I am what I am….
28.10.2017 – Resorts World Genting telah menganjurkan satu bengkel kecantikkan dan penampilan untuk para pengaruh media sosial – ‘Fashion Workshop With Influencers – Sephora, Esprit & Thomas Sabo’.
Penjagaan penampilan diri bukan saja ketika kita berada di luar rumah malahan juga ketika di dalam rumah. Bukan bererti kita perlu menyolek wajah dengan solekan tebal sebaliknya memadai dengan pemakaian solekan yang kemas dan ringkas.
Mereka yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar ini bukanlah sebuah nama yang biasa-biasa tetapi mereka adalah ‘branding’ untuk gaya terkini….mereka adalah :
1. Sephora
2. Esprit
3. Thomas Sabo
SEPHORA – merupakan ‘One Stop Beauty Destination’ yang menjadi pilihan bagi semua wanita yang ingin tampil cantik. Kini bukan wanita saja malah kaum lelaki pun HARUS menjaga penampilan diri. Sephora adalah untuk semua…….
Kini Sephora melebarkan sayapnya di SkyAvenue aras 2, Resorts World Genting. Ini memudahkan para pengunjung yang bercuti sambil membeli belah dan mencantikkan diri.
Sephora mempunyai pelbagai jenama eksklusif dan terkenal di peringkat antarabangsa seperti Marc Jacobs, Stila, Tarte, Skin Inc, Percy & Reed dan banyak lagi.
Mamable didedahkan dengan teknik dan tip solekan yang betul. Aspek terpenting dalam solekan ialah bedak asas yang betul dan bersesuaian dengan kulit kita. Dengan bedak asas inilah solekan kita dapat bertahan lebih lama dan solekan akan nampak lebih cantik.
Nur Saadah – Beauty Advisor dari Sephora telah menyolek Mamable dengan tatarias yang ringkas. Penggunaan warna emas untuk kelopak mata dan warna nude untuk bibir. Inilah kali pertama Mamable mengenakan warna emas dan nude.
Suasana Di Sephora, SkyAvenue Resorts World Genting
Info Sephora – Genting Highlands Resort, Lot No. T2A-49 & 50, Aras T2A, Sky Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang. Beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Hubungi 03-6101 3344 atau lawati https://www.facebook.com/sephoramalaysia/
Esprit dengan koleksinya yang menyerlahkan gaya pemakainya. Para penggemar jenama Esprit bolehlah ke SkyAvenue, Resorts World Genting untuk memiliki koleksi terbarunya.
Dikenali dengan gaya ranggi dan amat sesuai dipakai walau di mana saja kita berada dan apa jua acara atau majlis.
Mamable dan para pengaruh sosial media yang lain diberi pendedahan dan cara pemakaian yang betul.
Di bengkel ini, beberapa pengaruh media sosial telah dipilih sebagai model untuk memperagakan koleksi dari Esprit. Mereka adalah Reef aka Oppa, Abang Khir, Grace dan Lwin Wen Li.
Info Esprit – Genting Highlands Resort, Lot No. T2B-16, Aras 3, Sky Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang. Beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Atau lawati https://www.esprit.com.my/ FB – https://www.facebook.com/esprit.asia/
Thomas Sabo – Bagi mereka yang mengenali jenama aksesori Thomas Sabo sudah tentu sangat arif bahawa ia adalah salah satu jenama global terkemuka. Reka bentuknya mengikut trend terkini yang berorientasikan klasik, elegan dan ranggi.
Kini Thomas Sabo berada di SkyAvenue, Resorts World Genting. Memudahkan para pengunjung memiliki perhiasan berjenama mewah ini. Bukan kebetulan kalau ada pengunjung yang berbulan madu atau menyambut harijadi dan ingin mencari hadiah bolehlah ke Thomas Sabo. Koleksi-koleksi yang terdapat di Thomas Sabo:
1. Mala beads
2. Koleksi Dragon Nights
3. Koleksi Chakra
4. Koleksi Rebel of Heart
5. Lucky Charm
6. Together
7. Chokers
8. Royalty
9. Eye Catcher Charms
10. Diamond dan beberapa koleksi yang lain.
Puan Fiona, banyak memberi tunjuk ajar bagaimana memakai aksesori dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan pemakainya. Juga pendedahan pemakaian mix & match.
