The Glow Of Lights Di Sungei Wang Plaza


I am what I am………

Pelik rasanya jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana perayaan itu sendiri mempunyai maksud Pesta Cahaya. Antara sebab mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Kuala Lumpur, 13.10.2017 – Mamable telah mendapat jemputan daripada Sungei Wang Plaza bagi memeriahkan lagi perayaan Deepavali ini. Dengan bertemakan ‘The Glow Of Lights’, Sungei Wang Plaza untuk pertama kalinya mempersembahkan ‘kolam’ yang sentiasa bercahaya. Berlainan dengan kolum yang kita lihat di tempat lain, seperti ia memberi sinaran di segenap sudut Sungei Wang Plaza dan memberi keceriaan kepada para pengunjungnya.

No automatic alt text available.

Hiasan ‘kolam’ ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan ‘kolam’ di pintu masuk rumah mereka.

Kemahiran membuat ‘kolam’ ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga penganut lain di dunia.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Oleh itu bermula dari 13hb Oktober – 29hb Oktober ini, Sungei Wang Plaza tidak ketinggalan bersama-sama menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena Hari Deepavali pada tahun ini. Antaranya :

  1. 14hb Oktober – 18hb Oktober – Bollywood Dance di pentas area Concourse pada pukul 4.00 petang. Para penari akan mempersembahkan 2 jenis tarian setiap kali persembahan.
  2. 14hb Oktober – 18hb Oktober – di aras LG terdapat kiosk henna disediakan. Para pengunjung boleh memilih sendiri design henna yang cantik dan terkini. Dilukis sendiri oleh Cik Siti iaitu mak andam pengantin.
  3. 14hb Oktober – 18hb Oktober – Glow of Lights Workshop di area Concourse pada pukul 2.00 petang. Para pengunjung dan kanak-kanak boleh merasai sendiri keseronokan meriahnya dengan menyertai bengkel Deepavali.
  4. 14hb, 15hb & 18hb Oktober – Kacang Putih Giveaway Session di area Concourse pada pukul 4.30 petang. Sungei Wang Plaza dengan berbesar hati akan memberikan kacang secara percuma kepada para pelanggan yang bertuah.
  5. 15hb Oktober – Cilik Bollywood & Ratu Sehari di area Concourse pada pukul 1.00 tengahari. Menyaksikan keletah anak-anak kecil memperagakan pakaian dan aksi mereka di pentas runaway. Bagi mereka yang ingin membina mahligai cinta, ada juga pertunjukan pakaian pengantin Ratu Sehari. Yusoff Tony yang merupakan Mr. World Malaysia merupakan hakim yang akan mengadili program Cilik Bollywood ini.

Memakai Henna

Mamable tidak ketinggalan memakai henna ini. Bukan tak pernah pakai henna cuma caranya saja yang berlainan. Maksudnya henna yang dilukis di atas tangan. Henna adalah bahan yang digunakan untuk menghias tangan, sedangkan seni melukis dengan henna di anggota badan disebut mehndi. Henna berasal dari bahasa arab yang merujuk pada tanaman yang digunakan sebagai bahan membuat henna. Yang diketahui Mehndi adalah seni lukis yang telah dikenal sejak 5000 tahun yang lalu. Tradisi melukis tangan dengan henna ini bermula di India dan negara-negara Timur Tengah. Mereka menjadikan seni henna sebagai salah satu upacara penting mereka seperti pernikahan. Di era kini ramai yang memakai henna pada hari pernikahan mereka.

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: one or more people and closeup

Image may contain: food

Image may contain: 1 person, sitting, closeup and food

Suasana ‘The Glow Of Lights’

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 1 person, smiling, standing

Image may contain: 1 person, smiling, night

Image may contain: 1 person, smiling, standing and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and indoor

Bollywood Dance

Pada 14hb Oktober lepas, Mamable berkesempatan, menyaksikan persembahan Bollywood Dance di Sungei Wang Plaza. Tarian ini menggunakan pergerakan seluruh badan dengan tangan, kepala dan kaki akan bergerak mengikut rentak muzik.

Setiap pergerakan memiliki makna tersendiri, malah ada hubung kait dengan irama dan seni kata lagu. Tarian yang dipersembahkan seperti sebuah cerita yang mempunyai maksud tersendiri.

Image may contain: 3 people, people smiling, people on stage

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person, dancing, on stage and text

Image may contain: 1 person, on stage and text

Image may contain: 1 person, text

Masih tidak terlambat untuk merasai sendiri kemeriahan perayaan Deepavali di Sungei Wang Plaza ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s