A&W Kini Kembali – More Than The Usual


I am what I am…….

A&W MORE THAN THE USUAL

Teringin nak makan di A&W. Mungkin rindu dan teringat kembali kenangan bersama Papa. Di mana Papa telah melafazkan cintanya di Restoran A&W Kuala Lumpur bersebelahan dengan bangunan Bangkok Bank. Kini tempat itu hanya tinggal nama.

Kalau nak tahu, Restoran A&W adalah francais makanan segera pertama di negara ini. Popular dalam awal tahun 1970-an dan pastinya meninggalkan memori yang istimewa. Mungkin juga ramai yang tidak tahu, A&W pernah mengedarkan makanan kepada tentera British dan askar Melayu yang bertugas pada penghujung zaman Darurat dan makanan itu diberi secara percuma.

Kini A&W kembali dengan konsep baru tetapi masih mengekalkan menunya yang popular iaitu Root Beer dan Coney Dog.

Image may contain: text and food

Ahad, 12.11.2017 – Kami sekeluarga makan malam di A&W, Wangsa Walk, Kuala Lumpur. Hanya restoran ini saja yang paling dekat dengan Ampang. Seperti yang dijanjikan, Mamable belanja makan dengan berkat duit menulis blog.

Mamable order Chicken Fiesta Set B, Porridge dan Coney Dog. Tapi bukan rezeki Mamable dan Papable nak mencuba porridge tersebut. Inshaallah kami akan datang semula untuk mencubanya.

Mamable berpendapat ayam goreng Chicken Fiesta A&W jauh lebih sedap dengan ramuan rempahnya yang unik, garing di luar dan lembap pada sisinya. Sos cilinya jangan cakaplah….seperti ada adunan rasa rempah di dalam sos tersebut.

Signature bagi A&W ialah Root Beer dan ia kekal sebagai tarikan sehingga ke hari ini. Rasanya pula tidak jauh berbeza. Bagi anak-anak pula, ini adalah kali pertama bagi mereka mencuba A&W. Komen mereka……semestinya sedap.

Image may contain: drink and food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: 2 people, people eating, people sitting and hat

Image result for a&w logo 2017

 

Info A&W : Lokasi Kuala Lumpur

https://www.anwmalaysia.com.my/

https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial/

A&W WANGSA WALK MALL

Lots G- 82 & G-83 and AG- 82 & AG 83 ALFRESCO AREA Ground Floor Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue 9, NO 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

EMAIL: wangsa@anwmalaysia.com.my

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 10.00 pagi hingga 10.00 malam

TEL: 03–41312057

A&W BATU ROAD

No. 118, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

EMAIL: broad@anwmalaysia.com.my

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00 pagi hingga 10.00 malam

TEL: 03-26970131

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s