Mengikuti Program Pelancongan Desa Jelajah Zon Sedili 2017 Anjuran KEJORA


I am what I am…….

No automatic alt text available.

Kuala Lumpur, 22.12.2017 – Mamable amat terharu apabila sekali lagi berpeluang bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) untuk menyertai program promosi pelancongan desa sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah Kejora, Zon Sedili yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara  (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) baru-baru ini.

Syukur alhamdulillah trip Mamable kali ketiga bersama MTC yang dipimpin oleh Encik Aminuddin Mohammed selaku Exco Majlis Pelancongan Malaysia, Puan Nurul Ezani aka Kak Ezani dan AJ Zackery yang lepas dipermudahkan dengan jayanya. Yang paling best ialah Mamable dan rakan media yang lain dikejutkan dengan pemberian coklat Harriston. Terima kasih Harriston Chocolates dan Encik Shahril wakil dari Harriston yang turut serta dalam trip ini.

Kali ini, Mamable telah menjelajah :

  • Holstein Milk di Muadzam Shah, Pahang
  • Menginap di Wetlands Kampung Belukar Durian di Tanjung Sedili, Johor
  • Melawat kawasan paya bakau di Tanjung Sedili, Johor
  • Menyelusuri Sungai Sedili Kecil sambil menikmati pemandangan paya bakau di kiri kanan sungai
  • Melawat ke tempat penternakan dan penetasan belangkas
  • Pesta berkarang di Pantai Manis
  • Turut serta dalam Bicara Ilmu di tapak Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017
  • Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017
  • Melawat Bengkel Nelayan di Kampung Sedili Kecil
  • Melawat Muzium Nelayan
  • Review di Bayu Balau Resort

Dengan berpegang pada slogan MAKE TOURISM CHAMPION, Mamable bersama-sama 40 orang media yang terdiri dari berlainan latar belakang berganding bahu bersama-sama mempromosikan eko pelancongan yang terdapat di sekitar Daerah Sedili, Johor.

Image result for tujuan karnival pelancongan desa zon sedili

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Apa Yang Kita Faham Dengan Eko Pelancongan 

Mari sini Mamable nak membebel sikit mengenai eko pelancongan di negara kita. Apa yang kita tahu mengenai eko pelancongan negara. Eko pelancongan atau pelancongan ekologi ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi.

Industri pelancongan terus menjadi antara puluhan industri pemacu ekonomi terbesar dunia. Malaysia mempelbagaikan produk pelancongan antaranya berasaskan ekologi dan agro (eko pelancongan eko dan agro pelancongan), pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, homestay, dan sebagainya.

Apa yang Mamable faham, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang beriklim khatulistiwa dengan mempunyai alam semulajadi yang unik. Kebanyakan negara  luar memilih Malaysia sebagai destinasi percutian dan pelancongan kerana ia mempunyai daya tarikannya tersendiri. Industri pelancongan merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan ekonomi negara. Malaysia juga diiktirafkan di peringkat global sebagai destinasi pelancongan utama dengan kedudukan diantara 10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global.

Suasana Sebelum Bertolak

Image may contain: 2 people, plant and outdoor
Mereka yang berada di sebalik tabir – Kak Ezani dan AJ Zackery

Image may contain: 2 people, people standing, people sitting and outdoor

Image may contain: one or more people

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people smiling, child, food and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, people on stage and indoor
Trip kami dipimpin dan diterajui oleh Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia). Trip kali ini, Encik Amin bersiap sedia dengan wiselnya…hahahaha
Image may contain: 20 people, people smiling, people standing and outdoor
Kredit foto – Abang Khir Khalid – http://www.khirkhalid.com

No automatic alt text available.

Info KEJORA : Bangunan Ibu Pejabat Kejora, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim

Hubungi : 07-8843000 Faks : 07-8221600 Talian Bebas Tol : 1-800-888620 E-mail : kejora@kejora.gov.my

Laman Web : http://www.kejora.gov.my

Facebook : http://https/www.facebook.com/Lembaga-Kemajuan-Johor-Tenggara-KEJORA

Image may contain: sky

Info Tourism Johor : Suites 3-24, Johor Tourist Information Centre, No. 2 Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru.

Laman web : http://tourism.johor.my

Hubungi : 07-224 1432
No automatic alt text available.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) – 016 6113413
Puan Nurul Ezani – 013 3277796
Trip selama 3 hari 2 malam ini banyak mengajar Mamable erti sayangkan alam sekitar dan bersatu padu dalam memajukan eko pelancongan di negara Malaysia. Nanti entri Mamable mengenai lawatan Mamable di Tanjung Sedili yer….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s