Durio-Tourism Di MARDI Kuala Kangsar, Perak


I am what I am……

Related image

Kuala Kangsar, 12.12.2017 – Mamable bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bersama-sama jelajah MARDI Kuala Kangsar untuk makan durian.

Perjalanan dari MARDI Serdang hingga ke MARDI Kuala Kangsar mengambil masa dalam 5 jam dan ia sejauh lebih kurang 255km. Ini adalah kali pertama Mamable menjejakkan kaki ke Kuala Kangsar. Mamable tidak akan berada di sini kalau bukan kerana MTC.  Terima kasih yer MTC.

Mamable dan rakan media amat berbangga apabila kehadiran kami telah disambut dengan mesra oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datin Mastura Mohd Yazid. Ini merupakan satu kejutan MARDI Kuala Kangsar kepada kami.

MARDI Kuala Kangsar, Perak

Image may contain: 2 people, outdoor

Di MARDI Kuala Kangsar, Mamable dan rakan media yang lain tak sabar nak merasai durian Kuala Kangsar. Kenduri durianlah selepas ini. Negeri Perak Darul Ridzuan sekali lagi menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya mereka yang pencinta durian dan buah-buahan.

Bercerita mengenai Durio-Tourism, apa yang dimaksudkan dengan Durio-Tourism? Taman Durio-Tourism yang terletak di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kuala Kangsar telah di buka kepada orang awam.

Menurut Encik Azman Mohd Saad yang merupakan Pengarah Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta MARDI berkata, ‘Taman Durio-Tourism ini diambil sempena nama saintifik durian iaitu durio yang menampilkan enam tarikan tersendiri. Enam tarikan yang dimaksudkan beliau ialah Duriotour, Duriofestival, Durio Produk, Durio Muzium, Durio Chalet dan Friends of Durio (lebah kelulut). Kesemua tarikan ini dibina di atas seluas 40 hektar dengan 22 hektar daripadanya ditanam pokok durian,” katanya.

Sementara itu, Encik Azman juga berkata, dengan bayaran hanya RM50.00 seorang, pengunjung boleh menikmati sepuas-puasnya durian D99, MDUR78, MDUR79, MDUR88 selain D24 dan Musang King.

Durio-Tourism merupakan tempat pelancongan yang terletak di dalam MARDI Kuala Kangsar dan ia adalah pelancongan yang bertemakan ‘dusun village’ di mana anda semua akan dapat merasai pengalaman dan pelbagai aktivi di dalam dusun buah-buahan.

Datin Mastura Mohd Yazid berharap agar kami para media dapat memperkenalkan tarikan baharu agro pelancongan yang berasaskan durian pertama di negara ini dan dapat menarik ramai pengunjung ke Kuala Kangsar, Perak.

Para pengunjung turut berpeluang memetik sendiri buah-buahan lain yang terdapat di sana seperti limau bali, manggis dan rambutan selain merasai suasana sebenar di ladang dan menyertai aktiviti riadah seperti perkhemahan, berbasikal serta memancing.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor
Ahli Parlimen Kuala Kangsar – Datin Mastura Mohd Yazid

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Maklumat Mengenai Buah Durian, Limau Barli, Manggis Dan Rambutan

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Taklimat Mengenai Pemangkasan Pembentukan Pokok Durian

Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok.

DurioTour Dengan Tram

Image may contain: sky, tree and outdoor
Tram untuk DurioTour.

Image may contain: tree, plant, grass, sky, outdoor and nature

Image may contain: tree, sky, grass, cloud, plant, outdoor and nature

Image may contain: tree, sky, plant, grass, outdoor and nature

Image may contain: tree, plant, sky, grass, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, sky, grass, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people standing, plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, plant, tree, outdoor and nature

Diantara Manggis Dan Mesta

Buah manggis (Garcinia mangostana Linn) dan buah mesta merupakan jenis buah tropika yang termasuk di dalam keluarga Clusiaceae. Buah manggis dikenali dengan sebutan ‘queen fruit’ atau ratu buah. Mesta merupakan salah satu daripada varieti manggis.

Menurut Encik Azman, ‘Terdapat perbezaan yang ketara antara mesta dengan manggis. Buah mesta berbentuk tirus lonjong manakala manggis lebih bulat. Mesta juga mempunyai rasa yang enak, lebih kering dengan jangka hayat simpanan yang lebih lama. Di samping itu, batang pokok mesta lebih licin, bercabang lebih rapat dan rendah berbanding dengan manggis. Daun mesta juga lebih panjang dan tirus.

Image may contain: 1 person, plant and outdoor
Encik Azman Mohd Saad (Pengarah Pusat Pembanguan & Pengurusan Harta MARDI) menunjukkan perbezaan buah manggis dan mesta.
Image may contain: fruit, food and outdoor
Gambar kiri menunjukkan mesta dan yang sebelah kanan pula adalah buah manggis
Image may contain: plant
Buah mesta
Image may contain: food
Isi buah mesta lebih rangup dan rasa manis. Ia juga tidak berair seperti buah manggis
Image may contain: one or more people and food
Buah manggis
Image may contain: plant, tree, outdoor and nature
Batang pokok manggis dililit dengan dawai bagi mengelakkan kerosakan yang disebabkan babi hutan

Suasana Makan Tengahari Dan Kenduri Durian Di Ladang

Image may contain: 2 people, plant, flower, nature and outdoor

Image may contain: plant, food and outdoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

 

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people, outdoor and food

Image may contain: 2 people

Image may contain: 3 people, people smiling, hat, eyeglasses and outdoor

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut kami sukahati. Banyak yang Mamable pelajari di MARDI Kuala Kangsar ini. Jutaan terima kasih buat MARDI Kuala Kangsar servis hospitaliti yang terbaik. Mamable tak akan lupa hidangan makan tengahari yang disajikan, terutamanya sambal tempoyak.

Misi Mamable selepas ini akan ke Roti Segar. Nak tahu apa itu Roti Segar nantikan pengembaraan Mamable bersama MTC dan rakan media yang lain.

Info :

MARDI Kuala Kangsar

Kampung Talang Ulu, 33077 Kuala Kangsar, Perak

Hubungi 05-773 3030 atau lawat laman web https://www.mardi.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/mardimalaysia

 

One thought on “Durio-Tourism Di MARDI Kuala Kangsar, Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s