Beberapa pengaruh media sosial telah dipilih untuk pemakaian aksesori dari Thomas Sabo.
Info Thomas Sabo – Aras 3 T2B-35 SkyAvenue, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang. Beroperasi pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Atau lawati http://www.thomassabo.com/ FB – https://www.facebook.com/thomassaboMalaysia/
Suasana Minum Petang – ‘Fashion Workshop With Influencers – Sephora, Esprit dan Thomas Sabo’.
Mesti rasa bahagia kan – dimake up, dapat tips berpakaian dengan expert dan last menjamu mata dengan barangan kemas yang mahal. Bestnyer!
LikeLike
banyak info dipelajari dalam bergaya. Malahan Mamable dapat belajar selok belok makeup…..hahahaha maklumlah jarang makeup
LikeLike
Bengkel kecantikan nie memang ade style Dan class nya
LikeLike
jarang nak ambil bengkel cara pemakaian dan solek menyolek ni…..inshaallah mungkin 1 hari nanti
LikeLike
What a fun event to involve bloggers to be models for the day. A lot better than asking real models to parade in the clothes. Wished I could join in and pick up some much needed tips.
LikeLike
Me too tapi mereka tak pilih I pun…huhuhu…but yang penting semua happy
LikeLike
Nice to meet you Rose. Saya pun banyak belajar tentang mix and match fashion on that day.
LikeLike
hehehe……suka jumpa awak jugak
LikeLike
You guys had so much fun! Great to have the opportunity to get all these style advice
LikeLiked by 1 person
You boleh join next time
LikeLike
wow, semua branded tu, sephora, esprit, thomas sabo.. best la!
LikeLiked by 1 person
Memang branded…semua model yang pakai kena pulangkan haha. Yang kami bawa balik cuma sephora makeup hahaha
LikeLike
So cool! I wish I was invited too. Long way to go for me. Jaga anak baby dulu fashion nanti je lah. U all sure had lotsa fun! That’s great! Thanks for sharing also about this wonderful workshop
LikeLiked by 1 person
Ada banyak workshop yang u boleh join nanti. Take your time…
LikeLike
So many bloggers become model on that day. A good workshop for them.
LikeLiked by 1 person
We learned how to makeup, wearing a suitable attaire & accecories
LikeLike
What a great workshop. I haven’t attend this kind of workshop before. Seem fun.
LikeLiked by 1 person
Hope next year genting will do it again
LikeLike
This event looks so happening la! Dapat learn styling and beauty tips in just one day!
LikeLiked by 1 person
Memang happening. Lagi bila Abang Khir Khalid jadi model…so funny
LikeLike
so much fun kan.. I am so jealous … too bad I missed out on it
LikeLiked by 1 person
Haha…next time Miera u can join. But make sure u tak sibuk..
LikeLike
Wahh. Bagus kan event macam ni. Selain daripada tambah pengetahuan, boleh juga tengok jenis style mana yang ok untuk kita explore.
LikeLiked by 1 person
Yang paling best ialah sephora tu….belajar guna foundation dan warna eye shadow yang sesuai dengan penampilan kita
LikeLike
Cantiknya make over tu… memang penting untuk setiap insan menjaga kecantikan sendiri,
LikeLiked by 1 person
Sebab ia penting untuk jadikan kita lebih yakin pada diri sendiri
LikeLiked by 1 person
Such an interesting event to learn about beauty and fashion, everyone seem enjoyed there 🙂
LikeLiked by 1 person
Those are a lot of featured items in Genting. Everyone looks like they’re having fun showing off their confidence too 😀
LikeLiked by 1 person