Lawatan Ke Ladang Teh Bharat Atau Cameron Valley Di Cameron Highlands


I am what I am……..

Image result for majlis pelancongan malaysia

Cameron Highlands, 14.12.2017 – Program khas ‘Road To Agro Tourism 2 – Zon Tengah’ merupakan anjuran oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Kali ini Mamable melawat Ladang Teh Bharat, Cameron Highlands yang merupakan ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands.

Image may contain: outdoor

Ringkasan Sejarah Ladang Teh Bharat

Ladang Teh Bharat yang dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India adalah ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands selepas Ladang Teh Boh. Juga dikenali Cameron Valley dengan keluasan 1600 ekar ini terletak sekitar 3km dari Tanah Rata. Melawatnya pun lebih mudah dari Ladang Boh kerana ia dekat dengan jalan besar.

Seperti kebanyakan ladang teh lain, ia juga menyediakan kafe untuk anda menjamu selera sambil melihat panorama menghijau ladang teh. Bezanya, sesuai dengan sejarahnya yang ada susur galur India dan rasa teh di sini unik. Bukan apa, selain dari teh biasa, anda boleh merasa teh citarasa Sri Lanka atau India — contohnya teh rempah masala atau berperisa buah pelaga. Layan weh!

No automatic alt text available.

Image may contain: outdoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor
Datuk Kesav Kumar Agarwal menerima cenderahati daripada Exco Majlis Pelancongan Malaysia iaitu Encik Aminuddin Mohamad

Kafe – Bharat Tea House

Image may contain: 2 people, people standing, food and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 1 person, mountain, drink, outdoor and nature

Image may contain: coffee cup and drink

Image may contain: coffee cup and drink

Image may contain: 1 person, smiling

Suasana Persidangan Media Di Kafe House Tea

Image may contain: 2 people, people sitting

Lawatan Ke Ladang Teh Bharat

Ladang ini ditanam dengan teh jenis Camellia Sinensis yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Satu lagi lokasi Ladang Teh Bharat terletak berhampiran pekan kecil Kuala Terla iaitu kira-kira 18 km dari Tanah Rata.

Di sini, para pengunjung dibenarkan menyusuri ladang teh sampai ke dataran bawah ladang teh. Kalau tengok dari Kafe House Tea, para pengunjung di ladang teh dah macam semut.

Image may contain: grass, mountain, outdoor and nature

Image may contain: grass, mountain, tree, plant, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, people smiling, mountain, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: 1 person, smiling, tree, grass, outdoor and nature

Tiket Masuk Ke Ladang Teh

RM 2.00 sahaja untuk dewasa dan kanak-kanak.

Tips Pengunjung

Ada 2 kedai/kafe Cameron Valley yang boleh anda lawat, dan ianya tidak jauh di antara satu sama lain. Kedua-duanya ada kafe terbuka dengan pemandangan ladang teh. Tapi cuma ada satu kafe sahaja yang memberi anda akses untuk turun ke ladang teh.

Image may contain: one or more people

Kemudahan Para Pengunjung

Image may contain: outdoor and nature

Papan Tanda Untuk Keselamatan Para Pengunjung

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature
Kedai Teh Bharat

No automatic alt text available.
Bersebelahan kafe ini terdapat kedai menjual teh. Harganya pun boleh tahan murah. Banyak jenis teh ada dijual antaranya teh berperisa mangga, strawberi, lemon dan teh hijau. Belilah ikut cita rasa masing-masing.

No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: 1 person, smiling

Penerangan Mengenai Teh 

Terdapat penerangan mengenai teh di setiap sudut kedai tersebut. Sambil membeli dan memilih teh, para pengunjung boleh membaca info-info mengenai sejarah dan jenis-jenis teh.

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Alat Tradisional Pemotong Daun Teh

Tengah leka mengambil gambar produk teh yang dijual, tiba-tiba Mamable ternampak bakul dan pemotong daun teh tradisional.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Info Ladang Teh Bharat, Cameron Highlands

Alamat Pejabat : 

15-16 Main Road, Tanah Rata,
Cameron Highlands 39000,
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: +605-4911133
Fax: +605-4911154

Alamat Kilang : 

Batu 34, Jalan Besar, Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur, Malaysia

Alamat Kedai dan Kafe :

Cameron Valley Tea House 1
Batu 34, Jalan Besar,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur, Malaysia

Cameron Valley Tea House 2
Batu 34, Jalan Besar,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur, Malaysia

Cameron Valley Tea House
Kuala Terla District,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur, Malaysia

Laman web : http://bharattea.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/CameronValley

Instagram : https://www.instagram.com/cameronvalleytea

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s