Bayar Zakat Melalui Kempen YEZ 2017


I am what I am…….

Kuala Lumpur, 08.12.2017 – Kempen Year End Zakat 2017 (KEMPEN YEZ 2017) dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Kempen ini diadakan selama sebulan bermula pada 01.12.2017 hingga 31.12.2017.

KEMPEN YEZ 2017 dilaksanakan bagi menyarankan orang ramai agar  tidak menangguhkan tanggungjawab berzakat sebelum berakhirnya tahun 2017 agar kehidupan asnaf dapat dibela dan dipertingkatkan dengan menyalurkan wang zakat kepada institusi yang betul.

 

11 Kaunter Zakat Yang Terlibat

PPZ-MAIWP memberitahu bahawa kempen ini melibatkan 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP yang terletak di Dataran Shamelin Perkasa Cheras, Masjid Negara, Wangsa Maju Seksyen 5, Presint 9 dan Presint 15 Diplomatik Putrajaya, Anjung Niaga Masjid Taman Tun Dr Ismail, Plaza RAH Jalan Raja Abdullah Kampung Baru, Masjid Al-Iman Al Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, Labuan Times Square dan UTCKL Pudu Sentral.

Waktu Beroperasi Dan Kemudahan Pembayaran Yang Mudah

Kaunter-kaunter ini beroperasi 7 hari seminggu termasuk cuti umum dari pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Tetapi pada tarikh 26.12.2017 hingga 31.12.2017, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari pukul 8.15 pagi hingga 8.00 malam.

PPZ-MAIWP telah menyediakan pelbagai kemudahan bayaran di kaunter termasuk pembayaran melalui kad debit dan kad kredit, ini bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran.

Jangan risau bagi mereka yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter yang disediakan, pembayaran juga boleh dilakukan menerusi Portal PPZ-MAIWP di laman web http://www.zakat.com.my

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Qadha Zakat.

PPZ-MAIWP Tawar 100 Hadiah Cabutan Bertuah Dan Cenderahati

PPZ-MAIWP menawarkan 100 hadiah menarik untuk cabutan bertuah bagi para pembayar zakat sepanjang bulan ini. Cabutan bertuah itu diberikan kepada mereka yang membayar zakat di 11 kaunter yang disediakan dan juga pembayaran menerusi laman web.

Cabutan bertuah ini dilakukan setiap hari dengan sekali cabutan saja iaitu bermula 01.12.2017 hingga 29.12.2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30.12.2017 hingga 31.12.2017.

Pemberian beberapa cenderahati khas di kaunter-kaunter pembayaran iaitu CD MAU’IZATI oleh  Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani, Kalendar Meja 2018 yang mengandungi jadual waktu bersolat dan Buku Siri Rukun Islam diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ketika membuat pembayaran, ini bertujuan untuk mendidik anak-anak memahami kewajipan menunaikan zakat.

Penampilan Istimewa Maskot Omar Dan Hana

Penampilan istimewa Maskot Hana dan Omar iaitu siri kartun terbitan ASTRO untuk memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30.12.2017 dan 31.12.2017 nanti.

Image result for hana dan omar
Gambar dari sumber Youtube

Mamable Berkongsi Sedikit Mengenai Hikmah Dan Faedah Zakat

Zakat mempunyai hikmah dan faedah yang banyak. Ia adalah untuk kebaikan pengeluar zakat dan juga penerimanya. Faedah zakat juga dapat dinikmati oleh setiap individu dan masyarakat. Antara hikmah dan faedah tersebut adalah seperti membiasakan diri pengeluarannya supaya bersifat pemurah, zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain, zakat berperanan penting dalam menangani masalah pengangguran, zakat dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki dan menunaikan zakat juga membawa kepada keamanan dalam negara.

Semoga dengan memahami hikmah dan rahsia syariat zakat menjadikan kita benar-benar faham erti zakat dan faedah disebalik zakat tersebut.

Info Dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 atau layari portal zakat di www.zakat.com.my.

Juga di media sosial Facebook : https://www.facebook.com/myzakat

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s