Majlis Perlepasan Misi Road To Agro Tourism 2 – Zon Tengah


I am what I am…….

Related image

MARDI Serdang, 12.12.2017 – Sekali lagi Mamable menyertai trip ‘Road To Agro Tourism 2’ untuk Zon Tengah yang melibatkan 2 buah negeri iaitu Perak dan Pahang dan ia merupakan satu program khas yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Dengan kerjasama Institut Kemajuan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), misi pengembaraan Mamable bersama 40 wakil media yang terdiri daripada media elektronik, percetakan, blogger dan instagramer. Turut serta wakil jabatan, agensi kembara dan pelancong domestik dan asing telah berkumpul di ibu pejabat MARDI Serdang pada 12.12.2017 yang lepas.

Image may contain: outdoor

Menurut Encik Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia), ‘misi Road To Agro Tourism siri 2 ini bertujuan mempromosikan agro pelancongan durian dan agro pelancongan tanah tinggi di Cameron Highlands.

Encik Uzaidi juga ada menyebut sebanyak 6 siri telah dilancarkan iaitu Zon Selatan (Johor), Zon Tengah (Perak dan Pahang), Zon Utara (Pulau Pinang dan Kedah), Zon Pantai Timur (Terengganu), Zon Sabah dan Zon Sarawak. Agro-pelancongan merupakan satu konsep pelancongan yang semakin berkembang pesat kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong. Seperti yang kita tahu, Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian dan mempunyai hasil bumi yang subur dan pelbagai’, katanya.

Timbalan Ketua Pengarah MARDI iaitu YBrs. Dr. Kamariah binti Long memberitahu bahawa Duriotourism merupakan tempat pelancongan yang tarletan di dalam MARDI Kuala Kangsar dan ia merupakan pelancongan yang bertemakan ‘dusun village’ di mana anda semua akan dapat merasai pengalaman dan pelbagai aktive di dalam dusun buah-buahan. Duriotourism merupakan tarikan baru dalam agro pelancongan yang berasaskan durian di Taman Duriotourism MARDI Kuala Kangsar dan adalah yang pertama di negara ini.

Oleh kerana Agro-pelancongan adalah satu konsep pelancongan yang berkembang pesat, CAM Caravan yang merupakan ‘motorhome’ pertama di Malaysia bersama-sama menjayakan trip ini dan ia merupakan peluang keemasan kepada CAM Caravan dalam menawarkan perkhidmatan mereka. Bersesuaian dengan sektor agro pelancongan  kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong.

Image may contain: outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor
Kredit gambar : Facebook page Cam Caravan

Suasana Majlis Pelepasan Road To Agro Tourism 2 – Zon Tengah di MARDI,Serdang

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Dari kiri : Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia), Encik Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia), YBrs. Dr. Kamariah binti Long (Timbalan Ketua Pengarah MARDI) dan Encik Azman Mohd Saad (Pengarah Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta)
Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting
Persidangan media
Image may contain: 7 people, people sitting
Rakan media yang turut serta dalam ‘Road To Agro Tourism 2 – Zon Tengah
Image may contain: 1 person
Perasmian pelepasan trip Road To Agro Tourism 2 – Zon Tengah oleh Encik Uzaidi Udanis (Presiden Pelancongan Malaysia dan YBrs. Dr. Kamariah binti Long (Timbalan Ketua Pengarah MARDI)
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Kredit gambar : MARDI

Image may contain: 1 person, smiling, standing

Sejarah Ringkas Mengenai MARDI

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau dalam bahasa Inggeris: Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan, pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969).

Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.

Sumber petikan : Wikipedia

Info MARDI Serdang :
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang
Selangor

Telefon : 603-8953 6000
Faks : 603-8953 6011

Laman Web:
http://www.mardi.gov.my

Facebook @mardimalaysia

Misi Mamable bersama rakan media yang lain tidak berakhir di sini. Nantikan Mamable ‘kenduri durian’ di MARDI, Kuala Kangsar, Perak. Mamable akan pastikan pengembaraan Mamable bersama Majlis Pelancongan Malalysia bakal meninggalkan memori yang terindah dan dalam masa yang sama Mamable banyak belajar mengenai agro pelancongan di Malaysia.

Image may contain: text

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s