Letusan Rasa Di Old Spice Cafe, Ampang


I am what I am….

No automatic alt text available.

Old Spice Cafe memilih untuk tampil dengan hidangan berkonsep fusion, autentik, western dan local iaitu gabungan citarasa yang unik di antara Timur dan Barat. Ini merupakan percaturan berani Puan Hani (owner) dan beliau telah membuktikan bahawa sesuatu yang mustahil boleh menjadi kenyataan.

Terletak di Jalan Ampang merupakan lokasi yang strategik kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan pejabat-pejabat seperti RISDA, syarikat perbankan di Ampang Point, Taman Nirwana dan Ampang Jaya.

Baru saja enam bulan beroperasi, Old Spice Cafe mempunyai banyak menu yang mempunyai keistimewaan baik dari segi rasa mahu pun rupa. Bukan itu sahaja, nama setiap sajian turut menarik perhatian Mamable dan rakan-rakan media yang lain.

Melalui pemerhatian Mamable, kafe ini bukan sahaja mampu menarik perhatian para penghuni M City Residence dan masyarakat tempatan bahkan sajiannya menjadi pilihan generasi muda hari ini.

Image may contain: 2 people, night and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

 

Letusan Sajian Old Spice Cafe

Visi Old Spice Cafe untuk memastikan setiap masakan yang dihidangkan dapat memenuhi citarasa semua golongan masyarakat tanpa mengira umur.

Kalau nak tahu, setiap sajian yang dihidangkan kepada para pelanggan adalah masakan on the spot dan fresh dari dapur. Menampilkan kelainan bagi setiap sajian yang disediakan agar ia tidak sama dengan kafe atau restoran sedia ada hari ini.

Menurut Encik Taufik (Orang Perantaraan Old Spice Cafe) memberitahu, bahawa mereka menggunakan perkhidmatan tukang masak yang tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang cef. Ini lagi sekali membuktikan bahawa Puan Hani berani mempertaruhkan sesuatu yang mustahil.

Sajian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu sarapan pagi, hidangan utama yang terdiri daripada western dan local serta pencuci mulut.

Sajian Utama Old Spice Cafe

Sajian utama yang Puan Hani pilih untuk dipromosikan ialah Lamb Soy Sauce, Chili Chicken dan Chili Prawn yang dihidangkan bersama nasi putih. Grill Chicken Chop with Peri Peri Sauce dan Fajita Wrap. Menu-menu ini amat sesuai disajikan ketika makan tengahari dan makan malam.

Menu Lamb Soy Sauce

Image may contain: food

Masakan Lamb Soy Sauce yang dimakan dengan nasi putih merupakan hero yang telah menawan hati Mamable. Ini kerana daging kambing bukan pilihan Mamable. Serik dengan bau hamisnya membuatkan Mamable tidak menggemarinya. Tetapi menu Lamb Soy Sauce di Old Spice Cafe telah merubah segalanya. Rasanya membuatkan Mamable ingin mencubanya berkali-kali. Gabungan rasa lada hitam dan kicap soya sebati dengan daging kambing tersebut.

Menu Chili Chicken

Image may contain: food and text

Apabila merasa suapan pertama Chili Chicken, terus Mamable teringat Ayam Masak Rendang. Rasanya seakan-akan rendang, tetapi ia bukan rendang sebab ada kentang. Sememangnya gabungan rasa yang susah Mamable nak jelaskan. Memang ianya menu yang unik dan sedap.

Menu Chili Prawns

Image may contain: food

Wow masakan ini lain dari yang lain, apabila terung digandingkan dengan udang. Rasanya seakan-akan masakan kari. Tapi bukan kari….hahaha macam-macamlah Mamable ni kan. Kepedasanya berakhir dihujung lidah. Fresh, sedap, udangnya besar dan keseluruhan Mamable puashati.

Menu Grilled Chicken Chop With Peri Peri Sauce

Image may contain: food

Rasa ayamnya yang lembut bersebati dengan rasa rempah ratus cair di dalam mulut. Hirisan sayur lobak dan kacang peas yang segar dan manis membuatkan Mamable makan sampai tak ingat dunia. Rasa kuah Peri Peri yang masam dan pedas kemudiannya membuatkan ia gandingan yang seimbang di dalam pinggan.

