Kisah Blogger Baru Dan Teknik Yang Diamalkan


I am what I am…..

Indah khabar dari rupa, tak sangka nak jadi seorang blogger itu bukan senang sebenarnya. Seringkali merujuk pada Google cara bagaimana untuk menambah trafik blog Mamable, atau apakah langkah yang perlu Mamable ambil bagi menarik pembaca ke blog  mamable.wordpress.com. Tak kurang juga beranikan diri ini untuk bertanya pada blogger yang lebih senior dan berpengalaman.

Mamable berblogging adalah untuk kepuasan diri sendiri. Suka mengekspresasikan sesuatu yang berlaku dalam bentuk penulisan. Supaya Mamable dapat berkongsi pengalaman Mamable kepada para pembaca atau sesiapa saja.

Pada mulanya Mamable rasa sedih dan putus asa. Mulalah ada rasa nak berhenti dari berblogging bagai. Inilah akibatnya apabila berhadapan dengan segelintir blogger yang kedekut ilmu, berlagak bagus, tidak peramah dan beberapa sifat yang tidak bagus yang boleh membuatkan kita hilang semangat. Tetapi Mamable cuba untuk berfikir dari sudut pandangan yang lain dan Mamable cuba untuk belajar menjadi lebih berdikari.
Mamable jadikan pemerhatian, pendengaran dan perbuatan sebagai ‘sifu’ untuk terus maju kehadapan meletakkan jenama Mamable di setiap bibir-bibir pembaca, blogger, media sosial, pengiklan, PR dan sebagainya.
Screenshot_20171115-215901-01

Dengan bantuan beberapa rakan media sosial yang baik hati, mereka telah memberikan beberapa teknik, tunjuk ajar dan nasihat. Teknik tersebut adalah:

1. Nama blog yang amat senang untuk diingati, difahami, senang disebut dan ia haruslah unik/catchy supaya mudah untuk blog dipromosi –

mamable.wordpress.com (ada sebarang komen) ingin tahu kenapa memilih nama mamable? Kerana saya akan membebel kalau nampak kekotoran sebab saya suka pada kebersihan dan hidup yang teratur. Sebab itulah saya memilih nama MAMABLE. ✔
cropped-cropped-blog-header3.png

2. Tajuk entri haruslah sesuatu yang mengancam, awesome dan menarik perhatian para pembaca. Contoh tajuk entri “Zizan Razak Tak Suka Pakai Kasut”, kemungkinan trafik Mamable naik kepada 15%? Mungkin ia benar mungkin tidak tapi yang pastinya Mamable belum cuba lagi. ⏳

3. Facebook dan Instagram merupakan aspek penting dan ia berkait rapat dengan dunia blogger. Ia mempengaruhi para pembaca dan pengiklan untuk memilih siapa yang terbaik dan mempunyai follower yang ramai. Oleh sebab itu, Mamable sedaya upaya untuk meningkatkan follower walaupun adakalanya ia menurun dengan mendadak kerana ada unfollower. Ini adalah satu ujian sebagai seorang blogger. ✔

Screenshot_20171115-215724-01

Screenshot_20171115-215702-01

4. Isi kandungan entri dan tajuk mestilah selari. Misalnya tajuk mengenai seorang Model tetapi penceritaan atau penyampaian mengenai peluh petani. Kelakarkan. Ia dah terpesong dari tajuk dan info yang ingin disampaikan. ✔

5. Perkara yang harus dielakkan ialah elak menaip perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elakkan juga menaip dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa ia harus dielakkan? Ini adalah kerana tiada siapa mencari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog berkemungkinan akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya nak cari lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkanlah nak taip “Lirik Ak Cinta Pdmu”. Betul tak? ✔

6. Kebarangkalian lirik lagu dan resepi merupakan peluang blog kita untuk muncul dalam carian adalah amat cerah. Teknik yang ini Mamable belum cuba lagi. Akan digunakan untuk entri yang akan datang. ⏳

