D’Bellezza Produk Kecantikan Yang Anda Perlu Ada


I am what I am…….

D’Bellezza – Cantik untuk yang tersayang

Kuala Lumpur, 06.12.2017 – Mamable bertuah kerana dapat menghadiri majlis pelancaran produk D’Bellezza di Matrade Meec, aras 2 semalam.

Cantik adalah anugerah. Fitrah wanita ingin memiliki dan menyukai kecantikan. Sebab itu cantik dan kosmetik adalah sangat sinonim.

Kemunculan produk D’Bellezza Beauty & Skin Care yang hadir dalam bentuk yang ringkas, warna, rasa serta baunya yang semulajadi dan selamat digunakan tanpa was was telah meletakkannya sebagai produk pilihan para wanita masakini.

Image may contain: 1 person

D’Bellezza Lipmatte

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Produk pertama dari D’Bellezza adalah Lipmatte dengan koleksi 4 warna yang neutral, menarik dan ringkas. Teksturnya yang ringan, tahan lama, tidak mengeringkan dan ia mengandungi Vitamin C & E (pelindung).

Antara bahan yang terdapat dalam Lipmatte ni adalah :

Kolagen – berfungsi untuk memberikan kelembapan kulit bibir dan mengelakkan              daripada masalah kulit kering.

Minyak Argan – melembabkan bibir yang kering dan pecah-pecah.

Vitamin C – Vitamin C mampu menghindarkan bibir daripada bertukar warna                    menjadi gelap.

Vitamin E – Vitamin E bertindak sebagai antioksidan, mencegah kerosakan sel                    kulit dan membantu melindungi bibir dari sinar UV.

 

Terdapat 4 jenis warna Lipmatte mengikut kod. Warna-warnanya memang cantik, menarik dan ringkas.

Image may contain: one or more people and closeup
Lipmatte DB-02 (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)
Image may contain: one or more people and closeup
Lipmatte DB-04 Sexy (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)
Image may contain: one or more people
Lipmatte DB-06 Darling (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)
Image may contain: one or more people
Lipmatte DB-08 Vouge (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)

Kod warna D’Bellezza Lipmatte ini adalah kod warna yang menjadi pilihan trend masakini. Warnanya yang tidak terlalu garang atau terlalu pudar, boleh digayakan mengikut kesesuaian si pemakai.

Menurut Encik Aj Azril yang merupakan pengasas D’Bellezza berkata, ‘tak sangka dengan keluaran pertama beliau iaitu Lipmatte sebanyak 1000 unit yang dijual online melalui FB laris dijual dan mendapat permintaan yang tinggi’. Lipmatte dijual dengan harga mampu milik iaitu RM39.90 seunit.

Diamond Foundation – Perfecting Blend SPF35 PA+++

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Bedak Asas D’Bellezza ini mempunyai adunan sempurna SPF35 PA+++ (5 dalam 1) dengan fomulasi serbuk mutiara ini memberi kemasan sederhana dengan warna kulit sebenar kita, mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan, membantu mencerahkan kulit muka dengan perlindungan UV dan juga menganjalkan kulit. Bedak asas ini dijual dengan harga RM69.90 seunit.

Apa itu SPF35 PA+++ ?

Mengikut standard perlindungan UV antarabangsa, produk yang mengandungi kadar SPF 18 hingga 50 dan PA+ (rendah) hingga PA+++ (tinggi), sekali gus berkesan mengelak daripada kulit kering dan kasar akibat pancaran UV.

Apa itu UV ?

UV ialah sinar lembayung ungu dari matahari dan ia merupakan faktor utama penuaan. Sinar UV lazimnya dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada jarak pancaran. Jarak paling jauh dikenali sebagai UVA, diikuti oleh UVB dan UVC di mana setiap satunya memberi kesan yang berbeza-beza. Lebih pendek jarak pancaran tersebut lebih berbahaya kepada kulit. Bagaimanapun, UVC dan sebahagian daripada UVB tidak sampai ke permukaan bumi kerana ia akan diserap oleh lapisan ozon. Oleh itu, hanya UVA dan sebahagian UVB yang mempunyai kesan terhadap kulit. Oleh itu adalah penting bagi kita melindungi kulit dengan produk yang mengandungi SPF (Faktor Perlindungan Matahari) dan PA (gred Perlindungan UVA).

Berus Automatik 3 dalam 1 (Bedak Asas/Pemerah Pipi & Bedak/Terapi Muka

No automatic alt text available.

Jangan lupa pula untuk dapatkan berus automatik 3 dalam 1 ini untuk penggunaan bedak asas, pemerah pipi dan terapi muka. Fungsi berus automatik ini adalah meratakan dan menyerap dengan lebih mudah, mengurut kulit muka supaya peredaran darah dan oksigen dimuka lebih stabil, menjimatkan masa dan penggunaan yang optimum. Harga seunit berus ini adalah RM190.90 sahaja.

