I am what I am……
Makan sampai pengsan di Pak John Steamboat & BBQ yang merupakan pembukaan besar-besaran cawangan keduanya pada 28.12.2017 yang lepas. Restoran ini menyediakan lebih 160 menu merangkumi makanan laut, sayur-sayuran, bebola ikan dan daging, tentunya ia merupakan pilihan tepat untuk memenuhi ‘selera besar’ anda.
160 Lebih Menu
Boleh memilih sama ada menikmatinya dalam bentuk panggang (barbeku) atau rebus, malahan menikmatinya dengan kedua-dua cara pun boleh. Bukan sesuatu yang luar biasa, malah gabungan tersebut memang serasi kerana kedua-dua kaedah masakan tersebut menyihatkan tanpa penggunaan minyak yang banyak.
Apa yang lebih penting, rasanya tetap enak dan memenuhi selera para pengunjung. Di Pak John Steamboat & BBQ, mereka mempertaruhkan bahan perapan yang segar untuk dinikmati bersama. Bahan perap yang disediakan dalam empat perasa iaitu barbeku, dan lada hitam. Masih lagi mengekalkan dua jenis sup iaitu tomyam dan sup ayam untuk penggemar steamboat, makanan laut, ayam, dan daging lazimnya akan dimasak secara barbeku di atas dapur yang sama.
Kesemua bahan mentah di restoran ini diperoleh daripada pembekal tempatan bertujuan memastikan hanya yang segar dan terbaik disajikan kepada pelanggan.
Suasana Hari Pembukaan




Goodies Bag Untuk Media
Harga Bufet
Harga bufet yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Harga yang ditawarkan :
- Isnin hingga Jumaat makan tengahari – RM32.90++ (dewasa) dan RM17.95++ (kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun).
- Isnin hingga Jumaat makan malam – RM42.90++ (dewasa) dan RM22.95++ (kanak-kanak berumur bawah 12 tahun)
- Sabtu dan Ahad – RM42.90++ (dewasa) dan RM22.95++ (kanak-kanak)
Dengan harga yang berpatutan beserta dengan pilihan menu yang banyak membuatkan para pelanggan akan ‘ketagih’ untuk menikmati hidangan di Pak John Steamboat & BBQ. Sekali cuba pasti kembali kerana keenakan sup ayam dan sup tomyamnya yang tidak akan didapati di tempat lain. Tambahan, hidangan Pak John Steamboat & BBQ sedap, murah dan banyak!
Waktu Beroperasi Dan Kapasiti Pengunjung
Restoran ini berkemungkinan mampu memuatkan sehingga 200 pelanggan pada satu-satu masa, pak John Steamboat & BBQ dibuka setiap hari bermula 11.00 pagi hingga 10.00 malam.
Info Pak John Steamboat & BBQ :
Cawangan pertama : E-Curve Outlet, Lot LG-13A & LG-15, eCurve Mall, No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Hubungi : 03-77333913 / 012-7050648
Cawangan kedua : IOI City Mall Outlet, GE-11, Aras G, IOI City Mall, 62502 Putrajaya
Laman web : http://www.pakjohn.com
Facebook : http://www.facebook.com/pakjohn.ytf
Instagram : http://www.instagram.com/pakjohnbbq