Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili, Johor 2017


I am what I am…….

No automatic alt text available.

Sedili, Johor – 24.12.2017 – Berslogankan ‘Make Tourism Champion’, Mamable sekali lagi dijemput oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) untuk turut serta dalam program mempromosikan pelancongan desa bersempena dengan Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili, Johor anjuran KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia di Sedili, Johor yang lepas.

Perasmian Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili, Johor 2017

Image result for tujuan karnival pelancongan desa zon sedili

Karnival tersebut telah dihadiri komuniti penduduk Sedili dan dimeriahkan dengan kehadiran 40 media yang terdiri daripada media elektronik, media percetakan dan blogger yang di bawa khas oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Karnival ini merupakan anjuran KEJORA dan diadakan di Kampung Tanjung Sedili pada 24.12.2017 yang lepas.

Tujuan karnival ini merupakan pendekatan daripada Program Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) yang berjaya melibatkan semua pihak.  Karnival desa pelancongan yang dianjurkan oleh KEJORA ini dilihat sebagai program yang seimbang berikutan penganjurannya tidak fokus kepada satu aspek sahaja sebaliknya turut diisi dengan pelbagai pengisian termasuklah bicara ilmu, aktiviti berkarang di Pantai Manis dan banyak lagi.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Tinggi iaitu Yang Berhormat Dato’ Noor Ehsanuddin B. Hj. Mohd Harun Narrashid, Encik Hamzah B. Hj. Isa merupakan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Encik Muhammad Amirul yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Puan Afzan Bt. Azhar selaku Ketua Penolong Pengerusi Daerah Kota Tinggi. Tidak dilupakan orang kuat Kampung Tanjung Sedili, Tuan Hj. Ibrahim B. Yahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sedili). Ketibaan para jemputan VVIP disambut dengan paluan kompang dan diirngi dengan persembahan tarian kebudayaan.

Dato’ Noor Ehsanuddin (Ahli Parlimen Kota Tinggi) berkata, Daerah Sedili ini sememangnya terkenal dengan destinasi eko pelancongan kini kian bertambah menarik dan maju serta mula meniti dibibir para pelancong tak kira dari dalam dan luar negeri. Ini kerana ia mempunyai keunikan dan keindahan alam semulajadi. Kita harus menggunakan dan membanggunkan setiap kelebihan di setiap daerah bagi mempelbagaikan produk pelancongan yang boleh ditawarkan kepada pelancong ke negeri ini,” katanya. Beliau juga berharap agar para media terus menerus membantu dalam mempromosikan eko pelancongan Sedili, Johor ini. Dan mengharapkan tahun hadapan Encik Aminuddin Mohammed (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) membawa para media ke Sedili lagi, katanya.

Menurut Encik Hamzah (Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA berkata, “Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) kini memberikan fokus kepada kepelbagaian keindahan semula jadi serta kehidupan masyarakat kampung yang dilihat amat bersesuaian untuk dijadikan sebahagian daripada pakej di bawah program pelancongan desa. Sebanyak sepuluh daripada 12 perkampungan dalam wilayah KEJORA berpotensi untuk menjadi kampung pelancongan desa. Kampung tersebut ialah Kampung Mawai, Kampung Sentosa, Kampung Belukar Durian, Kampung Panchor, Kampung Linting, Kampung Tanjung Serindit, Kampung Tanjung Buai, Kampung Pasir Gogok, Kampung Punggai dan Kampung Johor Lama. Tambahnya lagi pada masa sama, selain tarikan di Wetlands Belukar Durian dan Sedili Kecil, Kejora juga ada mempunyai perancangan membangunkan satu lagi pelancongan berkonsepkan Wetlands iaitu di Pulau Linting, Tanjung Surat di sini,” katanya.

“Pelancong kini lebih tertarik untuk merasai pengalaman unik yang tidak terdapat di tempat mereka seperti pakej yang menawarkan keunikan budaya serta produk eko pelancongan yang banyak terdapat di negeri ini. Semua pihak harus sentiasa kreatif mencipta pengalaman unik dalam pelbagai bentuk kerana tum­puan produk pelancongan adalah memberi kenangan serta pengalaman berbeza kepada pe­ngunjung,” kata Encik Muhammad Amirul yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor di karnival itu.

