I am what I am………
Makanan untuk orang demam. Adakah buntu mencari menu untuk makanan orang demam?
Sebagai manusia biasa kita tentunya tidak terlepas daripada terkena penyakit seperti demam ataupun selsema. Apabila sakit, secara automatik kita akan mengalami kurangnya selera makan.
Selalunya kita akan makan kurang daripada kebiasaan dan adakalanya langsung tak makan! Sedangkan makan makanan itu sangat penting bagi proses pemulihan demam yang cepat dan betul.
Bagi Mamable, Mamable hanya berselera makan Bakso, Mee Sedap dan Sambal Ikan Sardin. Pelikkan tetapi inilah yang sebenarnya yang berlaku. Sampaikan suami dan anak-anak pun dah faham.
Mihun Bakso
Mihun Bakso yang menepati citarasa dan rasa tekak. Memang puashati hirup sup Bakso dan kunyah bebola daging yang kenyal. Senang didapati kerana lokasi kedainya hanya beberapa meter saja dari rumah Mamable. Masakan Jawa ini memang kena dengan tekak Mamable. Tak nak dah Bakso dari tempat lain.
Mee Goreng Sedap
Bukan beli mee selepas goreng ye tetapi Mee Goreng Sedap ini daripada Mee Sedap segera tu. Hahahaha…..mudah, ringkas, cepat penyediaanya. Selalunya Mamable akan suruh anak yang sediakan.
Sambal Sardin
Masak Sambal Sardin dan makan dengan nasi putih. Atau dengan cicah dengan roti.
Semua menu tersebut adalah ringkas dan murah. Mudah didapati dan tak menyusahkan anak-anak dan suami untuk membelinya.