Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF 2017 Anjuran PPZ-MAIWP Dan Tajaan Bersama Butik Coudre Kuala Lumpur


I am what I am……

Kuala Lumpur – 10 November 2017 / 20 Safar 1439H. Pusat Pungutan Zakat, Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF 2017 dengan tajaan bersama Butik Coudre Kuala Lumpur (Coudre Clothing).

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dalam Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF 2017 ini.

Menyedarkan setiap Muslimin yang layak berzakat menunaikan kewajipan berzakat merupakan misi utama Pusat Pungutan Zakat ini. Sinonim dengan pertandingan mencipta video berdurasi pendek bertemakan ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’ untuk tahun 2017 ini.

Image may contain: outdoor

No automatic alt text available.

Untuk menyertai pertandingan ini, hanya memerlukan kreativi dalam menghasilkan video berdurasi 3 minit dan bebas mengunakan apa sahaja medium perisian dan yang paling penting hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan juga COUDRE KUALA LUMPUR. Dan penyertaan boleh di hantar ke emel info@zakat.com.my sahaja.

Pertandingan mencipta video kreatif ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
1. Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati).
2. Anugerah Video Pilihan Ramai.

Tarikh penyertaan pertandingan ini telah bermula dari 15 Ogos 2017 hingga 30 Oktober 2017.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Rais Hj. Alias (Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP), Tn. Hj. Abdul Hakimi Amir Osman (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP) dan Cik Puan Emi Inani bt. Mohd Arifin (Pemilik Butik Coudre Kuala Lumpur).

Image may contain: 3 people, people standing and indoor

Para pemenang:
1. Tempat Pertama (RM2000)
Muhammad Hanif b. Ngarisan

2. Tempat Kedua (RM1500)
Syahidah bt. Baharudin

3. Tempat Ketiga (RM1000)
Nurhidayah bt. Atmin

Anugerah Pilihan Ramai (RM1000)
Muhammad Hanif b. Ngarisan

Hadiah saguhati (RM500 setiap seorang)
1. Nurmanisya bt. Shahrudin
2. Muhammad Adam b. Ibrahim
3. Muhammad Fairullah b. Hamran
4. Mohd Amirul Ashraf b. Abd Aziz
5. Nik Puteri Nur Anis bt. Noor Azmi
6. Nabeel Fakrur Razy b. Jufri
7. Anis Asyikin bt. Alias
8. Muhammad Zuhaily b. Razak
9. Muhammad Nurazi Nazreel b. Mohd Yazid

Suasana Di Majlis Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF 2017

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling
Gambar oleh Kak Hanny – http://www.diarymama.com
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting
Gambar oleh Kolin – alialisakreatif.blogspot.com

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person, text

Secara peribadi Mamable amat berbangga dengan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP kerana berjaya menganjurkan pertandingan bertaraf prestij ini dengan melihat kreativiti dan inovasi anak muda generasi terkini. Malahan teguran secara terbuka melalui pertandingan seperti ini dapat memperlihatkan momentum positif dalam mempelajari ajaran Islam dan juga sebagai rujukan. Pendekatan secara engagement ini terbukti memberi banyak manfaat dan kebaikan dalam dakwah.

Image result for pusat pungutan zakat shamelin

Info Pusat Pungutan Zakat-MAIWP :

Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur. Hubungi PPZ-MAIWP di Talian Zakat: 1-300-88-5757 atau lawati laman web / FB / Youtube di :
www.zakat.com.my
www.facebook.com/myzakat
www.youtube.com/ppztv

Image result for coudre kl

Info Butik Coudre Kuala Lumpur :

Bangi Gateway Bdr Baru Bangi 43650. Hubungi Butik Coudre Kuala Lumpur di             010-290 0361 atau lawati laman web / FB / Instagram di :
www.coudreclothing.com
Facebook: @Coudre Clothing
Instagram: @coudre.kl

17 thoughts on “Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF 2017 Anjuran PPZ-MAIWP Dan Tajaan Bersama Butik Coudre Kuala Lumpur

    1. This is my 1st event….seronok. yang paling best rakan-rakan sosial media yang hadir semua seperti berjanji…tema berbaju hitam

      Like

  1. neeza pun bersetuju dengan pendapat mamable yang pertandingan sebegini memang wajar dianjurkan dan dihargai melalui penganugerah secara berprestij sebegini. boleh lihat inovasi kreativiti anak muda zaman sekarang dalam menyampaikan mesej dakwah mengikut aliran trend sekarang, lebih mudah difahami dan diserap ke dalam jiwa anak-anak muda sekarang agar tidak lupa dalam berzakat

    Liked by 1 person

    1. Anak2 muda zaman sekarang lebih bijak pandai. So melalui media sosial juga platform yang terbaik dalam pendedahan seperti ini

      Like

  2. Tidak sangka PPZ ada menganjurkan program2 yg sgt bermanfaat yg melibatkan golongan muda. Disamping tu membuat kan hati tersentuh penuh dgn ilmu akhirat. Kkdng walaupun kita istiqamah dlm beribadat ada juga perkara2 wajib yg kita terlps pdng. Apa2pun memang terbaik lah program yg mcm ni sis.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s