I am what I am…….
Cameron Highlands, 13.12.2017 – Mamable bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kali ini ke Cameron Highlands, Pahang.
Destinasi pelancongan utama kawasan tanah tinggi, Cameron Highlands sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di negara ini. Cuaca yang sederhana, tanah subur dan hujan mencukupi dengan suhu dingin mencecah 14 hingga 24 darjah selsius menjadikan lokasi ini ibarat syurga bagi tumbuhan seperti sayur, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Ladang KC Kwang, Cameron Highlands
Pertama kali ke Cameron Highlands. Keterujaan Mamable jangan cakaplah. Ladang Anggur dan Tomato K.C. Kwang & Son ini terletak di Jalan Blue Valley. Ladang KC Kwang ni merupakan salah seorang pengeluar tomato dan anggur yang terbesar dan berjaya di Cameron Highlands.
Mamable geram melihat anggur yang bergayutan. Nak masuk bergambar boleh tapi tak dibenarnya menyentuh buah. Terdapat banyak buah anggur yang besar dan hanya menunggu masa untuk dituai.
Menurut Encik KC Kwang, ‘hanya ada 2 musim menuai anggur. Sekali pada bulan Jun dan lagi sekali pada bulan Disember’. Oleh itu, jika bercadang untuk bercuti di Cameron Highlands dan ingin melihat anggur, pastikan masa tuaian anggur tersebut.

Ladang Sayur, Tomato Dan Strawberi
Kemudian melawat ke ladang sayur, tomato dan strawberi. Dulu ladang ini adalah untuk penanaman dan pemprosesan saja tetapi sekarang mereka telah menerima kunjungan orang ramai yang ingin melihat sendiri kepelbagaian tanaman di sini. Dibuka lebih 20 tahun lalu, KC Kwang menghasilkan pelbagai jenis sayuran. Di sini, Mamable dan rakan media yang lain didedahkan dengan teknik aquaponik dan fertigasi dalam pertanian yang Mamable anggap satu pengalaman baru.
Penanaman Fertigasi
Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.
Penanaman Aquaponik
Merupakan satu teknologi pertanian yang menggabungkan ternakan ikan dan tanaman yang semakin popular dikalangan petani terutama dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan. Gabungan aktiviti ternakan ikan dengan jenis tanaman di dalam sistem pusingan air.
Pembungkusan Sayur-Sayuran, Tomato Dan Strawberi
Kemudian kami melawat tempat pembungkusan sayur-sayuran, tomato dan strawberi. Bahagian paling menarik di ladang ini ialah, ia mempunyai gudang pembungkusan sendiri! Semua buah-buahan dibungkus mengikut saiz dan gred. Ternyata KC Kwang dan anak-anaknya kini mengorak langkah dalam pengeluaran yang berskala besar.

Info KC Kwang :
33, Main Road,, Kampung Raja, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon : 05-498 3150