Rawatan Oxygen Infusion Di Skin Master


I am what I am……..

Wajah yang sempurna dan berseri menampilkan keyakinan dan daya tarikan seseorang. Namun, kesan pendedahan matahari dan impak alam sekeliling mampu menjejaskan kulit kita.

Setiap hari malahan beberapa kali dalam sehari Mamable pasti tengok diri Mamable di cermin. Bukan Mamable sahaja, malahan wanita lain juga lelaki pasti akan berkelakuan sebegini.

Semakin usia meningkat ia membuatkan kulit wajah memerlukan penjagaan yang rapi terutama bagi mereka yang sering terdedah pada cuaca panas, cahaya lampu, penyaman udara dan udara yang kurang bersih.

Tetapi di Skin Master, mereka boleh membantu kerana mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk menghilangkan ketidaksempurnaan dan mengembalikan wajah yang muda, sihat dan berseri kepada anda.

Image may contain: text

Masalah Kulit Wajah Yang Dihadapi Oleh Mamable :

Penuaan Kulit

Muka bercorak bagai peta dunia. Masa berlalu umpama air sungai yang mengalir deras. Sebagai sebahagian daripada proses penuaan, kesan pendedahan matahari dan impak alam sekeliling mula meninggalkan tanda-tanda mereka di permukaan kulit kita.

Kedutan dan garis-garis halus mula muncul – kulit kehilangan kolagen dan elastin, menjadi lebih nipis, kering, kurang elastic… Akhirnya, cermin memancarkan wajah Mamable yang layu.

Wajah Kering & Kusam

Wajah kering dan mengelupas? Walau banyak air yang Mamable minum, namun ia hanya menambahkan rasa ingin ke tandas. Minum air memang penting tetapi air yang kita minum tidak akan disalurkan secara langsung ke lapisan kulit kita. Kulit yang kering lebih baik jika dirawat dari luar. Pembersih muka yang tidak sesuai, minyak wangi, mandi atau berenang terlalu kerap, penghawa dingin, cahaya matahari, perubahan iklim dan faktor-faktor yang lain akan mempengaruhi kekeringan kulit kita sebenarnya. Kekeringan kulit tidak terhad kepada keadaan kulit yang ketat atau mengelupas. Tanpa penjagaan yang betul, kulit yang kering akan menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan penuaan pra-matang. Oleh itu, meningkatkan kelembapan kulit dan fungsi halangan kulit serta aplikasi sunscreen yang sesuai adalah cara yang lebih berkesan.

Lingkaran Hitam & Kantung Mata

Nampak macam Beruang Panda? Mamable pernah mencuba menutupi lingkaran gelap di bawah mata dengan solekan yang tebal, tetapi hasilnya ialah serupa penampilan zombie yang mengerikan dan boleh menyertai pesta Halloween pada bila-bila masa? Hahahaha…………

Lingkaran gelap di mata boleh membuat seseorang kelihatan tua, letih, sakit, tertekan atau hodoh. Faktor genetik, pembentukan melanin yang disebabkan oleh matahari, kurang tidur dan proses penuaan boleh memburukkan keadaan lingkaran gelap mata. Selain itu, Hyperpigmentation (pembentukan melanin yang berlebihan) juga boleh menyebabkan lingkaran gelap mata.

Jerawat, Parut & Pori-pori 

Berani keluar tanpa mekap? Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang biasa muncul di wajah, sering dikenali sebagai bintil-bintil merah, radang bernanah, atau pun bonjolan besar. Tetapi Mamable taklah sampai bernanah bagai……cuma parut jerawat saja yang sering kali menghantui diri. Walaupun ia tidak mampu mengancam nyawa seseorang, jerawat boleh menyakitkan dan menyebabkan impak dari segi fizikal dan emosi. Bukan saja remaja yang mengalaminya, ada banyak orang dewasa yang bekerja meminta bantuan rawatan jerawat.

Faktor yang menyumbang kepada jerawat termasuk hormon tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan, penjagaan kulit yang tidak betul, pendedahan kepada bahan kimia, kosmetik, ubat-ubatan dan tekanan fizikal di muka (misalnya: tali dagu topi keledar, kolar, cermin mata dan pemakaian tudung).

Parut jerawat dan pori-pori yang besar juga boleh dikurangkan dengan rawatan laser. Haaaaaa untuk rawatan ini, Mamable kena melalui rawatan Oxygen Infusion dulu.

Skin Master Boleh Membantu :

Mamable Diberi Rawatan Wajah – Wap Muka, Microdermabrasion, Serum, Oxygen Infusion & Mask

Sebelum rawatan oksigen bermula, wajah Mamable dibersihkan terlebih dahulu untuk memastikan ia bebas daripada kotoran dan solekan.

Steaming – Wap panas boleh mengecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Dibiarkan wap itu meresap dalam kulit lebih kurang 5 – 7 minit.