7. Aspek ketika mengambil gambar adalah sangat penting bila berblog. Amat malang sekiranya gambar yang diambil adalah kabur. Tiada pilihan lain gambar tersebut terpaksa juga di letakkan di entri. Ini adalah major turn off. Semua blogger pasti melalui fasa seperti ini ketika kamera digital rosak atau telefon pintar yang hanya 1.3 megapixel. Mamable menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar dan pada permulaan hasilnya amatlah buruk. Ini tak bermakna ia berakhir begitu saja. Mamable cuba untuk belajar dan lama- kelamaan ia semakin baik walaupun bukan yang terbaik. Anda mesti tidak percayakan, cuba lawat entri Mamable yang pertama dan seterusnya. Setiap perubahan berlaku apabila sesuatu masalah itu diperbaiki. Siapa kata gambar yang diambil menggunakan telefon pintar tidak menarik. ✔

FB_IMG_1507297810208

8. Menjadi lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan sempurna. Jadi carilah latarbelakang yang cantik ketika bergambar. Aspek pencahayaan juga penting untuk menghasilkan gambar yang cantik. Walaupun Mamable tidak mempunyai kamera digital tetapi dengan telefon pintar juga boleh menghasilkan gambar yang cantik dan sempurna, yang penting cara untuk mengolahkannya. ✔

9. Tema blog adalah berbeza dan mengikut citarasa masing-masing tapi apa yang penting jangan menyakitkan mata pembaca dengan font  yang susah untuk dibaca dan berwarna neon dengan berlatarbelakangkan warna neon juga. Elakkan juga warna hitam untuk latarbelakang kerana ia akan membuatkan pembaca malah empunya blog rasa tertekan dan cepat bosan ketika membaca blog kita. Jadi biarlah ia ringkas tetapi sedap mata memandang dan cliche but true. Sebab itulah Mamable memilih warna putih, sebab ia nampak kemas dan bersih. ✔

10. Untuk menjana pendapatan dari pada blog, boleh daftarkan diri dengan Nuffnang di http://www.nuffnang.com.my atau banyak lagi platform pengiklan dan jikalau trafik amat memberangsangkan, bolehlah bermula mula dengan advertorial untuk review produk dan jemputan ke majlis perlancaran, kempen, marathon dan sebagainya. Untuk bahagian ini, Mamable masih lagi merangkak mencari halatuju. Segala jemputan majlis, kempen atau trip adalah melalui pelawaan rakan media. ⏳

11. Psikologi minda – Sebelum terlupa, adalah sangat penting jika anda menganalisa dahulu minda para pembaca atau pengguna internet. Sebagai contoh, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, mamble.wordpress.com atau tanda pagar (hashtag #)? Sedar atau tidak, kedua-duanya amat penting dan sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat mengikuti perkembangan terkini dan perkara yang trending. ✔

12. Variasi topik – Cuba belajar untuk jangan membosankan para pembaca dengan perkara yang sama sahaja. Sebagai contoh topik atau tajuk: Perkara menarik di laman web kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari kemudiannya: Surah-surah, doa atau quote yang boleh diamalkan dan dimanfaatkan, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini boleh diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda. Untuk bab yang ini Mamable pasti akan buat. ✔

Mamable akhiri entri ini dengan:

Harap jangan ambil hati atau take it serious kerana isu yang Mamable kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin menjadi seorang blogger atau ingin memulakan blog. Kiranya ini boleh dipanggil sebagai Tips Untuk Memulakan Blog.
Lupa nak cakap yang entri menjengkelkan ini hanyalah contoh untuk menunjukkan betapa kuatnya pengaruh blog kepada para pembaca dan pengguna internet masakini. Terpulanglah pada anda nak jadikan ia sebagai apa pun. Mamable pun bukannya satu nama yang masyhur atau terkenal  malahan masih baru dalam dunia blogger dan merangkak dalam mencari tempat.

Jika dikira berapa banyak laman web yang ada di dunia, maka kita akan mengetahui bahawa anggaran 85% adalah Web yang dikelolakan oleh seorang blogger dan seandainya tidak ada seorang pun blogger apa yang akan terjadi? Cuba kita fikirkan sejenak, bagaimana jika tiada blogger, tak ada WordPress, Blogspot dan pelbagai platform blog, apakah yang akan terjadi?

8 thoughts on “Kisah Blogger Baru Dan Teknik Yang Diamalkan

    1. Acik banyak belajar dari pemerhatian. Susah jugak nak letakkan diri acik dikalangan mereka ni, but i try sampaikan dah tak kisah mereka suka or benci i

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s