I am what I am……….
Mamable tak pernah mengimpikan percutian pelayaran di atas sebuah kapal mewah. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal apabila baru-baru ini Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah menjemput Mamable untuk membuat liputan acara Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) di Puteri Harbour, Johor Bahru.
Apa yang berlegar-legar difikiran apabila sebut tentang Black Pearl Cruise? Semestinya teringat kembali filem The Pirates of the Caribbean. Berangan jadi lanunlah….hahahaha. Dan bagaimana pula mereka yang pernah berlayar dengan cruise, apakah perasaan anda? Apakah pendapat anda? Adakah anda rasa seronok? Kalau diberi peluang, adakah anda mahu berlayar lagi?
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang ada di dalam cruise atau apa agaknya aktiviti semasa pelayaran di atas cruise nanti. Kali ini Mamable berbesar hati untuk berkongsikan pengalaman pelayaran Mamable bersama Black Pearl Cruise.
Jadi, kepada sesiapa yang memasang impian untuk merasai percutian pelayaran sebegini, mari kita baca ulasan beliau selengkapnya.
Pelayaran Media Bersama Tetamu VIP Dengan The Black Pearl
Kalau tak kerana program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) ini, jangan haraplah Mamable dapat merasai naik cruise ini.
Sebelum menaiki kapal ini, Mamable dan rakan-rakan media yang lain telah diberi jaket keselamatan. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan membuktikan keprihatinan FCMS dalam menjaga keselamatan para penumpangnya. Manalah tahukan, malang itu tak berbau.
Para penggiat media telah diberi penghormatan untuk belayar bersama tetamu VIP dan merasai sendiri cabaran yang dilalui oleh para peserta kayak yang mendayung sejauh 40 kilometer. The Black Pearl yang dikemudikan oleh Encik Zaher Sipon dari Flying Colours Marine Solutions (FCMS) telah membawa kami melayari Selat Johor atau dahulunya lebih dikenali sebagai Selat Tebrau. Menggamit kembali sejarah Melayu lama antara Johor, Riau dan Lingga. Ini mendekatkan kami dengan alam semulajadi serta pembangunan yang diolah dengan seimbang telah meletakkan Puteri Harbour sebagai produk pelancongan.




Suasana Semasa Pelayaran




Apa Ada Di Dalam The Black Pearl
Bahagian dalam The Black Pearl merupakan sebuah kabin tunggal yang terdiri daripada bilik bersaiz queen, ruang dapur, ruang makan yang luas. Di bahagian hadapan kapal pula terdapat dek besar dan platform untuk berenang. Untuk bahagian atas kapal dilengkapi dengan meja mahogani dan mampu memuatkan 10 orang dalam satu masa.
Di bahagian atas The Black Pearl, kita boleh menikmati keindahan laut dan menikmati pemandangan persisiran pantai. Sambil menikmati keindahan alam, FCMS juga menyediakan minuman sejuk dan makanan ringan untuk para pelanggan. Ia juga adalah 45 footer ikonik kerana ia mempunyai watak tersendiri yang membolehkan semua penumpang berasa selesa sambil belayar.
Pendapat Mamable Mengenai The Black Pearl?
Bagi Mamable, ini adalah pengalaman yang pertama. Mungkin selepas ini tiada lagi peluang bagi Mamable untuk menikmati pelayaran seperti ini lagi. Dari segi faktor keselamatan luaran dan dalaman, membuatkan Mamable rasa puashati dan yakin dengan kredibiliti FCMS. Cara layanan yang mesra dan pengemudian kapal oleh Encik Zaher Sipon membuatkan Mamable seperti seorang bangsawan dalam filem Titanic…hehehe.
Sejarah The Black Pearl
Black Pearl memulakan hidupnya di United Kingdom pada tahun 1978 sebagai kapal pengukur. Ia mempunyai kotak pemacu gear – 8 Clutch Servo-Gear yang disokong oleh turbo 375HP yang dikenakan Iveco 6 silinder enjin diesel. Pemacu Servo-Gear direka untuk membolehkan kapal ini bergerak ke depan dan ke belakang tanpa menukar revolusi motor.
Ia merupakan sebuah kapal pengukur yang hebat dan pernah menjadi kapal tinjauan untuk memerhatikan pertandingan kapal layar. Pada tahun 2009, The Black Pearl telah dihantar ke Thailand selama dua tahun dan ia kekal sebagai sebuah kapal biasa hingga hari ini. The Black Pearl masih mengekalkan pemacu Iveco Motor, Servo-Gear dan mempunyai 3 penjana diesel silinder sendiri yang boleh memacu semua kuasa dan keperluan elektrik di atas kapal.
Serba Sedikit Mengenai The Black Pearl Dan Flying Colours Marine Solutions (FCMS)

The Black Pearl, merupakan sebuah kapal penjelajah yang berukuran 45 kaki persegi yang dimiliki oleh Kapten Jones dan ia dinamakan sempena filem terkenal The Pirates of the Caribbean. Kapten Jones adalah pengasas kepada FCMS dan beliau bersemangat ingin berkongsikan pengalaman beliau melalui pelayarannya ke seluruh dunia.
Penubuhan FCMS adalah untuk menawarkan perkhidmatan sewa bot yang mampu dimiliki untuk para pelanggan di Malaysia dan Singapura. Selain perkhidmatan sewa bot, FCMS juga menawarkan khidmat penyelenggaraan (Perkhidmatan Chandler), iaitu satu penyelesaian sehenti untuk bekalan, penyelenggaraan dan bantuan untuk semua pelaut.
Pakej Pelayaran Yang Ditawarkan Oleh Flying Colours Marine Solutions (FCMS)
General Cruises | Indonesia & Singapore Gateways | Adventure Cruises | Luxury Cruise | Event Cruises | Customized Cruises | Escape with a Last Minute Deal
Pelayaran yang berkualiti bersama orang tersayang. Ingin lari dari kesibukan hiruk pikuk kota metropolitan, FCMS menawarkan percutian dan pelayaran dengan kadar diskaun istimewa serta beberapa tawaran bonus yang terhad dan tersedia. Pelayaran keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang menyeronokkan dan menarik ini mempunyai pelbagai aktiviti seperti memancing, snorkeling dan menyelam. Anda juga boleh melawat tempat-tempat yang indah seperti Bintan, Pulau Riau, dan banyak lagi Pulau Indonesia dan Singapura.
Hanya melalui pakej FCMS ini anda berpeluang untuk merasai percutian dan pelayaran yang lengkap dengan tawaran diskaun harga yang rendah.
Info : General Cruises | Indonesia & Singapore Gateways | Adventure Cruises | Luxury Cruise | Event Cruises | Customized Cruises | Escape with a Last Minute Deal
Boleh hubungi:
Encik Michael, Kapten – +6016-775 5783
Cik Gill, Pengarah Urusan – +6016-775 5782 | +6016-754 4041
atau email:
bookings@flyingcoloursmarinesolutions.com
Untuk Corporate Cruises dan Corporate Events On Board
Boleh hubungi:
Cik Suan, Pengarah Urusan Bahagian Business Development – +6016-232 4772
atau email:
suan@flyingcoloursmarinesolutions.com
Info Flying Colours Marine Solutions (FCMS)
Laman web http://www.flyingcoloursmarinesolutions.com
FB https://www.facebook.com/FlyingColoursMarineSolutions
Bestny dapat naik cruise! Haven’t try it befor, this experience is really once in a life time experience to try.
LikeLiked by 1 person
I also had a good experience on the cruise. I find that for such an intimate setting, it is the company that makes the difference and I am glad that we were able to chat.
LikeLiked by 1 person