I am what I am……..
Sedili Kecil, Johor – 23.12.2017 – Dengan menyertai program promosi pelancongan desa sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah KEJORA, Zon Sedili 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Tenggara Johor (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) ini, membuatkan Mamable lebih dekat dengan alam semulajadi.
Setelah mempelajari kepentingan dan fungsi paya bakau terhadap ekosistem alam sekitar, Mamable bersama-sama rakan media yang lain menaiki bot menyusuri Sungai Sedili Kecil. Kami dibahagikan kepada 3 bot dan 1 bot hanya boleh menampung 7 hingga 8 orang sahaja.
Ringkasan Mengenai Sungai Sedili Kecil
Sungai Sedili Kecil terletak di Tanjung Sedili, timur negeri Johor. Terdapat Sungai Sedili Kecil dan Sungai Sedili Besar. Apa yang Mamable tahu, Kerajaan Negeri Johor melalui agensi Perbadanan Taman Negara Johor hendak memajukan Sungai Sedili Besar sebagai kawasan persinggahan burung ramsar dan dimanfaatkan untuk industri eko perlancongan.
Ia juga merupakan kawasan yang terkenal dengan kegiatan perikanan selain pelancongan pesisiran pantai.
Jangan terkejut kalau Mamable beritahu kawasan yang terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan ini turut terkenal kerana ia merupakan tempat kelahiran salah seorang Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang serta penyanyi lagu asli, Allahyarham Rosiah Chik.
Kebanyakan penduduk di kawasan itu mencari rezeki sebagai nelayan dan adanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Sedili telah menjadi pemangkin kepada industri perikanan di situ.
Pemandangan Disepanjang Sungai Sedili Kecil



Lawatan Ke Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas, Sedili Kecil
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili telah membangunkan pusat ternakan dan penetasan belangkas di Sedili Kecil.
Pusat ternakan dan penetasan berkenaan merupakan satu-satunya yang terdapat dalam Malaysia sekali gus berpotensi menjadi tarikan pelancong.
Tidak ramai yang sedar atau tahu kepentingan belangkas dalam perubatan di mana kajian mengenainya turut dijalankan iaitu darah belangkas digunakan sebagai endotoksin. Ia dikenal pasti mampu mengesan kehadiran bakteria gram negatif dalam kuantiti yang sangat kecil.


Menurut anak Encik Ahmad iaitu Khairul Idham Ahmad yang merupakan generasi ketiga yang menyambung projek ternakan tersebut berdasarkan pengalaman membantu keluarga. Tambahnya lagi pembenihan bermula pada 2006 dan selepas tujuh bulan ia akan dilepaskan ke laut untuk kemudahan generasi akan datang khususnya bagi membantu golongan nelayan sebagai sumber rezekinya, katanya. Ia bertujuan untuk memastikan spesies berkenan terus terpelihara.



Mengenai Belangkas
Belangkas merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan juga di kawasan paya air tawar. Belangkas selalunya berada di pesisiran pantai dan ia amat mudah ditangkap kerana ia tidak menggigit.
Nampak pada zahir ia ganas macam predator, tetapi hakikatnya haiwan ini tidaklah ganas. Nama sainifik belangkas adalah ‘tachlypeus gigas‘, ia berasal dari keluarga Limulidae. Belangkas merupakan artopod laut disebabkan fizikalnya yang mempunyai rangka di luar seperti ‘helmet askar‘, ia juga bersendi dan mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Seekor belangkas dewasa boleh mencapai saiz sehingga 51 cm. Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan mempunyai imunisasi yang lengkap.
Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Belangkas Boleh Dimakan
Pertama kali Mamable makan belangkas. Isteri kepada Encik Ahmad, menyajikan sambal tumis belangkas. Nak diingatkan terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria anda iaitu rasa pening atau loya. Biasanya dikenali sebagai mabuk. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan mestilah belajar dari orang yang pandai menyediakannya.
Minta no contact boleh
LikeLike
Boleh tu boleh Encik Bustami…tapi boleh saya tahu untuk apa ye?
LikeLike