Suasana Sekitar Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili, Johor 2017

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and people standing
Aktiviti senamrobik oleh Fit Team Sedili di karnival tersebut
Image may contain: 1 person, smiling, standing
Para penduduk Kampung Tanjung Sedili turut serta dalam aktiviti senamrobik
Image may contain: 5 people, people smiling
Kelihatan Dato’ Noor Ehsanuddin (Ahli Parlimen Kota Tinggi) dan Encik Hamzah (Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA beramah mesra bersama media blogger di majlis tersebut

Image may contain: 1 person, on stage and standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people on stage, people standing and people dancing

Image may contain: 4 people, people standing and people dancing

Image may contain: 5 people

Image may contain: 3 people, people standing
Ucapan oleh Dato’ Noor Ehsanuddin (Ahli Parlimen Kota Tinggi)
Image may contain: 2 people, people smiling, text
Encik Hamzah (Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA)
Image may contain: 2 people, text
Ucapan oleh Encik Muhammad Amirul (Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor)
Image may contain: 4 people, people sitting
Sesi soal jawab dalam persidangan bersama media
Image may contain: 5 people, people standing
Pemenang cabutan bertuah
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Pemenang si cilik dalam pertandingan mewarna

Image may contain: 17 people, people smiling, people standing

Image may contain: 18 people, people smiling, people standing
Kredit gambar : Marcus Osman (https://www.facebook.com/marcusosmand). Bergambar bersama para tetamu kehormat untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur sebagai kenangan kami di Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili, Johor 2017
Image may contain: 8 people, people smiling
Para mereka yang hadir

Suasana Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017

Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 – gambar dari kiri : Encik Hamzah (Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA), Dato’ Noor Ehsanuddin (Ahli Parlimen Kota Tinggi), Encik Aminuddin Mohammed (Exco Majlis Pelancongan Malaysia), Encik Muhammad Amirul (Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor), Tuan Hj. Ibrahim B. Yahya (Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sedili) dan Puan Afzan Bt. Azhar (Ketua Penolong Pengerusi Daerah Kota Tinggi).

Juga penyampaian cenderahati oleh Tuan Hj. Ibrahim B. Yahya kepada para tetamu kehormat di majlis perasmian karnival tersebut.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 4 people, people standing and people on stage

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Kesimpulan Mamable Dari Karnival Ini

Melalui trip bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ini Mamable mempelajari kepentingan aset keindahan alam semulajadi di kawasan Daerah Sedili ini sememangnya sangat memukau seperti Pantai Manis, Sungai Sedili, paya bakau dan habitat semulajadinya. Tidak terkecuali, kehidupan masyarakat tradisi mereka yang menjadi warisan identiti sejarah turun-temurun disifatkan satu daripada produk pelancongan desa yang wajar diperkenalkan di mata dunia.

Serba Sedikit Mengenai KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau ringkasnya KEJORA merupakan sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor.

No automatic alt text available.

Info KEJORA : Bangunan Ibu Pejabat Kejora, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim

Hubungi : 07-8843000 Faks : 07-8221600 Talian Bebas Tol : 1-800-888620 E-mail : kejora@kejora.gov.my

Laman Web : http://www.kejora.gov.my

Facebook : http://https/www.facebook.com/Lembaga-Kemajuan-Johor-Tenggara-KEJORA

Image may contain: sky

Info Tourism Johor : Suites 3-24, Johor Tourist Information Centre, No. 2 Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru.

Laman web : http://tourism.johor.my

Hubungi : 07-224 1432
Image may contain: 20 people, people smiling, people standing and outdoor
Gambar oleh Abang Khir Khalid – http://www.khirkhalid.com 

Trip selama 3 hari 2 malam ini bersama 40 media yang di bawa khas oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) tidak berakhir di sini. Nantikan kembara Mamable ke Holstein Milk di Muadzam Shah, Wetland Kampung Belukar Durian di Sedili, Johor, melawat paya bakau, menyelusuri Sungai Sedili, lawatan ke Pusat Penternakan dan Penetasan Belangkas, aktiviti berkarang di Pantai Manis, lawatan ke Bengkel Kraftangan Nelayan di Kampung Sedili Kecil, lawatan Muzium Nelayan dan review Bayu Balau Beach Resort.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s