Lawatan Ke Paya Bakau Kampung Belukar Durian


I am what I am……

No automatic alt text available.

Kampung Belukar Durian, Sedili – 23.12.2017 – Mamable gembira menyertai program promosi pelancongan desa sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah KEJORA, Zon Sedili 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Tenggara Johor (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Pagi-pagi lagi Mamable dan rakan media yang lain dikejutkan dengan tiupan wisel Encik Amin. Tiupannya mengalahkan Komando tau…..hahahahaha. Kami bersenamrobik dengan pimpinan oleh Fit Sedili Team. Fit Sedili Team terdiri daripada kakak-kakak yang berumur tetapi mereka sihat dan aktif. Kalah kami yang muda ini.

Ringkasan Mengenali Paya Bakau

Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut. Mempunyai tanah yang berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem yang penting bagi kawasan pinggir pantai dan ia juga merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.

Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tanahnya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis siput. Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera uata atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka.

Apa Itu Pokok Bakau?

Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, pertembungan antara air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.

Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.

Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.

Petikan ini diambil dari wikipedia

Hutan Bakau Untuk Eko Pelancongan

Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan ekologi alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Para pelancong dari negara Barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu menjadi pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapat juga serangga unik seperti kelip-kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong.

Nak tahu tak…habitat paya bakau menampung jumlah haiwan yang besar, bermula daripada yang paling halus sehinggalah kepada reptilia yang besar. Haiwan-haiwan tersebut ialah :

  • Buaya
  • Ketam
  • Ikan Belacak
  • Ular Bakau
  • Lotong Kelabu

Image may contain: tree, plant, sky, outdoor and nature

Image may contain: tree, plant, outdoor and nature

Taklimat Mengenai Paya Bakau

Image may contain: 1 person

Image may contain: one or more people and people standing
Encik Shahrul
Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting
Encik Affendy aka Blerong
Image may contain: 2 people, people sitting and text
Pak Ngah bersama Adik Haikal sambil diperhatikan oleh Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia)

Menurut Abang Blerong,”lawatan ke paya bakau ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan paya bakau (wetland) kepada alam sekitar dan ekonomi. Juga ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelancong tentang kehidupan alam semulajadi. Selain itu, kawasan paya bakau juga adalah pusat habitat semula jadi yang menjadi ekosistem terpenting dan produktif untuk sumber semulajadi.

Kami Bersenamrobik

Image may contain: 3 people, house, sky, tree and outdoor
Fit Sedili Team
Image may contain: 1 person, standing, sky, outdoor and nature
Para rakan media berkobar-kobar nak sihat hehehehe….sebelum masuk hutan paya bakau ni

Suasana Sebelum Lawatan Ke Hutan Paya Bakau

Image may contain: food
Selepas senamrobik, kami bersarapan
Image may contain: food
Ditambahkan lagi dengan kuih pula tu

Apa Itu Pokok Nipah?

Pokok Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di hutan negara-negara ASEAN. Nama botaninya Nypa fruticans. Pokok Nipah merupakan satu-satunya pokok palma yang juga dikira sebagai pokok bakau, dan satu-satunya spesies dalam genus Nypa. Petikan ini diambil daripada wikipedia.

Ramai yang tidak tahu bahawa buah nipah boleh dimakan selain niranya boleh dibuat gula nipah. Setandan buah nipah mengandungi 60 hingga 70 ulas. Cara mengambil buah nipah sebenarnya sedikit rumit. Menurut Abang Shahrul dan Abang Blerong,”pertama sekali kena pastikan buah tidak terlalu tua atau muda. Kalau tua bukannya gigi akan patah parang pun tak dapat membelahnya. Lebih keras dari batu. Kalau terlalu muda hanya air saja yang ada, katanya.

Image may contain: 2 people, people standing
Abang Blerong memegang Buah Nipah
Image may contain: food
Buah Nipah

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: plant

Abang Blerong berkata,”ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipelihara sebagai hutan bakau simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memelihara warisan bakau semulajadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.

Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah berlumpur yang paling produktif. Tahap kemasinannya yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok bakau membesar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.

Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen. Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.

Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai ‘vivipariti’.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.

Suasana Hutan Paya Bakau Kampung Belukar Durian

Image may contain: night

Image may contain: 2 people, people standing, plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: 3 people, tree, plant and outdoor

Image may contain: plant, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, flower, grass, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: tree, plant, sky, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, tree, outdoor, nature and water

Kesimpulan Mamable

Sedar ataupun tidak, masih ramai antara kita melihat pokok bakau hanya sebagai satu tumbuhan biasa yang menghiasi persisiran sungai dan pantai di negara ini. Dari sudut ekonomi pula, pokok bakau yang tumbuh di kawasan berpaya itu merupakan punca rezeki bagi peraihnya untuk mendapatkan keuntungan setelah dijual bagi kegunaan industri sama ada untuk pembinaan mahupun perikanan.

Namun terfikirkah anda, pokok bakau merupakan satu rahmat yang tiada ternilai diberikan oleh Tuhan bagi membolehkan pohon itu digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk menjadi tumpuan jutaan habitat yang berlindung. Lebih daripada itu, pokok bakau yang terus menjadi penghuni tetap persisiran pantai ini menjadi pelindung kepada kuasa fizikal seperti ombak menghakis pinggir pantai selain angin pantai yang kencang. Selain menjadi penampan semula jadi terhadap ribut taufan, pokok bakau juga menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna selain udang dan ikan untuk mencari makanan, bertelur dan membesar.

Oleh itu, Mamable amat berbangga dapat menyertai program ini yang dianjurkan oleh KEJORA dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bertujuan untuk memberi kesedaran selain ilmu pengetahuan mengenai penting hidupan bakau di negara ini.

No automatic alt text available.

Image result for tujuan karnival pelancongan desa zon sedili

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s