I am what I am…….
Setiap kali menjengah penghujung tahun, sambutan Hari Krismas semestinya diraikan dengan penuh meriah di hotel-hotel dan pusat beli-belah seluruh negara.
Bersempena dengan hari perayaan tersebut, Resorts World Genting telah merasmikan persembahan Krismas ‘The Spectacular Genting SkySymphony Christmas’ dan perarakan Santa, Snoopy, Charlie Brown & Friends di Times Square, SkyAvenue pada 01.12.2017 yang lepas.
Krismas sinonim dengan kisah fantasi seperti watak Santa Claus, Santarina, pokok krismas, hadiah, dekorasi yang berwarna-warni dan salji yang sememangnya merupakan elemen penarik.
Bagi tahun ini, Resorts World Genting telah memilih untuk membawa para pengunjungnya bersuai kenal dengan 52 buah figura Snoopy dari seluruh negara di SkyAvenue.
‘The Spectacular Genting SkySymphony Christmas’
Terkejut Mamable apabila Resorts World Genting mempertaruhkan RM500,000 untuk kos produksi SkySymphony seperti sistem audio, visual dan sistem multimedia grafik bagi 1001 biji bola kinetik yang terletak di siling dengan ketinggian seperti 4 tingkat bangunan. Ia merupakan persembahan multimedia dan pemasangan kekal bola kinetik yang terbesar di Asia.
Pertunjukan ‘The Spectacular Genting SkySymphony Christmas’ ini bermula dari 01.12.2017 hingga 31.12.2017 setiap 2 jam dan diikuti dengan The Forest, Urban Symphony dan The Goddess pada setiap jam dari pukul 10.00 pagi hingga malam.
Perarakan Santa, Santarina, Elves, Pokok Krismas Bergerak, Snoopy, Charlie Brown & Friends
Menurut Encik Roger Ong (Timbalan Presiden Promosi & Hiburan RWG) berkata, ‘The Spectacular Genting SkySymphony Christmas’ merupakan pembukaan perasmian Krismas yang bertemakan ‘Rockin’ Around The Christmas Tree’ bukanlah suatu pengakhiran tetapi ia adalah permulaan bagi musim percutian ini. Tambahnya lagi, idea dan konsep ini mewujudkan lagi suasana sambutan Hari Krismas nanti.
Selepas ucapan dari Encik Roger Ong dan persembahan ‘The Spectacular Genting SkySymphony Christmas’ tadi, Mamable, rakan media dan ribuan pengunjung yang hadir telah dihiburkan dengan nyanyian lagu Krismas dari beberapa ‘carollers’ yang berdiri mengelilingi pentas dan ditemani oleh 13 buah figura Snoopy di atasnya. Diikuti pula persembahan gimik dengan perarakan Santa, Santarina, Pokok Krismas bergerak, Snoopy, Charlie Brown dan rakan-rakannya mengikut rentak muzikal Krismas. Seperti di alam fantasi apabila berada di antara Santa Claus, Snoopy, Charlie Brown, Reindeer dan Elves.
Para pengunjung boleh menyaksikan perarakan ini pada setiap hari bermula 01.12.2017 hingga 31.12.2017 di :
Aras 1, SkyAvenue – pada pukul 11.00 pagi – 11.30 pagi, 3.00 petang – 3.30 petang dan 8.00 malam – 8.30 malam.
Aras 3, SkyAvenue – pada pukul 1.00 tengahari – 1.30 tengahari dan 6.00 petang – 6.30 petang.
Snoopy Setinggi 6 Meter Tarikan Utama
Suasana Kemeriahan Krismas Di Genting
Dekorasi Krismas boleh dilihat di setiap tempat, penjuru dan ruang legar di Resorts World Genting. Walaupun dekorasinya nampak ringkas tetapi sentuhan kemewahan nampak nyata dan membuatkannya menarik perhatian ramai.
Snoopy Jadi Tarikan
Para pengunjung tidak ketinggalan berswafoto bersama 52 buah figura Snoopy di sekitar SkyAvenue.
https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting
atau hubungi 03-27181118
Snoopy tu all cute cute belaka! I bet you guys has take a lot of photo during your visit!
LikeLiked by 1 person