Image may contain: 1 person, closeup

Microdermabrasion – Microdermabrasion adalah salah satu kaedah keremajaan kulit secara fizikal yang sangat sering dilakukan. Prosedur sedutan seperti vacuum bahagian kulit paling luar. Tujuan mikrodermabrasi adalah membuang lapisan kulit mati, menampakkan kulit baru sehingga kulit tampak lebih cerah dan lembut. Penggunaan vakum dalam sistem ini juga membantu untuk meningkatkan peredaran darah di kulit. Ia juga sesuai untuk menarik keluar whitehead dan blackhead. Doktor Nasha kata semua orang ada blackhead dan whitehead di muka. Hahahah Mamable tak terfikir pula sampai ke situ…….

Image may contain: 1 person, closeup

Image may contain: 1 person, closeup

Rawatan Oxygen Infusion – Kalau nak tahu, kekurangan kemasukkan oksigen dan nutrien ke kulit juga boleh menyebabkan dehidrasi kulit. tanda kulit kekurangan oksigen apabila timbul kedut halus dan kuli wajah tampak kusam tak bermaya. Rawatan wajah Oxygen Infusion ini bukanlah rawatan yang menggunakan laser, suntikan atau bahan kimia. Rawatan ini amat sesuai untuk kulit orang Asia seperti kita. Salah satu terapi wajah yang baik untuk meremajakan kulit adalah rawatan muka oksigen. Prosedur ini tidak menyakitkan dan ia membekalkan oksigen ke dalam kulit supaya boleh bertindak lebih pantas untuk kecantikkan dan kesihatan kulit wajah. Menggunakan 100% Oxygen Infusion ke dalam kulit muka dan memberikan 1001 manfaat seperti:
– melancarkan peredaran darah dan kesegaran pada kulit muka.
– mengawal lebihan minyak pada wajah.

– meningkatkan keanjalan kulit agar lebih sihat, halus dan mulus.

– mencerahkan kulit serta mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.

– mengawal kadar penuaan dan kedutan di wajah.

Image may contain: 1 person, closeup

Peptide Serum & Herbal Serum – Serum merupakan suplemen yang baik untuk kulit seperti membantu kulit kekal anjal dan mengurangkan atau menghilangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Serum yang digunakan adalah bebas dari bahan kimia. Baunya yang harum membuat Mamable lena dibuai mimpi.

Image may contain: 1 person, closeup

Mask – Bukan rawatan mask muka seperti menempelkan sesuatu di muka kita tetapi muka yang ditutupi dengan penutup lutsinar. Kiranya macam ala-ala angkasawan nak berlepas. Hehehe…..lawak saja. Tujuan mask adalah untuk merehatkan muka daripada segala prosedur yang kita lalui tadi.

Image may contain: 1 person

Sunblock – Dr. Ravin & Dr. Nasha nasihatkan Mamable memakai sunblock untuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA & UVB. Ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen. Juga menjaga kulit dari kecepatan kadar penuaan kulit seperti kedutan, kenduran, bintik-bintik hitam & jeragat.

Image may contain: 1 person, selfie, closeup and indoor

Pusat Kecantikkan Skin Master

Skin Master menawarkan perkhidmatan profesional oleh doktor perubatan bertauliah dan peramah yang pastinya menjamin keselamatan dan kebersihan tanpa keraguan terhadap kesan sampingan. Bagi menjamin kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, Dr. Ravin akan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelanggan sebelum rawatan diberikan. Jenis rawatan bergantung kepada keadaan kulit yang sudah dianalisis. Dalam usaha memastikan rawatan yang diperoleh berkesan atau sebaliknya, Skin Master akan sentiasa mengikuti perkembangan para pelanggannya.

Yang paling menarik, pusat kecantikan Skin Master yang terletak Q Sentral, Kuala Lumpur ini sedang menawarkan rawatan oksigen pada harga PROMO ISTIMEWA iaitu RM199 (harga originalnya ialah RM350). Untuk mendapatkan harga promo tersebut Mamable hanya perlu klik LIKE & FOLLOW  Skin Master KL di Facebook dan Instagram.

Facebook – https://www.facebook.com/skinmasterkl/

Instagram – htpps://www.instagram.com/skinmasterkl/

No automatic alt text available.
Facebook – https://www.facebook.com/skinmasterkl/
No automatic alt text available.
Instagram – htpps://www.instagram.com/skinmasterkl/

Bersama Skin Master menerokai potensi kecantikkan kita dan mengembalikan semula keyakinan dalam diri kita.

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Image may contain: 1 person, smiling, closeup
Wajah Mamable sehari selepas menjalani rawatan Oxygen Infusion di Skin Master. Wajah ternyata lebih sihat dan segar. Terima kasih Skin Master.

Info Skin Master

 

Skin Master – 13-03, Aras 3, Q Sentral, Jalan Stesen 2, 50470 Kuala Lumpur.
Hubungi – 03-2720 1380 / 011-3383413
Beroperasi pada hari Isnin – Sabtu pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

 

 

20 thoughts on “Rawatan Oxygen Infusion Di Skin Master

  1. Wah seronom dpt pengalaman cuba oksigen terapi nim tapi memang betul. ada juga dengar perkongsian dari seorang Dr kulit. sunblock mmg lagi penting dari pelembap. Bagus utk lindungi kulit dari rosak dari sinran uv

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s