Menu Fajita Wrap

Image may contain: food and text

Tak ingat berapa gulung Mamable dah makan. Hirisan daging bersama cili benggala nerupakan gadingan hebat. Dicampur dengan rasa rempah ratus membuatkan sesiapa yang merasainya seperti berada di padang pasir hahahahaha….

Minuman Pilihan Old Spice Cafe

Tiga jenis minuman yang menjadi pilihan Puan Hani untuk direview kali ini iaitu Virgin Mojitos, Iced Coconut Sea with Longan dan Irresistible Ferrero Rocher.

Virgin Mojitos

Image may contain: drink and indoor

Minuman yang bagus bagi mereka yang mementingkan diet dan penjagaan badan. Rasa perahan limaunya membuka selera. Terpikat dengan namanya iaitu Virgin Mojitos. Ia menarik perhatian pada sesiapa saja yang ingin mencuba minuman ini.

Iced Sea Coconut With Longan

Image may contain: drink, indoor and food

Segar dan terasa manis buahnya. Seperti berada di tepi pantai sambil bersantai menunggu matahari terbenam. Gandingan di antara longan dan air kelapa laut…membuatkan Mamable jatuh cinta pandang pertama.

Irresistable Ferrero Rocher

Image may contain: drink and indoor

Terasa kesedapan coklat Ferrero Rocher masuk ke tekak Mamable. Minuman berkategori kelas atasan sebab ada gabungan coklat, kacang dan krim. Anak-anak mesti suka minuman ini.

Pencuci Mulut Terbaik Dari Old Spice Cafe

Tidak dilupakan juga menu-menu pencuci mulut yang pastinya membuatkan anda teruja untuk mencubanya ialah Night of Passion dan Pengat Pisang.

Pengat Pisang

Image may contain: food

Satu sudu, dua sudu, tiga sudu sampaikan leka Mamable makan Pengat Pisang ini. Manis gula melaka dan buah pisang membuatkan Pengat Pisang ini menjadi kegemaran ramai rupanya.

Night Of Passion

Image may contain: food

Aiskrim di dalam buah markisa. Persembahannya membuatkan Mamable sangka ia adalah buah manggis. Gabungan ideal di antara vanila dan buah markisa. Sedap, sedap dan sedap…terbaiklah.

Kesinambungan Dekorasi Kotemporari Dan Tradisional

Melangkah masuk ke Old Spice Cafe membuatkan Mamable teringat suasana di rumah. Suasana santai dengan susun atur dekorasi hiasan menggambarkan seolah-olah kita berada di rumah.

Old Spice Cafe menampilkan dekorasi kotemporari dan tradisional serta membawa masuk suasana kampung dan urban dalam satu masa merupakan gabungan elemen yang memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Kafe ini mampu memuatkan sehingga 50 pelanggan pada satu-satu masa. Kafe ini juga amat sesuai mengadakan majlis-majlis korporat, sambutan harijadi, perjumpaan rakan taulan dan ahli keluarga untuk berkumpul.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor

 

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 1 person, sitting, living room and indoor

Image may contain: people sitting, living room, table and indoor

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.

Ruang Makan 

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor

Ruang Makan Di Tingkat Atas

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 1 person, smiling, text

Ulasan Mamable

Tanggapan pertama Mamable seperti jatuh cinta pandang pertama apabila Mamable mencuba menu-menu tersebut. Betullah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata.

Apabila nak dibandingkan dengan harga yang amat berpatutan, terkedu Mamable apabila sajian yang dihidangkan sememangnya sedap, unik dan super awesome.

Sukar nak digambarkan dengan kata-kata dan pujian, adalah eloknya jika anda semua datang ke Old Spice Cafe dan rasainya sendiri.

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, people smiling
Mamable bersama Luqman, rakan media yang turut hadir merasai sendiri sajian di Old Spice Cafe

No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Info Old Spice Cafe : R05-G M City Ampang
No. 326 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Hubungi 019 6912815

Atau lawati laman web http://oldspicecafe.my/

FB : https://www.facebook.com/oldspicecafe.my

IG : https://www.instagram.com/oldspicecafe

8 thoughts on “Letusan Rasa Di Old Spice Cafe, Ampang

  1. Old Spice Cafe sounds like a modern Western cafe but from the presentation of the dishes and menu, it looks like traditional Malay food with a fusion of Western style. I am salivating just looking at these photos lah!!

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s