I am what I am……
Petaling Jaya, 07.01.2018 – Mamable dijemput oleh Cik Racheal Loh (pengasas FoodiLIFEcious & Drlife) untuk review menu terbaru set bento dari Sango Japanese Restaurant.
Sango Japanese Restaurant
Di sini Mamable nak kongsi serba sedikit mengenai Sango Japanese Restaurant, restoran ini terletak di Aras 2, Hotel Crystal Crown di Petaling Jaya. Restoran ini sudah 22 tahun menghidangkan sajian masakan Jepun asli dan Chef Shoimi merupakan chef yang bertanggungjawab dalam penyediaan menu-menu masakan Jepun dan beliau juga telah dibantu oleh krew-krew yang terlatih. Chef Shoimi yang berpengalaman selama 18 tahun dalam masakan asli Jepun merupakan seorang chef yang tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa mempraktikkan teknik yang tinggi dan kesabaran dalam penyediaan masakan Jepun ini. Sebagai contoh, penyediaan sushi memerlukan tumpuan yang tinggi di mana cara mengepal nasi juga mempunyai teknik yang betul.

Set Bento Sango
Beralih pula ke menu terbaru set bento, apabila kita terdengar perkataan ‘BENTO’ semestinya bento berasal dari negara Jepun. Kalau nak tahu, orang Jepun sebenarnya terkenal dengan ketelitian dan pentingnya penggunaan warna makanan dalam hidangan mereka. Oleh itu, Encik Andrew (pemilik Sango Japanese Restaurant) dan Chef Shoimi mengambil inisiatif untuk menyajikan hidangan Jepun yang menarik, sedap, unik dan semestinya ia adalah yang terbaik dari segalanya.
Terdapat 10 jenis set bento yang Mamable perlu rasa. Semua menu tersebut tidak menggunakan sebarang perasa tambahan malah bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan berkualiti.
Sango Bento – Sango’s Signature Bento
Fuji Bento – Sango’s Signature Bento
Salmon Teppan and Tempura Bento
Unagi Kabayaki + Age Gyoza Bento
Saba Teriyaki Bento
Yasai Kakiage Bento
Yakiniku Bento
Sashimi & Sushi Bento
Yaki Udon Bento
Yakitori Bento
Suasana Sango Japanese Restaurant





Info Sango Japanese Restuarant
Sango Japanese Restaurant (Aras 2)
Crystal Crown Hotel Petaling Jaya,
Lorong Utara A, PJS 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad pada pukul 12.00 tengahari hingga 2.30 petang dan 6.00 petang hingga 10.30 malam
Hubungi: +603 7958 5228
https://www.facebook.com/sangojap/
Mamable adalah yang bertuah dikalangan mereka yang menggemari masakan Jepun ini kerana dapat merasai hidangan set terbaru bento Sango Japanese Restaurant. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Andrew (pemilik Sango Japanese Restaurant) dan Cik Racheal Loh (pengasas Foodilifecious & Drlife) kerana menjemput Mamable untuk review menu set bento ini.