Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT) Peneraju Utama Pendidikan Maritim Negara


I am what I am…..

Image result for logo majlis pelancongan malaysia

Lokasi kedua Mamable bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) adalah Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT) merupakan peneraju utama sektor pendidikan maritim negara dan telah diiktiraf sebagai kolej universiti pada tahun 2016, sekali gus menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.

Netherlands Maritime Institute Of Technology (NMIT)

Image may contain: text

Encik Abdul Rashid Mammod memberitahu bahawa, ‘NMIT merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta hasil usahasama Malaysia dan Belanda yang memulakan operasi sejak Mei 2011 serta menawarkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Pengangkutan Maritim, Pengurusan Pelabuhan dan Pengurusan Perkapalan’.

Terletak dalam Iskandar Puteri, Johor, berhampiran Medini Iskandar yang menempatkan beberapa institusi pengajian tinggi seperti Netherlands Maritime Institute of Technology dan University of Southampton Malaysia.

Kewujudan NMIT di bandar hubungan komuniti pintar di Iskandar Puteri itu telah membuka ruang lebih luas kepada anak-anak tempatan bagi mengikuti pengajian maritim di institusi ini dengan mengenakan yuran pengajian yang berpatutan. NMIT juga memberi kemudahan proses pembelajaran dengan menyediakan kelengkapan kampus yang secukupnya. Ini adalah peranan penting bagi NMIT dalam sektor pendidikan negara untuk melahirkan profesional maritim terlatih bagi memenuhi permintaan pasaran dunia.

Kini, institusi tersebut menawarkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Pengangkutan Maritim, Pengurusan Pelabuhan, Pengurusan Perkapalan , Kesihatan Maritim, Keselamatan dan Persekitaran serta Undang-Undang Maritim dan Logistik. Kampus NMIT ini dipertanggungjawab dalam melahirkan graduan maritim berasaskan kurikulum pengajian kemahiran mengikut piawaian dan standard maritim yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: text

Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: plant and outdoor

Perihal EduCity Di Iskandar Puteri

No automatic alt text available.

‘Bandar Pendidikan atau EduCity di Iskandar Puteri yang seluas 600 ekar ini menjadi pusat dan komuniti pendidikan tinggi berpandukan kepada amalan terbaik dalam bidang akademik dan pendidikan dengan kerjasama dari universiti-universiti tersohor dunia seperti Newcastle University dan Marlborough University’, kata Encik Abdul Rashid Mammod.

Pembangunan EduCity telah meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Berada di dalam kawasan Iskandar Puteri yang amat strategik, enklaf pendidikan ini menjadikan pendidikan bertaraf dunia sesuatu yang lebih mudah dicapai oleh rakyat Malaysia.

Kemudahan seperti kolam renang, asrama yang bercirikan kondo meletakkan EduCity kini di landasan yang terbaik dengan menjadi ia sebagai satu destinasi pendidikan “best-in-class” dengan persekitaran urban terunggul yang tersedia buat pelajar dan kakitangan untuk tinggal, belajar dan beriadah.

Merupakan komponen utama pembangunan sosio-ekonomi Iskandar Malaysia dan memainkan peranan penting bagi menjadikan Iskandar Malaysia sebagai metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mapan.

Dengan kemajuan dan pembangunan Educity ini meletakkan ia dalam sektor riadah dan pelancongan di Iskandar Puteri.

No automatic alt text available.

Jutaan terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia kerana melalui lawatan ke NMIT ini Mamable mengetahui serba sedikit mengenai pendidikan maritim ini di negara kita.

Nantikan terjahan Mamable ke Legoland di http://www.mama-ble.com

Untuk keterangan lanjut mengenai NMIT ini sila lawati : http://www.nmit.edu.my/

 

 

9 thoughts on “Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT) Peneraju Utama Pendidikan Maritim Negara

  1. Great article. Gonna bring my cousins to visit this place during this school holidays (actually im the one who wanted to go XD). Thank you for your sharing.

    Liked by 1 person

  2. I was impressed by the level of standard in maritime studies offered by NMIT. If I was decades younger, I would certainly take up a course here to have the opportunity to travel the world in my career.

    Liked by 1 person

    1. Sistem pendidikan Malaysia kini dah tahap antarabangsa. Im so impressed & hope adalah anak I yang bercita-cita kerja dalam maritim hehehe

      Like

  3. Indah khabar dari rupa. Banyak yang tak dapat loan untuk sambung belajar. Kemudahan sangat teruk dan sistem pendidikan yang tidak bersistematik dengan tutor part time.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s