Mengenai D’Bellezza

Encik AJ Azril merupakan pengasas produk D’Bellezza Beauty & Skin Care. Produk komestik ini telah berada di pasaran pada bulan April tahun ini. Dengan berbekalkan keberanian dan semangat untuk menjadi seorang Usahawan berjaya, Encik AJ Azril atau lebih mesra dengan panggilan Abam AJ telah mengeluarkan produknya yang pertama iaitu Lipmatte.

Menurut Encik AJ Azril, ‘D’Bellezza telah berdaftar dengan Matrade supaya senang untuk mempromosi produknya dan meletakkan jenama dan syarikat beliau di pasaran global dan ini adalah impiannya’.

Berniaga secara online menerusi Facebook, membuatkan nama D’Bellezza lebih cepat dikenali. Dengan bantuan dan rundingan daripada Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO) dan sistem myfAD, Lipmatte kini menjadi viral dikalangan wanita dan merupakan produk paling laris dijual.

Seperti produk-produk kosmetik yang lain, produk D’Bellezza juga tertakluk kepada pematuhan terhadap peraturan dan keperluan yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Garis panduan bagi Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia dan ini membuktikan produk D’Bellezza amat selamat digunakan.

Image may contain: 1 person, standing and text
Encik AJ Azril (Pengasas D’Bellezza)

Matrade Membantu Para Peniaga

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merupakan satu Agensi Promosi Perdagangan Kebangsaan Malaysia. Misi MATRADE adalah untuk mempromosikan eksport Malaysia dan membolehkan banyak syarikat tempatan berada dibarisan hadapan di pasaran global. Kini ia terus meletakkan syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi pada taraf antarabangsa.

Ia membantu para peniaga dari segi program latihan dan pameran.

Info mengenai Matrade – http://www.matrade.gov.my

No automatic alt text available.

Serba Ringkas Mengenai Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO)

Dengan gaya hidup kini, penggunaan media sosial merupakan platform, trending dan pengaruh yang kuat dengan sogokkan iklan-iklan produk kosmetik yang sangat mengujakan di Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, WhatsApp dan sebagainya. Sebab itulah pentingnya Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO) dalam sistem komunikasi media sosial kini.

Ulasan daripada Cik Nenny Ruthfalydia Rosli, (Pegawai Penyelidikan UTM – CAIRO) berkata, ‘CAIRO mula ditubuhkan pada 1997 dan dah 20 tahun dalam industri Kecerdikan Buatan dan juga Robotik. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bersama-sama dengan industri dan institusi lain’ katanya.

Info mengenai CAIRO – http://kl.utm.my

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Cik Nenny Ruthfalydia Rosli (Pegawai Penyelidikan UTM – CAIRO)

Ringkasan – Sistem myfAD – Malaysian Facebook Advertising

Apa itu sistem myfAD ?

Malaysian Facebook Advertising (myfAd Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat pengiklanan yang menghubungkan perniagaan dengan pengguna facebook. Ideologi utama adalah menganggap bahawa peniaga sanggup membayar (pengguna facebook ) Ahli supaya Ahli akan berkongsi(‘share’) post facebook peniaga (yang mempromosikan produk peniaga / perkhidmatan) di facebook dinding pelanggan. Dengan berkongsi post peniaga, ia membolehkan rakan-rakan Ahli itu untuk melihatnya dan mereka mungkin berminat untuk membeli produk / perkhidmatan. Oleh itu myfAD mencipta satu sistem yang dipanggil myfAd sebagai platform untuk merealisasikan ideologi ini.

Objektif sistem ini adalah membantu para peniaga FB untuk memviralkan post iklan.

Kelebihan myfAD kepada para peniaga FB – penyertaan sebagai ahli adalah percuma, para peniaga mendapat rundingan dan nasihat percuma, tersenarai pada iklan di laman web myfAD, post iklan boleh disunting dan ia menjana pendapatan sebagai Promoter dan Subcriber.

Info mengenai sistem myfAD – https://www.myfad.my

Suasana Majlis Pelancaran Produk D’Bellezza

Image may contain: 1 person, standing and text

Image may contain: 4 people, people standing and text

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and suit

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 4 people, people smiling
Sumber gambar oleh Kak Hanny – http://www.diarymama.com

Ikuti D’Bellezza sekarang untuk info & produk di :

Facebook: https://m.facebook.com/Dbellezzabeauty/

Instagram: dbellezzabeauty

WhatsApp: 011 12890009

Web: www.dbellezzabeauty.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s