Pesta Berkarang Di Pantai Manis, Sedili


I am what I am…….

No automatic alt text available.

Pantai Manis – 23.12.2017 – Mamable gembira menyertai program promosi pelancongan desa sempena Karnival Pelancongan Desa Wilayah KEJORA, Zon Sedili 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Tenggara Johor (KEJORA) dengan kerjasama Tourism Johor dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Pesta ‘Berkarang’ yang diadakan di Pantai Manis adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara rakan-rakan media dan penduduk Kampung Sedili. Program ini juga bertujuan menghidupkan kembali tradisi ‘Berkarang’ yang semakin dilupakan oleh generasi sekarang.

Pesta Berkarang Di Pantai Manis

Kata orang ‘yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’ dan begitu juga dengan rezeki yang menjadikan seseorang itu beroleh pendapatan lumayan serta kehidupan lebih selesa.  Lokan, kepah dan lala ialah sejenis makanan laut dalam spesies kepah dan kupang yang mampu menyara kehidupan pengusaha.

Berkarang dengan mencari lala atau kerang merupakan pengalaman pertama Mamable, ia bukan tugas yang mudah kerana terpaksa mengharungi tanah lumpur yang digenangi air laut sehingga paras lutut dan mengorek lala atau kerang dari tanah lumpur. Mamable suka mencuba sesuatu yang baru untuk merasai sendiri keterujaan bergelumang dalam lumpur semata-mata mencari lala dan kerang. Sebelum memulakan pencarian lala dan kerang, Mamable dan rakan media yang turut serta dalam aktiviti ini telah disediakan sepasang kasut getah, tempurung kelapa dan bakul plastik setiap seorang satu. Kegunaan kasut getah adalah bertujuan untuk mengelakkan kaki tercedera terkena kulit kerang atau benda-benda tajam di dalam air.

Program ini akan diadakan setiap tahun dengan menjadikan Pantai Manis sebagai salah satu eko pelancongan dan merupakan sebahagian daripada pengalaman untuk memajukan industri pelancongan kata Tuk Yem.

Di kalangan penduduk yang berhampiran, kerja-kerja mencari lokan, lala, kerang atau apa saja kerang-kerangan menjadi kegemaran mereka kerana ia menjanjikan pendapatan tambahan.

Tuk Yem ada berkata,’lokasi ini bakal dibangunkan dan menjadi pilihan agensi pelancongan bagi membawa para pelancong luar negara melawat Pantai Manis ini, katanya.

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

Image may contain: cloud, sky, ocean, outdoor, nature and water

Image may contain: shoes and outdoor

Mengenali Lokan, Kepah, Lala Dan Kerang

Image result for kepah
Gambar oleh Google – Kepah atau siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani.
Image result for lokan
Gambar oleh Google – Lokan adalah sejenis kerang yang habitatnya berada di lumpur atau muara. Lokan bercengkerang hitam, berisikan daging tebal dan kenyal. Lokan mengandung berbagai zat gizi.
Image result for siput lala
Gambar oleh Google – Lala atau siput hale adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai.
Image may contain: one or more people and food
Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia. Siput ini memang enak dimakan tetapi memerlukan kebijaksanaan jika mahu mencarinya kerana hidupan itu bersembunyi di sebalik kawasan berpasir. Bentuknya seperti ruas buluh dan dilindungi cengkerang, pepahat membenamkan diri dalam pasir ketika laut surut dan hanya akan keluar apabila air pasang, membuatkan kerja mencarinya agak mencabar.
Image may contain: one or more people and outdoor
Siput barai banyak terdapat di tebing-tebing kawasan sungai yang berbakau atau bernipah. Barai ini biasanya tinggal berkumpulan. Ini memudahkan lagi proses pengambilannya

Suasana Pesta Berkarang

Image may contain: 1 person, standing, tree, outdoor and nature
Para rakan media

Image may contain: 1 person, smiling, standing, tree, sky, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, ocean, beach, sky, outdoor, nature and water

Image may contain: 1 person, standing, sky, cloud, child, outdoor, nature and water
Foto oleh Rozianah (Utusan Malaysia)
Image may contain: 1 person, smiling, sitting, ocean, sky, water and outdoor
Foto oleh Rozianah (Utusan Malaysia)
Image may contain: 1 person, ocean, sky, cloud, outdoor, nature and water
Foto oleh Rozianah (Utusan Malaysia)
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, ocean, outdoor and water
Foto oleh Rozianah (Utusan Malaysia)

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing, outdoor and nature

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 7 people, people standing, tree and outdoor
Ucapan daripada Tuan Hj. Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Tuk Yem dengan ditemani oleh Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) dan Pak Ngah

Pengalaman Mengajar

Barulah Mamable tahu mencari lokan, kerang atau lala  bukanlah suatu pekerjaan yang mudah kerana haiwan bercengkerang ini biasanya hidup terbenam dalam lumpur. Mencari haiwan bercengkerang bersama komuniti penduduk di situ membuktikan usia tidak menjadi penghalang untuk terus aktif mencarinya di Pantai Manis ini.

Pertandingan Mencari Lala, Lokan Dan Kerang

Bersempena dengan Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017, pertandingan mencari lala, lokan dan kerang ini telah disertai rakan-rakan media dan peduduk kampung. Rata-rata mereka telah memenangi keseluruhan hadiah wang tunai.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor

Makan Malam Lokan, Lala Dan Kerang

Image may contain: food

Image may contain: food

Tuk Yem dan para penduduk Kampung Sedili telah menganjurkan makan malam dengan menyajikan hasil pencarian para rakan media dan penduduk kampung petang tadi.

No automatic alt text available.

Image result for tujuan karnival pelancongan desa zon sedili

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s