Menu Negeri Pahang Di Genting


I am what I am………..

Genting Highland, 08.12.2017 – Festival makan-makan di Resorts World Genting yang bertemakan “Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang” diadakan sempena “Visit Pahang Year”. Negeri Pahang mempunyai pelbagai makanan tradisional antaranya Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Hitam, Opor Daging, Puding Diraja dan banyak lagi.

Taste of Darul Makmur

Rambang mata ni! Itu yang dapat diperkatakan tatkala mata ‘menujah’ satu persatu lauk-pauk sajian tradisional Pahang yang menjadi hidangan bufet untuk makan tengahari dan malam di Coffee Terrace, Resorts World Genting bermula 08.12.2017 hingga 17.12.2017.

Bukan mata sahaja terpaku melihat sajian yang berderet, tetapi hati juga sukar membuat pilihan sajian berkonsepkan selera kampung itu.

Image may contain: food and text

No automatic alt text available.

Image may contain: hat, text and outdoor

Cef Disamping Masakan Negeri Pahang

Image may contain: 1 person, eating, sitting, food and indoor

Cef Rosidi Ahmad merupakan cef yang diberi tanggungjawab dalam penyediaan masakan Pahang ini. Renyah dan susah terpaksa ditolak belakang dalam menjayakan promosi ini. Beliau tidak sombong dalam senyuman sentiasa diringi ketika diaju beberapa soalan daripada rakan media.

Menu Tradisi Negeri Pahang

Tempoyak Ikan Patin

Image may contain: food

Daerah Temerloh merupakan tempat terdapatnya Ikan Patin yang banyak dan ia juga diternak di sepanjang Sungai Pahang.

Gulai Tempoyak Ikan Patin sememangnya menu yang popular dan ia menjadi kegemaran rakyat Malaysia khususnya di negeri Pahang. Selain rasanya yang enak, cara membuatnya juga mudah dan bahan yang diperlukan cukup ringkas. Paling penting, mestilah ada tempoyak. Lagi banyak tempoyak, bertambah sedap hasil gulainya.

Pertama kali merasa menu Tempoyak Ikan Patin walaupun kemasyhurannya meniti di setiap bibir penggemar menu tersebut. Isinya yang lembut, empuk, tidak berbau hanyir, rasa pedas dan manis tempoyak menambahkan selera.

Sambal Hitam

Image may contain: food

Sambal hitam terkenal di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Makanan unik ini diperbuat dari belimbing buluh dan ikan bilis sebagai bahan utama. Makanan tradisi turun temurun ini dikatakan hanya boleh dihasilkan oleh mereka yang mahir berikutan proses penghasilan yang agak rumit.

Menurut Cef Rosidi, ‘Sambal Hitam ini diperbuat daripada belimbing buluh rebus dan ditumis dengan bawang, ikan bilis dan cili. Ia dimasak hingga hitam dan enak rasanya. Penyediaan amat rumit kerana buah belimbing buluh perlu direbus dahulu selama lapan jam, sebelum ditumis dan selama enam jam lagi bagi sambal basah serta sepuluh jam bagi sambal yang kering’, katanya.

Sambal Tempoyak

Image may contain: food

Apabila tibanya musim durian pasti berlakunya lambakan buah sehingga ada yang dibuat tempoyak untuk dijadikan sambal ataupun masakan yang lain. Kebiasaannya tempoyak akan dicampur dengan sambal cili dan dicicah bersama ulam-ulaman dan pasti akan membuka selera ramai orang.

Opor Daging

Image may contain: food

Penyediaan masakan Opor Daging yang merupakan makanan tradisi Pahang yang menggunakan daging, merupakan satu tugasan yang renyah dan memerlukan kesabaran tinggi kerana mengambil masa antara lima ke enam jam untuk disiapkan. Opor yang sedap mestilah seimbang rasa pedas, masin, manis dan paling utama sukatan rempah opor, pati santan dan santan cair yang digunakan mestilah mencukupi dengan jumlah daging.

