I am what I am……
Kuala Lumpur – 29.10.2017, I Love Coffee & Tea Expo 2017 di Mid Valley Convention Centre merupakan edisi untuk kali kedua. Ekspo ini menawarkan pelbagai jenis kombinasi kopi dan teh. Melalui ekspo ini ramai pengeluar produk kopi, teh, snek dan ais krim gelato mempromosikan produk terbaru mereka.
Eksplorasi Mamable kali ini adalah untuk mengenali lebih dekat ‘Why we love coffee and tea’. Adakah kerana rasa, aroma dan teksturnya. Semua orang tahu bahawa kopi dan teh mempengaruhi rutin kita seharian. Mana taknya, pergi kerja kopi, balik kerja pula teh. Melalui rasa, bau dan sentuhan.
Terdapat pelbagai jenis kopi dan teh, antaranya:
Cupsule
Pasti penggemar Espresso lebih arif mengenai Cupsule. Penyediaanya seperti espresso dan ia amat mudah. Terdapat banyak perisa teh dan salah satu yang menarik perhatian Mamable ialah Tea Of Beauty.
Bukan itu saja, Cupsule juga menyediakan tawaran untuk memulakan perniagaan dengan Zero Investment · Zero · Zero expenses.

Info : 49-1, Block 8, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam Seksyen U13, 40170 Shah Alam. Atau hubungi – 011 33033037 / lawati laman web https://www.cupsule.my/ FB – https://www.facebook.com/cupsuleMY/
TNI King Coffee Malaysia
Produk kopi ini berasal dari Vietnam yang dikenali sebagai Buon Ma Thuot. Sesuatu yang baru bagi Mamable.

Info – 7, Jalan Tiga Off, Jalan Chan Sow Lin, Melalui Jalan Sungai Besi
Kuala Lumpur, Malaysia 55200. Atau hubungi 017-298 7892 FB – https://www.facebook.com/TNIKingCoffeeMalaysia/
Joy St.
Mempromosikan produk ais krim gelato. Produk terbaru adalah dari kopi dan teh. Rasa dan teksturnya sememangnya sedap. Dan yang paling penting ia tidak menggemukkan. Amat sesuai bagi mereka yang mementingkan diet.
Info : 6B, Ground Floor, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Malaysia 59100. Atau hubungi 012-671 2104 / FB – https://www.facebook.com/joystbangsar/
The Herding Day by Verve Stuff
100% rasa kopi yang sebenar. Mengapa ia dipanggil Coffee & Tea Brewer? Ini kerana penyediaannya adalah di ‘brewed’ dalam beg dan dihidangkan untuk 2 cawan. Terdapat pelbagai jenis kopi dan teh antaranya Kopi Ethiopia, Kopi Honduras, Teh Cool Mint, Teh Hijau dan banyak lagi.

Info : Level 3-54B, Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Malaysia. Atau hubungi 012-712 1865 / FB – https://www.facebook.com/theherdingday/
Tru Bru
Real cold brew coffee..minuman kopi yang tidak mengandungi gula dan tiada bahan perwarna. Tru Bru juga membuat penghantaran percuma di sekitar KL dan PJ. Bagi penggemar kopi boleh membuat tempahan secara online di tiny.cc/gettrubru

Maiko Tea Malaysia
Green Tea dari gred terbaik dan berkualiti adalah dari Kyoto, Jepun. Di booth ini Mamable dapat menyaksikan bagaimana penyediaannya Shiawase Cha dan Mr. Toshiya Nakabo yang merupakan Tea Instructor Sensei bertanggungjawab dalam penyediaan teh tersebut.
Green Tea ini amat bagus untuk kesihatan tubuh badan, stress, kecantikan kulit, diet dan yang paling ialah ia juga bagus mengelakkan sakit kanser.

Info : No. 97, Jalan Bahagia 10, Taman Sri Bahagia Cheras, 56000 Kuala Lumpur Hubungi 016-505 0280 FB : https://www.facebook.com/maikotea.my/
Rhymba Hills
Produk teh yang tidak mengandungi gula, kafein dan 100% bahan semulajadi seperti Ceylon Cinnamon, Tumeric dan Roselle. Memperkenalkan produk terbaru iaitu The Lemongrass Series :
– Reelax
– Reevitalise
– Reefresh
– Antyoxy
– Lemongrass Blend
Dan Exotic Blends
– Java Tea Blend
– Ceylon Cinnamon Blend
Setiap teh yang dihasilkan mempunyai fungsi yang tersendiri.
Info : https://www.facebook.com/Rhymba.Hills/
Hexin Tea Merchants Malaysia
Teh dari negara China. Berkualiti dan dari gred yang terbaik. Setiap teh yang dihasilkan mempunyai kebaikan tersendiri. Salah satunya ialah meningkatkan selera makan, sakit tekak, angin di perut dan sebagainya. Juga terdapat set-set minum teh.

Info : G-6-B, Citrus Park, Plaza OUG Kuala Lumpur, Malaysia 58200
Yu Zhi Yi
Bila dah puas minum teh dan kopi yang mempunyai pelbagai rasa, jom kita cuba makan snek Salted Egg Fish Skin. 1st time Mamable makan snek daripada kulit ikan dan merupakan signature snek. Produk ini merupakan produk pertama di Malaysia. Rasanya yang rangup dan sedap. Kena dengan tekak Mamable.

Info : https://www.facebook.com/yuzhiyi/
Suasana di ekspo I ❤ Coffee & Tea 2017 dan Mamable berkesempatan berjumpa dengan Ginnie Lam yang merupakan duta untuk Ketchup.com dan I ❤ Coffee & Tea 2017.


Seronoknya dapat special invitation from Mad Maverick untuk menyertai aktiviti kenalan bersama sponsors dan duta, Cik Ginnie Lam
LikeLiked by 1 person
Also i belajar mengenai kopi & teh. I tak tau rupanya ada banyak jenis teh dan kopi sebenarnya. Juga Ms. Ginie lam yang kecik molek je orangnya…
LikeLiked by 1 person