Lawatan Ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Di Enggor, Kuala Kangsar


I am what I am……..

Image result for majlis pelancongan malaysia

Image may contain: text

Kuala Kangsar, 12.12.2017 – Selepas menjengah ke Kilang Roti Segar, kini Mamable  beralih ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perak di Enggor bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

‘Road To Agro Tourism 2’ bagi Zon Tengah merupakan misi bagi 40 media yang datang dari pelbagai latar belakang berganding bahu dalam membantu mempromosikan agro, tempat penginapan, makanan daerah, kraftangan, kebudayaan dan kesenian komuniti setempat di Kuala Kangsar, Perak.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak merupakan cawangan di peringkat negeri Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Taklimat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak

Image may contain: 1 person, standing and indoor
Ucapan selamat datang dan taklimat daripada Encik Mohamad Aizuddin Bin Mohamad Naser (Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak)

Ucapan selamat datang daripada Encik Mohamad Aizuddin Bin Mohamad Naser (Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak) dan mendengar taklimat mengenai projek Kraf Kampungku yang merupakan inisiatif Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk membangunkan ekonomi komuniti setempat di bawah program SDSI – produk kraf. Ia berkait rapat dengan produk unik, sejarah, budaya dan identiti sesuatu tempat. Menurut Encik Mohamad Aizuddin,’strategi yang digunakan ialah melalui pengukuhan usahawan mikro di mana ia mengukuhkan dan mempertahankan usahawan dalam pengeluaran dan pemasaran produk kraf. lokasi pertama ialah SDSI Seramik Kuala Kangsar yang melibatkan 30 usahawan seramik di sekitar Sayong. ‘Sayong Land Of Clay’ merupakan tema dan ia mengangkat keunikan perusahaan kraf tembikar di Mukim Sayong sebagai salah satu sumber pendapatan utama masyarakat’, katanya.

SDSI Craft Trail merupakan program untuk mempromosi projek Kraf Kampungku di bawah inisiatif Pasaran & Promosi kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada pelancong domestik dan antarabangsa, persatuan pelancong, agen pelancongan serta lain-lain rakan strategik yang dilihat sebagai agen pemasaran dan hebahan. pakej-pakej yang dilaksanakan adalah lawatan ke lokasi pembuatan dan penjualan produk kraf di Kraf Kampungku Seramik dan Sayong, Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Lenggong serta lokasi menarik seperti tempat bersejarah, makanan, kebudayaan, rekerasi dan penginapan kampung / inap desa dalam kawasan tersebut.

Komuniti Kraf Baru merupakan satu program baru dalam menghasilkan produk-produk kraf dari kelapa untuk dikembangkan dalam konteks reka bentuk seperti tempurung dan anyaman daun kelapa.

Encik Mohamad Aizuddin juga berkata,’ Kraftangan Malaysia Cawangan perak sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke premis dan mereka berpeluang untuk melihat secara dekat proses penghasilan produk tembikar, koleksi kraf tekat benang emas melalui lawatan berpandu ke PKKKM Perak.

Kalau nak tahu, Kraftangan Malaysia Cawangan Perak menawarkan aktiviti pendidikan kraf untuk memperkenal dan membimbing para pengunjung mengenai teknik penghasilan asas kraf seramik, batik dan tekat benang emas. Aktiviti seperti ini sentiasa menjadi pilihan para pengunjung yang terdiri daripada kumpulan pelajar, komuniti dan pelancong.  Ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan menyemai rasa cinta terhadap seni kraf tempatan dalam kalangan pengunjung tak kira usia.

Lawatan Ke Sekitar Premis Dan Bengkel

Nama labu sayong cukup sinonim dengan kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional sejak zaman-berzaman di Kuala Kangsar. Diperbuat daripada tanah liat yang diputar di atas mesin putar, ia kemudiannya diterap dengan pelbagai corak sebelum diasap serta dibakar bagi menghasilkan bentuk yang cukup unik. Pada kelazimannya, labu Sayong yang berwarna hitam mudah didapati di bandar ini dan biasanya ia dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan air minuman. Corak permukaannya yang menggarapkan motif alam seperti bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih serta perspektif geometri harmoni membangkitkan lagi hiasan luarannya.

Ringkasan sejarah labu sayong – sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Demonstrasi Teknik Pembuatan Tembikar

Teknik putaran dengan menggunakan mesin pemutar di mana tanah liat diletakkan ke atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.

Image may contain: people standing and text

Image may contain: people sitting and indoor

Demonstrasi Teknik Hiasan Permukaan

Image may contain: people standing

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Demonstrasi Pembakaran Hitam

Menggunakan kaedah pembakaran moden iaitu tanur elektrik. Dibakar selama 8 jam  dengan kepanasan 800 – 900 darjah Celcius. Labu sayong yang sudah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaannya.

No automatic alt text available.

Image may contain: fire

Image may contain: fire

Image may contain: drink

Image may contain: shoes

Seni Tekat Benang Emas

Bukan sahaja produk tembikar, kekayaan kraftangan tempatan juga terserlah melalui seni tekat benang emas yang dihasilkan dengan menggayakan sulaman benang ke atas kain baldu.

Menyingkap sejarahnya di Perak, seni bermutu tinggi ini pada asalnya dimonopoli golongan bangsawan istana berikutan ia hanya digunakan dalam adat istiadat dan upacara tertentu.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Pameran Labu Sayong

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Lawatan ke Bilik Jualan

Beraneka produk tembikar terdapat di bilik jualan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak ini. Dari reka bentuknya yang asli hinggalah moden. Tak silap Mamable ada juga tembikar yang dijadikan sebagai tempat letak lampu tidur. Memang cantik diletakkan di bilik tidur seperti deko-deko hotel 5 star.

Tembikar-tembikar ini dijual dengan harga yang murah dan amat berpatutan.

Image may contain: shoes

Suasana Lawatan

Para media dikejutkan dengan pemberian cenderahati daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Perak yang disampaikan oleh Encik Mohd Yusof Bin Abd Rani (Pengarah Kraftangan Malaysia CawanganPerak).

Kenangan kami di Kuala Kangsar, Perak.

Image may contain: 15 people, people smiling
Sesi bergambar – Para media bersama cenderahati kenangan daripada Kraftangan Malaysia Cawangan Perak

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Jutaan terima kasih kepada MTC dalam lawatan untuk kali ini. Misi jelajah Mamable tidak berakhir di sini. Nantikan entri Mamable menginap di Sayong Resort dan persembahan kebudayaan.

Info Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak

Image result for kraftangan malaysia

Km 40, jalan Ipoh
33600 Enggor Perak
Tel:05-7576200   Faks:05-7576295

http://www.kraftangan.gov.my

https://www.facebook.com/Kraftangan-Malaysia

https://www.facebook.com/kraftangan.perak

https://www.facebook.com/pusatjualankraftanganmalaysiaperak

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s