Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 Merupakan Sukan Pelancongan Berprestij Di Johor


I am what I am………

Image may contain: text
Sumber gambar oleh https://www.facebook.com/IPKC2017/

No automatic alt text available.

Seperti bulan jatuh ke riba, apabila Mamable dijemput untuk menyertai rombongan bersama media yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ke Johor Bahru pada 17 hingga 18 November 2017 yang lepas.

Ini adalah kali pertama bagi Mamable menyaksikan perlumbaan kayak dan Mamable  cuba membayang­kan cabaran para peserta menyusuri Selat Johor bagi jarak jauh. Namun tidak terfikir pula ia sejauh 40 kilometer apabila para peserta perlu mendayung  melalui Selat Johor.

Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) merupakan satu perlumbaan kayak sejauh 40 kilometer dan ia diadakan pada hari yang bersejarah bersempena Sambutan Pengistiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor Darul Takzim.

Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) ini adalah anjuran bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan disokong dan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor. Ini adalah kali pertama majlis pelancongan Malaysia (MTC) menganjurkan acara sebegini untuk mempromosikan Sukan Kayak sebagai produk pelancongan popular.

IPKC 2017 juga mendapat kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSN), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), UEM Sunrise, Tourism Johor, Educity, NMIT, Politeknik Ibrahim Sultan, Komuniti 1 Malaysia Kg. Sg. Melayu, Yayasan Penyayang MPJBT, Yayasan Warisan Johor, Malaysia Nature Society, Kelab Alami dan Ascott International.

Tidak lupa juga aspek keselamatan dan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku amat dititikberatkan. Oleh itu, kerjasama dari pihak keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Laut Negeri Johor, Jabatan Perhilitan dan Jabatan Kesihatan.

Bagi Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) iaitu Encik Uzaidi Udanis, acara kayak ini merupakan acara terbesar dianjurkan di Puteri Harbour. Katanya, acara ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan tiga elemen dalam satu destinasi pelancongan iaitu: 

  1. Puteri Harbour sesuai dipromosikan dan berpotensi untuk diketengahkan sebagai tempat pelancongan sukan untuk aktiviti berkayak ini. Juga kerana laluan sepanjang Selat Johor merupakan antara trek air  yang menarik kerana ekologi serta sejarahnya.
  2. Mempromosikan Kg. Sg Melayu sebagai eko pelancongan kampung tradisional yang berusia 120 tahun dan ia terletak di dalam kawasan perlindungan bakau yang kaya dengan ekosistem pelbagai flora dan fauna.
  3. Mengetengahkan Iskandar Puteri sebagai pelancongan warisan yang kaya dengan sejarah dan adat budaya.

Encik Uzaidi Udanis dan mereka yang lain tidak menjangka acara ini mendapat sambutan hangat dengan 150 penyertaan. Ini suatu yang membanggakan dan amat berharap agar tahun depan akan ada penyertaan dari peserta antarabangsa. Juga acara berkayak ini akan menjadi acara ikon sempena tahun melawat Malaysia 2020 nanti. Katanya lagi, dia bagi pihak Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) amat berbangga di bawah pimpinan Menteri Besar Johor dan menjangkakan tahun 2018, Johor akan dikenali sebagai  destinasi pelancongan nombor satu di Malaysia. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan’.

Image result for uzaidi udanis
Encik Uzaidi Udanis merupakan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC)

Paluan Kompang Menyambut Kedatangan Tetamu Kehormat

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, sitting and standing

Suasana Perasmian Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 11 people, people smiling, people sitting

Majlis Perasmian Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Johor iaitu Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan merupakan Exco Belia dan Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.

Perlumbaan Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) ini bermula di Puteri Harbour ke Jambatan Linkkedua dan berpatah balik menuju ke Kg. Sg Melayu. Para peserta akan melalui Jeti Feri ke Batam, Sg. Pendas, Chalet Terapung, Pusat Penternakan Kupang, Kawasan Hutan Bakau Kg. Sg. Melayu dan Beting Lapan.

Lima kategori telah dipertandingkan iaitu :
– Kategori Pelajar Lelaki
– Kategori Pelajar Campuran
– Kategori Terbuka Lelaki
– Kategori Terbuka Campuram
– Kategori Antarabangsa Campuran
– Kategori Agensi Pelancongan

Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain telah diadakan seperti :
– Sukan Air di Kg. Sg Melayu
– Perarakan Bot Berhias
– Pameran dan bazaar di Puteri Harbour
– Ceramah dan persembahan dari Kelab Alami.