Puding DiRaja & Kuih Lompat Tikam

Image may contain: food

Puding Raja sememangnya terkenal di negeri Pahang. Untuk menyediakan kuah puding ukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Cara menghidang pula, perlu aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk dan taburkan jala emas. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan. Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama gula kabung.

Antara Menu Utama Lain Di Coffee Terrace

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and text

Image may contain: food

 Pencuci Mulut

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Artifak Negeri Pahang

Resorts World Genting telah membawa artifak dari Muzium Pekan dan diletakkan di Coffee Terrace bagi menyerlahkan suasana festival mempromosikan selera Negeri Pahang yang bertemakan ‘Taste of Darul Makmur’. Ia merupakan ihsan Yang Berhormat Dato’ Ahmad Farid bin Abdul Jalal yang merupakan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang. Sebanyak 14 jenis artifak asli dipamerkan.

Image may contain: text

Suasana Review

Image may contain: food

No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, people eating, table and food

Info bufet :

Harga bufet makan tengahari :
RM48 harga bersih untuk dewasa
RM24 harga bersih untuk kanak-kanak

Harga bufet makan malam :
RM82 harga bersih untuk dewasa
RM41 harga bersih untuk kanak-kanak

Coffee Terrace, Resorts World Genting

Menjamu selera di ketinggian 6,118 kaki bawah aras laut, Coffee Terrace terletak di aras lobi Hotel Grand Genting.

Melangkah masuk ke Coffee Terrace, terpegun dengan dekorasi dalaman yang kontemporari dan suntikan elemen air, kehijauan dan warna tembaga di segenap sudut membuatkan suasana yang selesa dan santai.

Terdapat 6 jenis dapur terbuka dan setiap dapur tersebut ditempatkan cef untuk menjaganya. Sajian yang dihidangkan adalah seperti masakan Melayu, Cina, Barat dan Jawa. Terdapat juga seleksi menu sihat iaitu salad. Pelbagai jenis salad dihidangkan, hanya terpulang pada citarasa masing-masing.

Teringin makan makanan Jepun, Coffee Terrace menyajikan banyak jenis menu Jepun seperti Sushi, Tempura, Mee Udon dan Sup Miso. Juga makanan signaturi menu India iaitu Tandoori, Kari Masala dan banyak lagi menu yang dihidangkan.

Ruang restoran ini mampu mengisi sebanyak 680 lebih orang dalam satu-satu masa. Sesuai untuk keluarga, rakan taulan dan perbincangan korporat di adakan di sini.

Image result for coffee terrace genting highlands
Sumber gambar dari Google

Operasi Coffee Terrace :

Bufet Sarapan – 7.00 pagi hingga 10.30 malam

Bufet Makan Tengahari – 12.00 tengahari hingga 2.30 petang

Bufet Makan Malam – 5.00 petang hingga 9.30 malam

Harga Bufet :

Bufet Sarapan –                                                                                                                              Setiap hari : RM41.00 bersih (dewasa) & RM20.00 bersih (kanak-kanak)

Bufet Makan Tengahari –                                                                                                              Isnin hingga Jumaat : RM42.00 bersih (dewasa) & RM 21.00 bersih (kanak-kanak)                Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Awam : RM48.00 bersih (dewasa) & RM24.00 bersih (kanak-kanak)

Bufet Makan Malam –                                                                                                                            Ahad hingga Khamis : RM79.00 bersih (dewasa) & RM39.00 bersih (kanak-kanak)              Jumaat, Sabtu dan Cuti Awam : RM82.00 bersih (dewasa) & RM41.00 bersih (kanak-kanak)

Info : Hubungi 03-27181118 atau lawat laman web http://www.rwgenting.com

Image may contain: text

 

 

2 thoughts on “Menu Negeri Pahang Di Genting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s