Lawatan Ke Bangunan Sultan Ismail Dan Mengenali Iskandar Puteri


I am what I am…..

Image result for logo majlis pelancongan malaysia

Johor Bahru, 17 hingga 18 November 2017 – Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah menganjurkan satu rombongan ke Iskandar Puteri, Johor Bahru bersama para penggiat media dari Kuala Lumpur, Indonesia dan Korea.

Dengan bantuan daripada Encik Abdul Rashid Mammod (Eksekutif Kanan, Perhubungan Pelanggan Jabatan Pengurusan dan Penyelenggaraan Fasiliti, Cahaya Jauhar Sdn Bhd)  juga (Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi Johor) dan  dibantu oleh Encik Effendy Yusof (AJK Unit Alam Semulajadi, Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi Johor) yang merupakan pemandu pelancong kami selama 2H1M dan mereka telah memberikan penerangan dan info yang amat jelas mengenai Iskandar Puteri, Johor Bahru dan sejarah Kesultanan Melayu Johor.

Ringkasan Mengenai Iskandar Puteri

Image result for logo iskandar puteri
Imej diambil dari Google

Menurut Encik Abdul Rashid Mammod, ‘Iskandar Puteri adalah gabungan nama lama Johor Bahru iaitu Tanjung Puteri dan Kota Iskandar. Merupakan sebuah pembangunan bandar bertaraf dunia dan juga bandar satelit. Iskandar Puteri kini menjadi lambang kemegahan anak Johor. Dengan seni bina unik dan menarik, Iskandar Puteri kini menjadi pusat pentadbiran baru kerajaan negeri yang serba moden dan ia mencerminkan pencapaian kerajaan negeri yang disegani di negara ini’.

Iskandar Puteri yang seluas 9,600 hektar itu melibatkan tujuh komponen iaitu pusat pentadbiran, kelompok industri dan logistik, perubatan dan EduCity iaitu bandaraya ilmu. Tiga komponen lain ialah Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia.

Kedudukannya yang hampir dengan lima pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Singapura, Pelabuhan Jurong (Singapura) dan Pelabuhan Tanjung Langsat telah memberikan Iskandar Puteri kelebihan sebagai bandar raya serantau.

Bangunan Sultan Ismail

Bangunan Sultan Ismail merupakan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor di Iskandar Puteri dan juga merupakan pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan seluas 320 ekar menghadap Selat Johor.

Image may contain: outdoor

No automatic alt text available.

Image may contain: plant and outdoor

No automatic alt text available.
Sebelum memasuki Bangunan Sultan Ismail, kami telah diberi tag media

Bangunan Sultan Ismail mengandungi empat tingkat dan ia dikenali sebagai Dewan Negeri Johor yang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, perpustakaan, arkib, bilik gerakan, dewan jamuan dan ruang rehat. Terdapat konsep persekitaran terbuka seperti taman dan lanai dengan hiasan ala Alhambra di Sepanyol dan beberapa kemudahan asas seperti surau, kedai cenderahati dan banyak lagi.

Image may contain: 6 people, people standing
Encik Abdul Rashid Mammod ketika memberi penerangan mengenai Bangunan Sultan Ismail

Serba Ringkas Mengenai Sejarah Kesultanan Johor

Sejarah Kesultanan Johor bermula pada tahun 1528. Ianya bermula apabila Sultan Alauddin Riayat Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor dan bertapak di Johor Lama. Dinasti tersebut memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu tarikh kemangkatan Sultan Mahmood. Baginda Sultan Mahmood tidak menpunyai waris yang sah maka oleh demikian pengurusan dan pentadbiran Johor telah berpindah kepada Dinasti Bendahara.

Sekitar tahun 1769, Sultan Mahmood III diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Temenggong Abdul Hamid telah dilantik sebagai Temenggong Johor. Pihak Inggeris telah mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Singapura. Bermula dari pelantikan ini, Dinasti Temenggong memerintah Johor.

