Menara Kuala Lumpur Meraikan Pengunjung Bertuah Yang Ke Sejuta


I am what I am……..

Kuala Lumpur, 19.12.2017 – Cuti sekolah semakin ke penghujung, nikmati keriangan cuti sekolah yang ada ini di Menara Kuala Lumpur. Rebutlah peluang keemasan dengan tawaran istimewa khas untuk anda dan keluarga tercinta!

Jadilah pengunjung ke 1,000,000 pada Disember ini! Pengunjung yang bertuah akan memenangi hadiah wang tunai, jam F1, baucer makan malam di Atmosphere 360, pas bagi ‘TowerXcess’, cenderahati dan juga sijil.

Pengunjung Bertuah Ke 1,000,000 Menara Kuala Lumpur

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Impian Menara Kuala Lumpur mensasarkan kedatangan 1 juta pengunjung tahun ini dengan dipacu promosi berterusan telah berjaya apabila satu majlis untuk meraikan pengunjung ke sejuta bagi tahun 2017 tahun ini telah tercapai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan,’Objektif utama kami mengadakan majlis ini adalah sebagai salah satu tanda terima kami buat para pengunjung Menara Kuala Lumpur yang selama ini telah menyokong pelbagai aktiviti di Menara Kuala Lumpur. Tambahnya lagi, ini bukanlah kali pertama mereka meraikan para pengunjung Menara Kuala Lumpur, seperti tahun-tahun sebelum ini, mereka juga pernah meraikan pengunjung bertuah pada tahun 1997 sehingga 2004.

Tak sangka kata Encik Ahamat Omar dari Papar, Sabah kerana beliau cukup teruja dan bertuah apabila menjadi pengunjung ke sejuta Menara Kuala Lumpur pada 19.12.2017 yang lepas.

Image may contain: 4 people, people sitting

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting and indoor

Mengenai Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur sebenarnya menara telekomunikasi paling tinggi di Asia Tenggara. Ia dibina dalam hutan simpan Bukit Nanas. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya:

  • Berjalan merentas hutan hujan Bukit Nanas. Tengok pelbagai tumbuhan dan serangga yang hanya berasal dari Malaysia.
  • Masuk ke rumah terbalik.
  • Selfie di Skybox KL Tower.
  • Masuk ke mini zoo.
  • Lihat Kuala Lumpur dari menara.
  • Lihat penerjun profesional BASE terjun dari Menara atau sertai acara tahunan perlumbaan memanjat tangga Towerthon.
  • Lihat tarian tradisional oleh penari kebudayaan.
  • Bawa simulator kereta lumba F1, tunggang anak kuda atau tonton haiwan eksotik (seperti ular sawa).
  • Bawa orang tersayang sambut ulangtahun dengan makan malam romantis di Restoran Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur merupakan ahli ‘The Wworld Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 50 menara terkenal di dunia. Bermula 2007, dengan pengalamannya dalam mengendalikan Menara, Menara Kuala Lumpur ini menguruskan Muzium telekomunikasi dan Menara Alor Setar.

Muzium Telekomunikasi ini merupakan muzium interaktif pertama di Malaysia dan menawarkan Program Outreach di mana program ini mengutamakan pelajar dan remaja yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar. Di samping itu ianya juga menawarkan pengalaman kepada semua untuk merasai pengalaman perkhidmatan jalur lebar UniFi TM.

No automatic alt text available.

Image may contain: sky and outdoor

Harga Tiket 

Dapatkan juga harga promosi apabila anda membeli 1 dewasa dan percuma 1 kanak-kanak dengan hanya RM75 (harga biasa RM114) bagi tiket ke Sky Deck. Manakala bagi pakej ‘Family TowerXcess’ pula ianya hanya RM222 (harga biasa RM380). Tawaran istimewa ini bermula dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2017.

Sebagai Daya Tarikan

Sejak Menara Kuala Lumpur mulai dibuka dari tahun 1996 sehingga kini, ianya telah menerima seramai 16.5 juta pengunjung tempatan dan juga luar negara. Pelbagai pakej, produk dan kemudahan disediakan bagi menarik pengunjung agar lawatan ke Menara Kuala Lumpur lebih bermakna apabila bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan sahabat handai.

menarakl-logo-new

Info Menara Kuala Lumpur : Menara Kuala Lumpur No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee 50250 Kuala Lumpur Malaysia

Layari laman web www.menarakl.com.my 

Hubungi : 03-20205444

Facebook : https://www.facebook.com/officialmenarakl

Instagram : https://www.instagram.com/menarakl

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s