Menginap Di Sayong Resort, Kuala Kangsar Dan Majlis Makan Malam


I am what I am………

Image result for majlis pelancongan malaysia

Kuala Kangsar, 12.12.2017 – Hari pertama Mamable di Kuala Kangsar, Perak dengan melawat MARDI Kuala Kangsar, Kilang Roti Segar dan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Destinasi terakhir Mamable bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ialah Sayong Resort.

‘Road To Agro Tourism 2’ bagi Zon Tengah merupakan misi bagi 40 media yang datang dari pelbagai latar belakang berganding bahu dalam membantu mempromosikan agro, tempat penginapan, makanan daerah, kraftangan, kebudayaan dan kesenian komuniti setempat di Kuala Kangsar, Perak.

25299156_1676422702401330_283772174475987065_n

Serba Ringkas Mengenai Sayong Resort, Kuala Kangsar

Image may contain: car and outdoor

Sayong Resort, Kuala Kangsar terletak bersebelahan dengan persisiran Sungai Perak dan ia merupakan antara penginapan yang dikenali dikalangan pelancong ke Kuala Kangsar. Resort ini direalisasikan atas ilham dan kegigihan anak watan Kuala Kangsar, iaitu Allahyarham Dato’ Seri Ismail Shahudin bersama isterinya iaitu Datin Seri Azimah Othman pada tahun 2015.

Menurut salah seorang kakitangan Sayong Resort,’ Semuanya bermula ketika pasangan ini iaitu Allahyarham Dato’ Seri Ismail Shahudin bersama isterinya iaitu Datin Seri Azimah Othman berjalan bersiar-siar di sepanjang sungai Perak sambil menikmati keindahan Persisiran Sayong dengan pokok-pokok yang merendang di sepanjang tebing sungai. Lantas memberi inspirasi kepada pasangan ini untuk membangunkan sebuah resort yang unik dan impian ini direalisasikan apabila Sayong Resort membuka pintu kepada tetamu pada bulan Mei 2015′.

Sumber gambar oleh https://www.sayongresort.com – Allahyarham Dato’ Seri Ismail Shahudin

Jenis-Jenis Penginapan Di Sayong Resort

Menawarkan 4 jenis penginapan iaitu Chalet, Bilik Superior, Bilik Deluxe dan Bilik Eksekutif.

Chalet

Image may contain: tree, house and outdoor

Sumber gambar : https://www.sayongresort.com
Sumber gambar : https://www.sayongresort.com

Terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan kafe. Mempunyai bilik standard dan masing-masing mempunyai akses ramp untuk luggage. Terdapat 2 jenis bilik chalet iaitu bilik yang mempunyai katil berkembar dan katil yang bersaiz queen.

Ciri-ciri chalet :

  • Saiz chalet : 23m²
  • Disediakan TV LCD 32” bersama saluran satelit 
  • Kemudahan membuat kopi dan teh
  • Kemudahan bilik air yang dilengkapi heater, tuala dan barang mandian
  • Akses Wi-Fi
  • 5-minutes berjalan kaki ke Pasar Malam Kuala Kangsar

Bilik Superior

Sumber gambar : https://www.sayongresort.com
Sumber gambar : https://www.sayongresort.com

Terdapat 2 jenis bilik superior iaitu bilik yang mempunyai katil berkembar dan katil bersaiz queen.

Ciri-ciri bilik :

  • Saiz bilik : 26m²
  • Berdekatan dengan lobi hotel
  • Disediakan TV LCD 32” bersama saluran satelit
  • Kemudahan bilik air yang dilengkapi heater, tuala dan barang mandian
  • Kemudahan membuat kopi dan teh
  • Akses Wi-Fi
  • 5-minutes berjalan kaki ke Pasar Malam Kuala Kangsar

Bilik Deluxe

Sumber gambar : https://www.sayongresort.com

Bilik yang luas dan selesa dengan katil bersaiz queen.

Ciri-ciri bilik :

  • Saiz bilik : 26m²
  • Berdekatan dengan lobi hotel
  • Disediakan TV LCD 32” bersama saluran satelit
  • Kemudahan bilik air yang dilengkapi heater, tuala dan barang mandian
  • Kemudahan membuat kopi dan teh
  • Akses Wi-Fi
  • 5-minutes berjalan kaki ke Pasar Malam Kuala Kangsar

Bilik Eksekutif

Sumber gambar : https://www.sayongresort.com

Bilik yang ideal bagi mereka yang lebih sukakan ketenangan dan luas. Balkoninya yang luas dan menghadap Sungai Perak.

