Lawatan Ke Bengkel Kraftangan Kampung Sedili Kecil Dan Muzium Nelayan Tanjung Balau


I am what I am……….

No automatic alt text available.

Kampung Sedili Kecil dan Tanjung Balau – 24.12.2017 – Bersama-sama membantu dalam mempromosikan eko pelancongan melalui program promosi pelancongan desa sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah KEJORA, Zon Sedili 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Tenggara Johor (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Dari pemerhatian Mamable, selalunya cengkerang seperti kulit siput, kupang, kerang dan tiram yang biasanya dibuang boleh diproses menjadi kraf yang amat menarik, termasuk aksesori hiasan wanita. Termasuklah Kampung Sedili Kecil yang pas­tinya mempunyai tarikan tersendiri bagi menarik kedata­ngan para pengunjung. Penjualan kraf tangan daripada hasil laut seperti cengkerang siput dan sisik ikan merupakan antara produk pelancongan yang menjadikan Sedili Kecil sentiasa menjadi kunjungan pelancong.

Image may contain: tree, plant, sky and outdoor

Penduduk kampung ini bernasib baik kerana kediaman mereka terletak berhampiran dengan kawasan pantai. Ini memudahkan mereka mendapatkan bekalan cengkerang siput.

Image may contain: food

Image may contain: 1 person, food

Dari Cengkerang Menjadi Hiasan

Bila diingatkan kembali, hiasan rumah emak Mamable dulu pun memiliki hiasan yang diperbuat daripada produk ini.

Puan Lijah Jabar berkata, ‘antara produk yang mendapat sambutan hangat daripada    pe­ngunjung termasuk kerongsang, gubahan bunga, rantai, gelang, pin baju, hiasan meja, hiasan dinding dan hiasan cermin. Semua produk kraf tangan itu dijual pada harga yang murah jika dibandingkan dengan produk kraf tangan lain, iaitu serendah RM1.00.

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Sejarah Bengkel Ini

Rupa-rupanya, perusahaan menghasilkan produk kraf tangan daripada cengkerang siput telah dilakukan sejak tahun 1990 lagi. Bermakna bengkel ini telah berumur lebih 27 tahun dan kini produk yang dihasilkan dengan bantuan ahli keluarga dan beberapa rakan lain turut mendapat sambutan bukan hanya daripada pengunjung tempatan, malah juga pelancong asing.

Hiasan-Hiasan Daripada Cengkerang

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, smiling, flower and plant

Image may contain: flower, plant and nature

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: plant

Image may contain: flower

Sekiranya berhasrat untuk mencari barangan perhiasan sedemikian, sila berkunjung ke Bengkel Kraftangan Siput Nelayan Sedili yang terletak berse­belahan dengan jambatan Sedili Kecil. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk kraftangan tersebut bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi talian di 012-7575742 atau 017-8424358 serta melayari Facebook Bengkel Kraftangan Siput Nelayan Sedili.

Lawatan Ke Muzium Nelayan Tanjung Balau

Image may contain: outdoor

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people, people smiling

Ringkasan Mengenai Muzium Nelayan

Muzium Nelayan Tanjung Balau dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah para nelayan tradisional negeri Johor seperti sampan, jaring, pancing, bubu dan lain-lain. Kompleks muzium ini mempunyai 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Pameran Khas.

Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang mencerminkan suasana kehidupan masyarakat nelayan tradisional di Malaysia.

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: people sitting

Image may contain: people standing

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Image may contain: sky, outdoor and nature

Image may contain: outdoor

Image may contain: sky, house and outdoor

Aktiviti Menyelam

Image may contain: one or more people and people standing

Cepu Kayu

Ceou kayu pada zaman dahulunya digunakan oleh nelayan sebagai tempat bekas makanan semasa turun ke laut dengan mengalas daun pisang dibahagian dalam selepas itu nelayan membawa nasi atau kuih-muih ke laut sebagai bekalan ditengah lautan. Ia diperbuat daripada  sebatang kayu nangka

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Bubu Ikan

Bubu ikan merupakan beberapa jenis alat untuk menangkap ikan. Ia seperti bakul yang membolehkan ikan masuk kedalamnya tetapi terhalang untuk ikan keluar.

Image may contain: 1 person

Galeri Geologi

Galeri ini membawa pengunjung kembali ke zaman purbakala dengan koleksi fosil, batuan, mineral dan pekbagai informasi penting tentang geologi.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: outdoor

No automatic alt text available.

Image may contain: food

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Suasana Di Luar Muzium Nelayan

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: shoes

Image may contain: outdoor

Image may contain: people sitting

Image may contain: table

No automatic alt text available.

Bayaran Masuk

RM 2.00 untuk  dewasa

RM 1.00 untuk kanak-kanak

Info, Hari Dan Masa Lawatan

Isnin – Khamis : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15 tengahari bersambung semula 2.45 petang hingga 6.00 petang.

Sabtu -Ahad : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Info Muzium Nelayan Tanjung Balau : Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor

Hubungi : 07-884 3099

Facebook : https://www.facebook.com/MuziumNelayan

No automatic alt text available.

Image result for tujuan karnival pelancongan desa zon sedili

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s