Suasana Di Perlumbaan Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017

Image may contain: 21 people, people smiling, outdoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: sky, outdoor and water

Image may contain: one or more people, ocean, outdoor and water

Image may contain: 1 person, outdoor, water and nature

Image may contain: one or more people, outdoor, water and nature
Flag Off pertama Kayak Challenge 2017 mengikut kategori penyertaan
Image may contain: 1 person, smiling, outdoor, water and nature
Flag Off kedua Kayak Challenge 2017 mengikut kategori penyertaan

Pelayaran Media Bersama Tetamu VIP Dengan Black Pearl Cruise

Untuk merasai sendiri cabaran yang dilalui oleh para peserta kayak, para penggiat media telah diberi penghormatan untuk belayar melalui Selat Johor bersama tetamu VIP. Black Pearl Cruise yang dikemudikan oleh Encik Zaher Sipon dari Flying Colours Marine Solutions (FCMS) telah membawa kami melayari Selat Johor atau lebih dikenali sebagai Selat Tebrau. Menggamit kembali sejarah Melayu lama antara Johor, Riau dan Lingga. Ini mendekatkan kami dengan alam semulajadi serta pembangunan yang diolah dengan seimbang telah menjadikannya sebagai produk pelancongan.

Sumber gambar dari http://www.neezalife.com
Image may contain: 2 people, people smiling, sky, sunglasses, outdoor and water
Mamable bersama Encik Zaher Sipon (Pengemudi Black Pearl Cruise)

Image may contain: 2 people, people smiling, ocean, outdoor and water

Image may contain: 4 people, people smiling, sky, cloud and outdoor

Image may contain: sky, bridge, ocean, cloud, outdoor, water and nature

Penutup Majlis Di Kg. Sg Melayu

Kg. Sg Melayu merupakan lokasi terakhir acara perlumbaan Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 dan juga penentu siapakah juara IPKC 2017 kali ini. Penyampaian medal, trofi dan hadiah kepada pemenang juga perasmian majlis penutup oleh Y.Bhg Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Image may contain: 2 people, people standing, sky and outdoor

Image may contain: outdoor, water and nature

Image may contain: 1 person, standing, shoes and outdoor

Keistimewaan Puteri Harbour, Iskandar Puteri

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: sky, plant, ocean, outdoor, nature and water

Image may contain: sky, ocean, boat, outdoor and water

Image may contain: ocean, sky, outdoor and water

Image may contain: one or more people, tree, plant and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and closeup

Image may contain: sky, cloud, grass, tree, outdoor and nature

Seperti yang kita tahu kepesatan pembangunan industri pelancongan di negeri Johor ini membantu menarik lebih ramai pelancong khususnya dari dalam dan luar negara menerusi pelbagai produk pelancongan seperti Hello Kitty dan Legoland yang merupakan taman tema keluarga Puteri Harbour. Kini Iskandar Puteri berada di titik peralihan pembangunannya dan ia berjaya dikenal pasti dan dilihat sebagai destinasi strategik untuk pelaburan, riadah, rekreasi, pendidikan, penjagaan kesihatan, kecergasan serta industri kreatif.

Jutaan terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) kerana memberi peluang kepada Mamable untuk menyaksikan sendiri dan membuat liputan mengenai Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017. Berharap agar acara yang berprestij ini merupakan satu pengisian bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri Johor.

Eksplorasi Mamable tidak berakhir di Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 ini saja. Nantikan lawatan Mamable ke NMIT, Legoland, Hello Kitty, penginapan Mamable di Somerset Puteri Harbour dan Kg. Sg Melayu di http://www.mama-ble.com yeeeeee

Image may contain: text

Untuk maklumat lanjut mengenai program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) ini sila lawati :

https://www.facebook.com/IPKC2017/

 

4 thoughts on “Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 Merupakan Sukan Pelancongan Berprestij Di Johor

    1. Rezeki I dapat invitation from MTC. and this is my 1st time…cover event & in 1 time dapat jalan-jalan kat Puteri Harbour.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s