Ciri-ciri  bilik :

  • Saiz bilik : 36m² termasuk area balkoni
  • Berdekatan dengan lobi hotel
  • Disediakan TV LCD 32” bersama saluran satelit
  • Kemudahan bilik air yang dilengkapi heater, tuala dan barang mandian
  • Kemudahan membuat kopi dan teh
  • Akses Wi-Fi
  • Menghadap pemandangan Sungai Perak
  • 5-minutes berjalan kaki ke Pasar Malam Kuala Kangsar

Kemudahan Yang Ada Di Sayong Resort

Dewan Utama – kapasiti mengikut jenis setup seperti setup Classroom – 50 orang, setup Theatre – 100 orang dan setup Meja Bulat – 70 orang dalam satu-satu masa.

Galeri – kapasiti mengikut jenis setup seperti setup Classroom – 80 orang, setup Theatre – 1300 orang dan setup Meja Bulat – 100 orang dalam satu-satu masa.

Luar – kapasiti mengikut jenis setup seperti khemah dengan meja bulat di hadapan kawasan lobi – 60 orang, setup khemah dengan meja bulat bersebelahan galeri – 100 orang dan setup khemah dengan kawasan terbuka – 1000 hingga 1800 orang dalam satu-satu masa.

D’Kafe – Menyediakan pelbagai hidangan masakan tempatan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Beroperasi pada pukul 7:00 pagi – 10:00 malam. Kafe ini ditutup pada hari Isnin.

Image may contain: outdoor

Tempat letak kereta – tempat letak kereta yang luas dan selamat.

Image may contain: car, house, sky and outdoor

Daya Tarikan Sayong Resort

Kedudukan Sayong Resort yang strategik dan berdekatan dengan pusat bandar Kuala Kangsar merupakan faktor utama pelancong menginap di sini. Selain itu, panorama Sungai Perak merupakan salah satu daya tarikan bagi tetamu yang menginap di bilik Eksekutif.

Lokasi yang strategik dan para pengunjung juga boleh ke Pasar Minggu Kuala Kangsar di Lembah Sungai Perak pada setiap hari Ahad.

Suasana Di Sayong Resort

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people standing

No automatic alt text available.

 

Image may contain: sky, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: bridge, sky, tree, outdoor, nature and water

Makam Malam Dan Persembahan Kebudayaan

Direnjis-renjis dipilih
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Sambil menikmati makam malam, kami dipersembahan kebudayaan melayu ‘Raja Sehari’ oleh Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Warisan Busana Melayu Kuala Kangsar.

Seperti berada di zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, itulah yang dirasai oleh Mamable ketika berada di majlis makan malam di Sayong Resort. Melihat mereka mengenakan busana Melayu, nyata memukau dan terbit rasa bangga dalam diri.

Adat istiadat perkahwinan melayu merupakan tunjang untuk membentuk sebuah keluarga. Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Warisan Busana Melayu Kuala Kangsar ialah perarakan berbusana untuk Raja Sehari / majlis rasmi, menerima tempahan busana Melayu, tempahan songket busana, persembahan silat dan gendang, tempahan lipatan tengkolok, tempahan tekat benang emas untuk tepak sirih, persembahan rebana dan kompang.

Suasana Majlis Makan Malam

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: people standing

Image may contain: 6 people, people on stage, people standing and indoor

Image may contain: 5 people, indoor

Image may contain: 9 people, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: 2 people, people smiling, hat and closeup

Image may contain: 23 people, people smiling, people standing and indoor

Berakhirnya majlis ini tidak bermakna misi Mamable sampai di sini, anda salah. Misi Mamable seterusnya adalah menjelajah ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar untuk melawat beberapa tempat menarik di sini. Apakah tempat menarik yang dimaksudkan Mamable..nantikan saja entri Mamable dalam ‘Road To Agro Tourism 2’ bersama MTC.

 

Image result for sayong resort kuala kangsar
Sumber gambar : https://www.sayongresort.com

Info Sayong Resort, Kuala Kangsar :

1, Persisiran Sayong
Kuala Kangsar 33000, Perak.

Email: customer@sayongresort.com
Telefon: 05-777 5001 / 05-777 5002
Fax: 05-777 5003

Laman web : https://www.sayongresort.com

Facebook : https://www.facebook.com/SayongResortKK

Info Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Warisan Busana Melayu Kuala Kangsar :

Encik Tajul – 012 3195254

Puan Shikin – 017 4038862

Encik Jaafar – 016 5480751

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s