Lawatan Ke Farm Fresh Milk Di Muadzam Shah, Pahang


I am what I am…..

No automatic alt text available.

Muadzam Shah, Pahang – 22.12.2017 – Lawatan ke The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd di Muadzam Shah, Pahang merupakan salah satu program promosi pelancongan desa sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah KEJORA, Zon Sedili 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Tenggara Johor (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam sejauh 250km dari Kuala Lumpur membuatkan Mamable tidur dengan lenanya. Terjaga apabila bas berhenti di stesen minyak dan AJ mengumumkan kepada sesiapa yang ingin membuang air. Katanya lokasi ke The Holstein masih jauh lagi.

Kedatangan kami disambut dengan mesranya oleh Encik Azmi dan beberapa orang kakitangan The Holstein. Memandangkan kedatangan kami tepat pada masanya iaitu masa untuk makan tengahari, kami telah dijamukan dengan hidangan masakan kampung. Paling yang Mamable tak boleh lupakan ialah kesedapan sambal belacannya….

Image may contain: food
Makan tengahari kami

Serba Sedikit Mengenai The Holstein Milk Company Atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd

No automatic alt text available.
Gambar diambil dari facebook page Farm Fresh Milk Sdn Bhd

The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd merupakan syarikat yang menerajui Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang. Penubuhan MSCRIC ini adalah sebahagian daripada srategi Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat dengan menambah hasil yang dinikmati oleh peladang dan usahawan tani.

Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) ini diterajui oleh The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd dilihat mampu mentransformasikan industri perniagaan tani di Muadzam Shah, menerusi penghasilan susu segar.

Bagi memastikan susu segar dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat hari ini, The Holstein Milk Company telah mengeluarkan jenama susu segarnya yang tersendiri iaitu Farm Fresh.

Menurut Encik Azmi B. Zainal (Pengarah Operasi) berkata, “menerusi sistem pemasaran yang unik, kini produk tersebut telah menguasai lebih 39 peratus pasaran susu segar tempatan. Jelasnya lagi, walaupun kebanyakan produk tenusu yang diimport menggunakan susu bancuhan dengan mengabungkan susu segar, susu tepung, pepejal dan pengawet di dalam produk mereka, Holstein kekal sebagai salah sebuah syarikat tenusu Malaysia yang memasarkan susu segar terus dari ladang.

Tambahnya lagi, The Holstein telah merancang untuk mempelbagaikan aktiviti di kawasan seluas 240 ekar tersebut dengan menjadikannya sebagai destinasi agro pelancongan yang menarik. Kawasan tersebut dipanggil sebagai Moorassic Park kini masih lagi dalam pembinaan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan daya tarikan bakal diberikan kepada para pengunjung.

Sebagai Home Dealer Ke Seluruh Negara

Fokus The Holstein adalah kepada ejen-ejen khas di rumah yang dikenali sebagai Home Dealer di seluruh negara.

Encik Azmi B. Zainal merupakan pengasas sistem Home Dealer berkata, sehingga kini terdapat 150 orang Home Dealer yang aktif melaksanakan pengedaran dan pemasaran produk susu segar Holstein. Mereka ini terdiri daripada suri rumah, belia yang mengganggur dan mereka yang benar-benar berminat untuk membuat pemasaran.

Tahukah Anda?

The Holstein Milk Company yang menghasilkan susu jenama Farm Fresh telah dianugerahkan Outstanding Dairy Farm Award dari Livestock Asia pada tahun 2015.

Taklimat The Holstein Milk Company

Image may contain: screen and indoor

 

Image may contain: 1 person, standing and indoor
Taklimat daripada Encik Azmi B. Zainal (Pengarah Operasi)
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) dan Encik Azmi B. Zainal (Pengarah Operasi)

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people, people sitting and table

Suasana Lawatan Media Di Ladang The Holstein Milk Company

Image may contain: one or more people and people standing
Sebelum memasuki kawasan ladang tenusu, kami diminta melalui tempat unutk membersihkan tapak kasut kami
Image may contain: outdoor
Kandang Lembu 1 meletakkan anak-anak lembu dara

Image may contain: bridge and outdoor

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: outdoor
Suhu sejuk memainkan peranan penting
No automatic alt text available.
Kipas dan air bagi mengekalkan suhu sejuk

No automatic alt text available.

Image may contain: text
Kandang yang menempatkan anak lembu yang baru lahir. Masih bayi

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

No automatic alt text available.

Image may contain: plant and drink

Image may contain: one or more people and basketball court

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: outdoor
Lembu-lembu yang menunggu untuk beranak

Image may contain: outdoor

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: outdoor
Kandang lembu jantan

Produk Farm Fresh

Terdapat pelbagai perasa seperti strawberi, mangga, original. yogurt dan paling terbaru iaitu Kurma.

Image may contain: candles

Suasana Sesi Persidangan Media

Image may contain: 2 people, people smiling
Encik Azmi ditemuramah oleh krew Bernama

Image may contain: 1 person, outdoor

The Holstein Anjurkan Pertandingan Post Terbaik Dalam Facebook

Image may contain: 1 person, standing
Marcus Osmand merupakan Influencer dan salah seorang pemenang

Daya Tarikan The Holstein

Image may contain: sky, mountain, grass, cloud, nature and outdoor

Image may contain: sky, house and outdoor
Cam Caravan juga turut serta di dalam trip ini. Ini membuktikan Cam Caravan amat sesuai dipandu di mana saja.

Pentingnya Susu Kepada Kita Dan Negara

Pengambilan susu dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat masih kurang atas pelbagai faktor. Bagi mempertingkat kesedaran akan keperluan mengambil susu segar dalam diet harian masyarakat hari ini, kerajaan bersama agensi yang terlibat mula melaksanakan program bagi memperkasanya.

Salah satu usaha tersebut adalah dengan mempertingkatkan pengeluaran susu segar menerusi Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang yang diterajui oleh The Holstein Milk Company.

Puteri merupakan peserta termuda di dalam trip ini. Lucu melihatnya apabila dia cukup suka minum susu Farm Fresh Milk ini. Ini membuktikan produk Farm Fresh ini digemari ramai dan sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat.

Image may contain: 1 person, sitting and child
Puteri merupakan peseta termuda dalam trip ini.

Image result for tujuan karnival pelancongan desa zon sedili

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Info The Holstein Milk Company atau Farm Fresh Milk Sdn Bhd :

HQ – 11-1, Jalan Petaling kawasan Perindustrian Larkin,

80350 Johor Bahru.

Cawangan Kuala Lumpur : No. 3, Jalan Perindustrian Puchong, Bandar Metro Puchong, 47160 Selangor

Laman web : http://www.farmfresh.com.my

Hubungi : 1-800-88-1228 / 07 2323463 / 07 2328771 / 03 80825008

Facebook : https://www.facebook.com/farmfreshdairyproduce

3 thoughts on “Lawatan Ke Farm Fresh Milk Di Muadzam Shah, Pahang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s