Tatami Room pula adalah seramai 18 orang. Mereka juga menyediakan tempahan secara persendirian untuk majlis dengan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM 38.00 seorang.

Lokasi Dan Info
Restoran Jepun Sango di Aras 2 Hotel Crystal Crown, Lorong Utara A, Off Jalan Utara Petaling Jaya 46200 Selangor.
Telefon : 03-7958 5228
Facebook : https://www.facebook.com/sangojap/
Instagram : https://www.instagram.com/sango.restaurant/