I am what I am…..
Makan Malam Di Puteri Harbour
Selesai check in di Somerset Puteri Harbour, kami makan malam dengan sajian Nasi Briyani bersama Ayam Masak Merah di Puteri Harbour.
Kedatangan kami para penggiat media dari Kuala Lumpur telah disambut dengan ucapan ‘Selamat Datang’ dari Tourism Johor.
Taklimat dari Encik Aminudin dan Puan Mahani dari Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) mengenai acara Kayak Challenge 2017 dan sempena pengistiharaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada 18 November 2017.
Selepas taklimat daripada Encik Aminudin dan Puan Mahani, kami dihiburkan dengan persembahan muzikal daripada Peter dan Marcis juga paluan kompang yang di bawa khas dari Kuala Lumpur.
Review Cam Caravan
Para penggiat media dijemput oleh Encik Mahadzir untuk review Cam Caravan. Seperti yang kita tahu, di Malaysia penggunaan karavan mungkin dilihat agak pelik, malah mungkin juga ada yang tidak pernah melihatnya di jalan raya di negara ini. Namun ini tidak menjadi penghalang bagi pengedar China Auto Manufacturers (M) Sdn Bhd menerusi Sendok Group, dalam memperkenalkan caravan jenama Huanghai Plutus Cam Caravan ini.
Harga di pasaran Malaysia dianggarkan RM 206,980.00 seunit.
Huanghai Plutus Caravan dibina secara CKD di Malaysia oleh R&A Commercial Vehicles Sdn Bhd yang bertempat di Klang, Selangor dengan kesemua variannya dijanakan oleh enjin jenis 8-valve turbodiesel yang mampu menghasilkan output sehingga 75/3600 dan tork 230/2200 Nm.
Cam Caravan ini dibina mengikut spesifikasi yang diterima oleh pasaran Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengklasifikasikan caravan ini sebagai MPV dan boleh dipandu oleh sesiapa sahaja yang memiliki lesen D secara sah.
Penggunaan caravan berpotensi besar dalam menyumbang kepada perkembangan positif industri pelancongan dan ia sesuai dengan fokus untuk mempertingkatkan kemudahan dan eksplorasi eco-pelancongan pada 2018 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Caravan ini bakal menjadi pelengkap kepada kemudahan hotel, resort, homestay sediaada.
Cam Caravan yang sesuai untuk 4-5 orang ini mempunyai katil, bilik mandi, tandas, dapur memasak, meja yang boleh diubahsuai menjadi katil, sistem hawa dingin, sistem audio video, kanopi luar dan lampu.

Apa Ada Di Dalam Cam Caravan…Jom Jengah
Bayangkan bercuti bersama keluarga dan teman dengan menaiki caravan dan bermalam di dalamnya dengan mengunjungi pinggiran air terjun, kehijauan hutan, di tepian tasik, pantai dan tempat-tempat menarik di Malaysia.
Info Senduk Group :
Sendok Group Building,
Lot 1564, Batu 4,
Jalan Kapar,
42100 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Hubungi di 03-3345 5600 atau lawati laman web di http://www.sendokgroup.com
https://www.facebook.com/SendokGroup