Kembara Mamable Ke Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah Dan Kenali Pengarca Raja Shahriman Di Kuala Kangsar, Perak


I am what I am…….

Image result for majlis pelancongan malaysia

Kuala Kangsar, 13.12.2017 – Selepas daftar keluar (check out) di Sayong Resort, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) membawa Mamable dan rakan media bersiar-siar makan angin di sekitar Bandar DiRaja Kuala Lumpur.

25299156_1676422702401330_283772174475987065_n

Mamable ceritakan serba sedikit mengenai Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan agro pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa.

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri. Aktiviti ekonomi utama terdiri daripada aktiviti pertanian. Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar.

Lokasi Pertama : Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah.  Merupakan sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Islam di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shahpada tahun 1917.

Para pelancong yang pernah menghabiskan percutian mereka di Perak, pasti tidak akan ketinggalan menandakan dalam diari atau ‘busket list’ untuk menyenaraikan Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sebagai destinasi warisan memikat pemandangan.

Pertama kali Mamable melihat sendiri keindahan Masjid Ubudiah ini. Pada pemerhatian Mamable, kubah emas dan menara masjid dipengaruhi seni bina Islam-India.

Masjid ini berbentuk oktagon atau segi lapan dan mempunyai empat buah menara serta dikelilingi kubah di bahagian dalam apabila setiap satu garis pusatnya berukuran 18.2 meter panjang.

Image may contain: sky, tree and outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: sky, tree and outdoor

Bahagian dalam masjid – bahagian dinding dan lantai masjid diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali. Reka bentuknya sangat unik dan kemas.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Info Masjid Ubudiah : Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Lokasi Kedua : Rumah Lama Sebelah Masjid Ubudiah

Rumah lama yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Dipercayai harta pusaka kerabat di Raja Perak. Rumah ini tidak berpenghuni. Apa yang Mamable tahu, rumah ini adalah rumah Melayu Perak yang mempunyai senibina yang amat menarik sekali. Walaupun nama usang tetapi ia amat cantik dan dijaga dengan dengan rapi.

Image may contain: house, sky and outdoor

Lokasi Ketiga : Istana Iskandariah

Tersergam indah di puncak Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Istana Iskandariah dianggap antara monumen lama yang mempunyai nilai sejarah tersendiri di negeri Perak. Terletak di kawasan bukit di tebing Sungai Perak, Istana Iskandariah bukan sahaja menyimpan sejarah institusi diraja Perak malah, menjadi mercu tanda bandar diraja Kuala Kangsar.

Image may contain: text and outdoor

Image may contain: plant

Image may contain: tree and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Map of Istana Iskandariah

Info Istana Iskandariah :  Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Lokasi Keempat : Seni Arca Raja Shahriman

Image result for raja shahriman
Sumber gambar oleh Google – Raja Shahriman Bin Raja Aziddin.

Nama penuh beliau ialah Raja Shahriman bin Raja Aziddin. Raja Shahriman telah dilahirkan pada 17 november 1967 di Kuala Kangsar, Perak. Anak kelahiran negeri perak ini telah menerima pendidikan di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Diploma in Art & Design (Fine Art), (Majoring in sculpture).

Beliau merupakan seorang pengarca yang terkenal dalam arca besi. Paling menakjubkan apabila Mamable dapat tahu yang beliau menghasilkan arca besinya dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah penghasilan keris dalam arcanya. Raja Shahriman berjaya menghasilkan semua karyanya hanya menggunakan tulang empat kerat serta hasil seni tempanya tidak dibantu dengan teknologi moden.

Raja Shahriman banyak terlibat dengan pameran di dalam dan di luar negeri. Pada umumnya bentuk-bentuk arca yang dihasilkan oleh Raja Shariman memberi satu mesej kekuasaan, kewajaan, keangkuhan, kepahlawan dan kuasa.

Image may contain: tree, plant and outdoor

Image may contain: outdoor
Studio Raja Shahriman

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person

 

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Tak sangka pula, pada Ogos yang lepas, Mamable dijemput oleh Resorts World Genting untuk review SeniKome Péng Hēng. Mamable telah mengambil gambar salah satu arca Raja Shahriman iaitu 7 jenis gerakkan tari seni silat.

20170816_182700

Banyak berjalan luas pemandangan. Perjalanan yang banyak akan memberi input yang banyak kepada diri seseorang. Lantaran itu, ada setengah-setengah orang yang gemar berjalan semata-mata untuk menimba sedapat mungkin pengalaman. Semakin Mamable menemui ramai orang di tempat yang berbeza, semakin Mamable boleh menghayati kepelbagaian kemanusiaan dan mempelajari kebudayaan setiap negeri.

‘Road To Agro Tourism 2’ bagi Zon Tengah merupakan misi bagi 40 media yang datang dari pelbagai latar belakang berganding bahu dalam membantu mempromosikan agro, tempat penginapan, makanan daerah, kraftangan, kebudayaan dan kesenian komuniti setempat di Kuala Kangsar, Perak.

Perjalanan Mamable masih jauh lagi. Selepas ini, Mamable akan mengembara ke Cameron Highlands, Pahang. Nantikan…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s