Penginapan Di Homestay Kampung Belukar Durian Dan Makan Malam Sambil Dihiburkan Dengan Tarian Kebudayaan


I am what I am…….

No automatic alt text available.

Kampung Belukar Durian, Sedili – 22.12.2017 – Perjalanan diteruskan ke Wetlands Kampung Belukar Durian di Tanjung Sedili, Johor merupakan salah satu program promosi pelancongan desa sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah KEJORA, Zon Sedili 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Tenggara Johor (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Ringkasan Latarbelakang Wetlands Kampung Belukar Durian

Wetlands Kampung Belukar Durian diberi sempena penemuan sebatang pokok durian ketika penduduk Sedili Kecil meneroka kawasan hutan bagi penempatan baru. Ketika meneroka , mereka hanya menemui sebatang sahaja pokok durian yang sangat besar di tengah-tengah hutan tersebut. Maka terhasillah nama Kampung Belukar Durian.

Mamable ingatkan adalah durian di sini rupanya ia hanyalah nama tempat tersebut. Kalau tak, pusingan kedualah nampaknya selepas Mamable makan durian di MARDI Kuala Kangsar, Perak.

Keunikan dan keistimewaan kawasan Wetlands Kampung Belukar Durian dari segi eko-sistemnya telah berjaya menarik KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan baik dalam pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan desa, pembangunan projek ekonomi pelancongan dan juga pembangunan modal insan kepada penduduk tempatan yang berteraskan pelancongan.

Ianya terletak di kawasan tenggara negeri Johor. Tanah Lembab Sedili Kechil ini kekal sebagai kawasan tadahan sungai yang belum disentuh. Flora dan fauna yang jarang didapati boleh dijumpai di kawasan seperti ‘Water Trumpets’. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti penanaman  semula bakau, sungai safari, menerokai pantai berpasir, mengutip lokan dan kraftangan kerang-kerangan laut dan sebagainya.

Penginapan Di Homestay Wetlands Kampung Belukar Durian

Mamable dan rakan-rakan media yang lain menginap di Homestay Wetlands Kampung Belukar Durian. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Di sini terdapat 2 dormitori. 1 dormitori boleh diduduki seramai 20 orang.

Terkenang kembali zaman tinggal di asrama. Di asrama cukup masa kita disuruh tidur tetapi di sini kami ikut sukahati kami nak tidur pukul berapa…hahahaha.

Selain dormitori, ada juga peserta trip ini menginap di Chalet yang terletak di tepi sungai Sedili. Terdapat 2 jenis chalet, setiap chalet ada yang mengandungi 2 katil twin sharing dan ada pula yang mengandungi 1 katil bersaiz queen.

Image may contain: house and outdoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting, living room and indoor
Ruang istirehat di luar dormitori
Image may contain: people sitting and indoor
Sambil beristirehat bolehlah membaca buku yang terletak bersebelahan dengan dormitori lelaki

Image may contain: plant, flower, tree, outdoor and nature

Image may contain: house and outdoor
Chalet yang terletak bersebelahan dengan Sungai Sedili

Image may contain: sky, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: sky, outdoor, water and nature

Image may contain: sky, cloud, house, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: tree, house, sky, plant, outdoor and nature

Daya Tarikan Yang Lain

Homestay Kampung Belukar Durian adalah destinasi popular untuk memancing udang air tawar dan juga dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan di tepi sungai dan terdapat hutan paya air tawar di kiri dan kanan sungai.

 

Image may contain: sky, bridge, house, plant, outdoor, nature and water

Image may contain: sky, outdoor, water and nature

Image may contain: sky, cloud, outdoor, water and nature

Disediakan juga tapak pekhemahan di mana anda boleh menyewa tapak dengan harga RM 5.00 atau ingin menyewa tapak bersama khemah dengan harga RM 30.00 saja.

Kalau pada mereka yang ada karavan boleh menyewa tapak sahaja dengan harga RM 5.00.

Image may contain: sky, house and outdoor

Ringkasan Pakej-Pakej Homestay Kampung Belukar Durian

Terdapat 3 pakej jika ingin menginap di Homestay Kampung Belukar Durian iaitu :

  • Pakej 1 Hari (Day Trip) – harga bermula dari RM 80.00 seorang. Terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti menyusuri Boardwalk The Wetlands, makan tengahari, menyusuri Sungai Sedili Kecil dan majlis penutupan.
  • Pakej 2 Hari 1 Malam – harga bermula dari RM 140.00 seorang. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan dan ia juga terdapat pilihan A, B dan C.
  • Pakej 3 Hari 2 Malam – harga bermula dari RM 237.00 seorang. Terdapat banyak aktiviti yang ditawarkan dan terdapat juga pilihan A,B, C dan D bergantung kepada apa yang anda inginkan.

Kemudahan Yang Ada

Antara kemudahan infrastruktur pelancongan desa yang telah dibangunkan sehingga kini adalah wakaf, tandas, boardwalk, menara tinjau dan juga dewan terbuka. Juga disediakan 2 unit kiosk, 3 unit bot pelancongan serta 7 unit chalet.

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor and water

Makan Malam Sambil Menikmati Persembahan Kebudayaan

Image may contain: 1 person, standing
Ucapan alu-aluan oleh pengusaha Homestay Wetlands Kampung Belukar Durian
Image may contain: food and indoor
Siap ada ikan bakar, ayam dan udang. Makan-makanlah sepuas-puasnya
Image may contain: food
Mamable simple saja, makan nasi goreng dengan mee goreng dan udang seketul dua…tak makan banyak sebab sibuk rakam tarian zapin dan kuda kepang
Image may contain: shoes and indoor
Persembahan tarian zapin
Image may contain: 1 person, shoes and basketball court
Persembahan yang dinantikan iaitu tarian kuda kepang

Info Wetlands Kampung Belukar Durian : Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil, Kota Tinggi, 81910 Johor

Hubungi : 019-738 0372 (Kamal) / 019-730 0058 (Pak Wan Zaili)

http://homestaykampungbelukardurian.blogspot.my

Facebook : https://www.facebook.com/pg/KampungBelukarDurian

No automatic alt text available.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s