I am what I am……
Menonton wayang tanpa henti di rumah. Ini gara-gara Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) yang telah memberikan semua saluran percuma kecuali saluran sukan premium dan Pay Per View – di Astro dan Astro Go kepada semua pelanggannya bermula 3 November hingga 19 November ini selepas Astro memenangi kategori Media dan Rangkaian di Anugerah Putra Brand 2017 yang lepas.
Anugerah Putra Brand 2017 merupakan anugerah yang mengiktiraf jenama terkemuka di Malaysia dan dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).
Amat menakjubkan kerana ini adalah kali ke lapan Astro memenangi anugerah jenama terbaik dalam kategori yang sama.
Kemenangan yang diraih telah meningkatkan lagi komitmen Astro untuk memberikan kandungan terbaik kepada pelanggannya. Dengan ini, transformasi bakal dilakukan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan untuk maju ke hadapan.
Mamable sekeluarga merupakan pelanggan Astro dan kami menempah Pakej Astro Basic. Oleh itu, Mamable sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk menonton semua saluran percuma yang diberikan oleh Astro.