Temenggong Daeng Ibrahim menggantikan ayahanda Baginda Temenggong Abdul Rahman yang telah mangkat pada 8 Disember 1825 sebagai Temenggong Johor. Dengan ini bermulalah Kesultanan Johor moden dibawah pemerintahan Dinasti Temenggong. Hasrat British yang ingin menjadikan Johor sebagai kawasan pedalaman yang banyak membantu pertumbuhan Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa, telah membolehkan Temenggong Ibrahim menjadikan Johor sebagai pusat pengeluaran lada hitam dan gambir melalui Sistem Kangchu Cina dan Sistem Buruh Kontrak Jawa.

Tahun 1855 merupakan titik permulaan pemodenan Johor, Temenggong Ibrahim membuka Tanjung Puteri(Johor Bahru) sebagai Pusat Pemerintahan Johor dengan mendirikan balai polis, mahkamah dan jabatan-jabatan lain secara berperingkat. Usaha untuk memajukan Johor bermula dengan mewujudkan keamanan dengan menghapuskan kegiatan pelanunan dan memajukan pelajaran anak-anak Melayu.

Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan dimakamkan di Makam Temenggong di Teluk Belanga, Singapura. Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 apabila Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 1862, Abu Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor, dan pada tahun 1868 dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan taraf Baginda dikalangan antarabangsa. Baginda berjaya mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Baginda pada tahun 1877.

Sila lawati untuk artikel Penuh: http://www.orangjohor.com/ringasan-mengenai-sejarah-kesultanan-johor.html

Image may contain: 8 people, people standing and indoor
Encik Abdul Rashid Mammod menjelaskan sejarah Kesultanan Johor

Image may contain: indoor

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Image may contain: indoor
Terdapat kedai cenderahati dalam Bangunan Sultan Ismail

Mengikut penerangan daripada Encik Abdul Rashid Mammod, nama bangunan ini diambil bersempena nama Almarhum Sultan Johor terdahulu iaitu Sultan Ismail. Senibina bangunan ini berteraskan senibina Melayu-Johor. Motif tumbuh-tumbuhan boleh dilihat di setiap dinding bangunan.

Dewan Undangan Negeri

Kenangan yang tak boleh dilupakan ialah Mamable dan para media dapat menjejakkan kaki ke dalam Dewan Undangan Negeri. Terasa seperti Mamable berada di kalangan pembesar-pembesar negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

No automatic alt text available.

Simbol negeri Johor Darul Ta’zim merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di negeri Johor bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah negeri. Simbol-simbol tersebut melambangkan pengaruh kerabat diraja Johor, agama Islam serta ciri-ciri siasah dan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini.

Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.

Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan.

Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”.

Image may contain: indoor
Ini adalah tempat Sultan sebagai Ketua Negeri

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people sitting, table, outdoor and indoor

Image may contain: indoor
Bumbung Dewan Undangan Negeri yang berbentuk buah nanas

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: 1 person, indoor

Dewan Undangan Negeri Johor terdiri daripada Sultan sebagai Ketua Negeri, seorang Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang terdiri daripada ahli-ahli politik yang menang dalam pilihan raya.

Konsep Persekitaran Terbuka Seperti Taman Dan Lanai Dengan Hiasan Ala Alhambra di Sepanyol

No automatic alt text available.

Image may contain: plant

Kami Tidak Berakhir Di Sini

Image may contain: one or more people and outdoor

Jutaan terima kasih Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) juga kepada pemandu pelancong kami iaitu Encik Abdul Rashid Mammod dan Encik Effendy Yusof kerana melalui lawatan dan penjelasan yang diberikan, Mamable dapat mempelajari sejarah Kesultanan Johor dan mempelajari sivik dan kewarganegaraan mengenail bendera dan jata negeri Johor darul Takzim.

Selepas melawat Bangunan Sultan Ismail, nantikan lawatan Mamable ke NMIT, EduCity………..

Untuk maklumat lanjut mengenai Bangunan Sultan Ismail , bolehlah lawati http://www.kotaiskandar.com dan ingin mengetahui sejarah Kesultanan Johor sila ke https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor

 

 

 

10 thoughts on “Lawatan Ke Bangunan Sultan Ismail Dan Mengenali Iskandar Puteri

  1. Cantiknya bangunan ni reka bina sangat mengkagumkan betul lah kat Malaysia ni banyak bangunan yang cantik-cantik kita sampai sana pun masa pergi Legoland jer dekat ker hehehe..

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s