Lawatan Dan Review Ke Harriston Cocoa Boutique Di Kuala Lumpur


I am what I am…….

Image result for majlis pelancongan malaysia

Kuala Lumpur, 14.12.2017 – Program khas ‘Road To Agro Tourism 2 – Zon Tengah’ merupakan anjuran oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Kali ini Mamable melawat Harriston Cocoa Boutique di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Merupakan hari dan lokasi terakhir Mamable bersama MTC dalam misi ini. Kami melalui jalan lama Tapah dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang sungguh mencabar dengan laluan yang kecil dan bengkang-bengkok. Seriau juga bila bas yang kami naiki berselisih dengan kenderaan lain dari arah Kuala Lumpur. Nasib baik pemandu bas kami terbaik dan sentiasa fokus dalam pemanduanya. Sempat juga Mamable ambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.

Lasak juga Cam Caravan ini, sesuai untuk digunakan dalam apa jua keadaan. Dengan Cam Caravan ini, anda boleh mengembara ke mana saja yang anda ingin pergi.

Image may contain: tree, plant, table, outdoor and nature
Terdapat penempatan orang asli di sepanjang jalan lama ini.
Image may contain: 1 person, outdoor
Lata Iskandar, air terjun yang lokasinya terletak di simpang liku jalan lama Tapah. Nasib baik Puan Ezani (MTC) meminta abang bas memperlahankan bas supaya Mamable dapat mengambil gambar air terjun tersebut. Terima kasih Puan Ezani dan Abang bas

Kalau nak tahu, coklat telah menjadi citarasa kegemaran penduduk dunia sejak 2,000 tahun dahulu apabila kaum Maya di hutan Amazon, Brazil percaya coklat mampu memanjangkan usia. Mereka juga percaya memakan coklat mampu menyihatkan badan selain menjauhkan diri daripada sihir.

Kini di Malaysia, coklat telah menjadi satu produk yang digemari malah telah menjadi satu industri berdaya maju. Penubuhan Harriston di Malaysia telah membuktikan coklat merupakan satu industri yang amat berpotensi di negara ini.

Image may contain: plant

Cerita Mengenai Harriston

No automatic alt text available.

Merupakan jenama tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2005 oleh SC Teng, seorang lelaki yang sukakan coklat dan membayangkan sebuah emporium coklat terkenal di dunia. Nama Harriston kini sentiasa meniti di bibir-bibir penggemar coklat tak kira dari dalam dan luar negeri. Ia juga merupakan pembuat coklat dan pengedar terbesar dengan 5 kedai utama di lokasi yang strategik di Kuala Lumpur, Pualau Pinang dan Pahang. Harriston juga memilik Harriston Signature, Harriston Boutique dan Harriston Artisan.

Coklat Harriston telah menambat hati lebih daripada 4 juta pelanggan dari 80 buah negera di seluruh di dunia. lebih 150 jenis coklat dari pelbagai rasa dan bentuk. Semuanya diperbuat daripada biji koko yang terbaik dan berkualiti.

Suasana Persidangan Media

Menurut Encik Teng Sze Choong (Pengarah Urusan), ‘Harriston mempromosikan jenamanya ke antarabangsa melalui pengalaman, pendidikan, kebudayaan dan kekayaan warisan semulajadi Malaysia dengan produk coklatnya yang kreatif dan inovasi. Tambahnya lagi, harriston kini merupakan pengeksport coklat terbaik di dunia dan menjadi tarikan utama para pelancong dari luar negara. Kini sedang promosikan produk terbaru dan unik iaitu Harriston Tongkat Ali dan Harriston Durian dan ini merupakan produk coklat yang pertama di dunia’.

Pengarah Eksekutif iaitu Cik Queenie Teng berkata, coklat di gedung itu dihasilkan daripada ramuan yang berkualiti tinggi, segar, enak dan pasti menawan cita rasa. Katanya, ia diilhamkan daripada tradisi masakan tempatan dan buah-buahan tempatan yang diadunkan dengan coklat dan susu. Malahan jangan terperanjat, cili yang pedas juga telah diadunkan dengan coklat untuk menghasilkan satu cita rasa yang unik,” katanya.

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and suit

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting

Kenali Harriston Melalui Rasa Coklat Dan Pengiktirafannya

Image may contain: 1 person, christmas tree and indoor
Kami diberi penerangan oleh Cik Aishah

Image may contain: 1 person, indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, standing

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Minuman daripada koko
Image may contain: food
Mamable berpeluang merasai coklat White Yogurt
Image may contain: food
Tadi White Yogurt, kini White Coconut
Image may contain: food
Merasai Coklat Tiramisu
Image may contain: food
Tiba giliran Mamable merasai Coklat Durian. Isinya merupakan Durian Musang King tau

Bengkel DIY Coklat Di Harriston

Harriston DIY bengkel merupakan pengenalan kepada coklat, pengalaman dan penemuan yang menyeronokkan. Khusus untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas dengan bayaran RM35.00 seorang lengkap dengan bahan-bahan yang disediakan oleh Harriston, apron, kit seperti sarung tangan plastik, penutup mulut dan lidi juga pemberian sijil oleh Harriston.

Dengan durasi masa selama 1 jam, anda akan melalui 4 proses iaitu, ‘moulding’, lolipop, ‘chocolate painting’ dan ‘moulding Harris, the Orang Utan’. Setelah selesai, anda bolehlah membawa pulang coklat buatan tangan anda sendiri.

Untuk bengkel DIY ini, Mamable diantara 8 orang terpilih untuk menyertainya. Terima kasih Puan Ezani dan Encik Aminuddin dari MTC kerana memberi peluang ini kepada Mamable.

Image may contain: text

Image may contain: one or more people and people sitting
Gambar oleh Jason Tan Ah Joo
Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting
Gambar oleh Jason Tan Ah Joo. Kami memegang Harris The Orang Utan, kami buat sendiri tau
Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and indoor
Gambar oleh Jason Tan Ah Joo

Coklat Harriston Sesuai Juga Untuk Diberikan Sebagai Hadiah Dan Hamper

Image may contain: indoor
Gambar diambil dari facebook Harriston

Coklat DIY Mamable Dan Cenderahati Daripada Harriston

Image may contain: dessert and food
Coklat DIY Mamable iaitu moulding dan chocolate painting

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, indoor
Coklat DIY iaitu Lolipop Mamable khas untuk Papable

25299156_1676422702401330_283772174475987065_n

Berakhir sudah misi Mamable bersama MTC dengan disokong bersama MOTAC, MARDI dan MOA melalui program khas ‘Road To Agro 2 – Zon Tengah’ bermula dari Mardi Serdang, Kuala Kangsar, Cameron Highlands dan Kuala Lumpur. Trip selama 3 hari 2 malam ini banyak memberi input mengenai agro pelancongan di Malaysia juga dalam masa yang sama Mamable mempelajari banyak perkara di dalam trip ini. Jutaan terima kasih dan jangan serik untuk menjemput Mamable membuat liputan di trip lain nanti.

Info Harriston :

 

10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Hubungi – 03 9281 5122 / 03 9282 5122

Atau lawat laman web : http://harriston.org

Facebook : https://www.facebook.com/HarristonMY

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s