Siapakah Lelaki Idaman Mamable Dan Anda Semua


I am what I am…….

Kita semua pernah berada di fasa itu sebelum ini. Mencari putera kacak yang akan berlutut di hadapan kita dengan gaya yang begitu mempesonakan dan berjanji untuk berada disamping kita untuk seumur hidup. Shhhhhhh…diam. Tolonglah berpijak di bumi yang nyata. Tersedar dari lamunan, adakah lelaki seperti ini benar-benar wujud? Di manakah kita boleh menemuinya?

Ingin tahu siapakah jejaka idaman Mamable sewaktu remaja? Jangan terkejut, sebenarnya ada lima orang jejaka idaman Mamable. Mereka adalah…jeng jeng jeng :

1. TOM CRUISE

Tom-Cruise-Net-Worth

2. AARON AZIZ

22a4_v01

3. LEON LAI

leonmainpix6_990914f-2

4. ALLAHYARHAM TAN SRI JINS SHAMSUDIN

image

5. ETHAN HAWKE

Ethan_Hawke86

Biasalah waktu remaja, suatu fasa di mana khayalan itu lebih indah dari realiti. Kami banyak bermain daripada serius melakukan sesuatu benda.

Jika kita mahukan seorang lelaki yang sempurna, pertama, kita perlu menjadi seorang yang sempurna juga. Tidak adil jika kita mahukan seseorang itu baik terhadap kita sedangkan kita sendiri tidak begitu. Belajar untuk memperbaiki kekurangan dalam diri kita.

Pernah Mamable duduk dan buat senarai kualiti yang ada pada seorang lelaki idaman Mamable. Mamable memang kuat berangan, hingga mengharapkan seorang lelaki yang memiliki sikap memahami, penyayang dan sering mengambil berat. Contoh, lelaki yang sukakan binatang memiliki kualiti sebagai seorang yang kaya dengan kasih sayang.

Takkanlah Mamable hanya duduk dan tunggu jejaka idaman Mamable jatuh dari langit, bangunlah Mamable! Pasti ianya takkan berlaku dan Mamable harus mula bertindak sekarang. Ok, ok biar Mamable jadi realistik dan mula bersosial!. Bukan bersosial macam cucuk langit tu..haha tetapi melibatkan diri dalam sukan atau persatuan. Manalah tahu dapat berjumpa dengan jejaka idaman.

Akhirnya Mamable berkenalan dengan seorang lelaki. Mamable sangkakan hubungan kami…panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Nasib baik ianya hanyalah cinta monyet. Apa yang penting bukan kerana gagal, tetapi bagaimana harus bangkit semula! Jadi jangan putus asa!

Temujanji Pertama Mamable

Mamable memang suka datang awal supaya ia memberikan tanggapan yang baik dan sempat untuk membetulkan makeup atau apa saja supaya tampil cantik menawan.

Kami berjumpa di Sungei Wang Plaza. Tempat yang ramai orang kerana, jika temujanji berakhir dengan sesuatu yang tidak baik, Mamable boleh lari dan lepaskan diri dengan mudah. Hahaha perancangan itu penting sebenarnya.

Tak sangka kami memang suka berbual. Mamable cuba untuk rasa jangan takut semasa berbual. Sebab kita kena fikir dulu sebelum berkata, risau kalau tersalah cakap…nahas. Apa yang paling penting, jadilah diri sendiri! Sangat teruk menjadi seseorang yang seolah-olah memakai topeng dan menjadi orang lain yang bukan dirinya. Betul tak!

Mengenali si dia sebagai seorang kawan baik supaya masing-masing kenali hati budi. Percaya kata hati, adakalanya kata-kata yang datang jauh di dalam sanubari itu boleh memberitahu kita banyak perkara.

Memandangkan zaman sekarang lelaki sejati susah nak cari. Tidak terbatas pada paras rupa mahu pun bentuk tubuh yang tegap semata-mata. Menjadi lelaki sejati dan berkualiti adalah mempunyai karier tetap sebagai jaminan di masa hadapan. Sungguhpun begitu, sebagai seorang wanita kita harus berhati-hati dalam memilih teman hidup. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelaki sejati dan berkualiti itu adalah lelaki yang tampan dan memiliki banyak wang, padahal tidak semestinya.

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN MAMABLE

1. Beragama
Ini adalah antara ciri yang paling penting sekali. Sebab apa, sudah tentu kita akan mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjadi pendorong iman anda suatu hari nanti.

2. Lelaki yang berilmu dan berpendidikan
Ilmu itu penyuluh dalam kehidupan. Ilmu juga tidak datang akan bergolek menghampiri kita, kalau kita sendiri tidak mencari. Pepatah ada menyebut, “Tuntutlah Ilmu Sehingga Ke Liang Lahad”.

3. Seorang yang penyayang dan penyabar
Sifat penyayang yang semulajadi daripada lelaki itu sendiri. Bukan hanya dibuat-buat untuk ditunjukkan pada khalayak ramai sahaja. Lelaki yang penyayang biasanya akan menjadi suami yang baik serta penyayang kepada keluarga dan anak-anak kita kelak.

4. Romantik dalam perhubungan    Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukan gatal atau miang,  sebaliknya lelaki romantik adalah yang pandai mengambil hati serta bijak menggunakan kata-kata. Mereka mampu berbicara dan menyampai sesuatu dengan baik. Tidak membuatkan anda pening dengan gaya bahasanya. Bahkah ketika anda tidak mendengarkan ceritanya, anda akan berasa rindu yang cukup hebat kepadanya.

5. Berkerjaya dan mempunyai pendapatan tetap                              Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan pada zaman sekarang. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Tetapi, sebagai lelaki biasa, anda tidak perlu gusar. Masih ada wanita yang menyukai diri anda seadanya asalkan anda adalah lelaki yang bermasa depan cerah. Anda rajin berusaha, sentiasa optimis dan berfikiran positif dengan kelebihan serta kekurangan yang dimiliki. Lelaki seperti ini menunjukkan bahawa dia sangat bertanggungjawab atas kehidupannya dan hidup orang yang disayangi. Bahkan tidak akan mengeluh tentang pekerjaannya kerana menyedari bahawa untuk berjaya, dia perlu lebih berusaha dan bekerja keras.

Apakah anda sudah berjumpa atau kenal dengan lelaki yang memiliki semua ciri di atas? Atau mungkin pasangan anda? Biarpun kebanyakan wanita tidak berjaya untuk memiliki lelaki seperti yang diharapkan, seperti ciri-ciri yang tertera itu semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang.

IMG_3190.JPG

IMG_3198.JPG

FB_IMG_1511191685403

25 thoughts on “Siapakah Lelaki Idaman Mamable Dan Anda Semua

  1. Rawlins pun pernah ada checklist untuk insan idaman tapi lama-lama makin berubah sebab rupanya tak semua kehendak kita akan menggembirakan kita. Hehehe. Doakan saya jua bertemu insan idaman yang sesuai ye.

    Liked by 1 person

  2. Lelaki idaman saya dulu penyanyi artist dari The Moffatts dan Gil Ofarim 😂 itu dulu. Sekarang suami saya je lah 😂

    Liked by 1 person

    1. HK stars…yela Andy Lau, Jackie Cheung and more. Our fasa kan macam ni dulu-dulu. Sampaikan we cutting all the magazine yang ada gambar our jejaka idaman hahaha

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s