Review Hotel The Kuala Lumpur Journal


I am what I am….

Baiklah hari ini Mamable nak kongsi pengalaman Mamable mengenai The KL Journal yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tak kenal maka tak cinta….itulah gambaran Mamable apabila pertama kali ke hotel ini. Kebetulan Mamable menemani rakan media Mamable untuk meeting di sini, apa orang kata ‘sambil menyelam minum air’.

Siapa tak kenal bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandaraya yang meriah dan ‘sentiasa berjaga’. Kuala Lumpur mempunyai auranya yang tersendiri yang sukar didapati di tempat lain. Kalau ingin merasai pengalaman yang unik kepada keluarga, pasangan atau rakan anda, datanglah ke KL Journal, tak menyesal punya.

Apa Ada Di The KL Journal

Lobi Hotel

KL Journal sememangnya unik, dengan konsep retro dan minimalistik hotel ini memberikan satu pengalaman yang berbeza daripada penginapan yang lain. Tidak dinafikan yang rekaan dalamannya agak ‘simple’ tetapi dalam waktu yang sama memiliki auranya yang tersendiri.

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: people sitting, living room and indoor

Front Office

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

No automatic alt text available.

Bilik Yang Selesa, Tidur Pun Nyenyak

Bilik-bilik di hotel ini agak luas jadi sangat sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga. Ia juga turut  dilengkapi dengan penghawa dingin,  kemudahan pengering rambut dan  pemanas air. Keadaan bilik juga sangat sunyi membuatkan tidur malam anda sekeluarga sangat lena dan nyenyak.

Jenis-jenis bilik yang terdapat di KL Journal ialah :

  • Deluxe King yang mempunyai 72 buah bilik dengan berlainan hiasan lukisan di dinding. Bilik ini bersaiz 28 kaki persegi. Dilengkapi tilam posturepedic untuk memberi keselesaan pada pengunjungnya.
  • Deluxe Twin yang mempunyai 32 buah bilik dengan bilik yang bersaiz 28 kaki persegi. Juga dilengkapi tilam posturepedic untuk memberi keselesaan pada pengunjungnya.
  • Journal Suites yang berkeluasan 35 kaki persegi. Hanya terdapat 8 buah bilik sahaja di KL Journal. Bilik ini juga dilengkapi dengan tilam posturepedic.
Image may contain: one or more people, bedroom and indoor
Bilik Deluxe King
Image may contain: bedroom and indoor
Superior Deluxe
Image may contain: people sitting, table and indoor
Ruang di dalam bilik Superior Deluxe
Image may contain: indoor
Setiap bilik mempunyai lukisan masing-masing
No automatic alt text available.
Terdapat ‘details’ mengenai lukisan tersebut. Yang bestnya, poskad tersebut boleh dibawa balik sebagai memori menginap di situ

 

Image may contain: indoor

Tarikan Di Setiap Aras Hotel

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Ruang Kreatif Dan Santai Di Aras 1

Aras 1 merupakan ruang ‘a creative space for work and play’ bagi KL Journal. Lokasi yang unik untuk mereka yang bekerja dan bersosial dengan kombinasi gabungan ‘industrial chic with eclectic’ yang dilengkapi dengan kelajuan wifi dan kemudahan seperti printing di Business Centre.

Tempat yang sesuai untuk diadakan mesyuarat atau seminar. Terdapat 3 studio, galeri, ‘the hub’, ‘the terrace’ dan ‘the shack’.

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: table and indoor

Image may contain: plant and table

Image may contain: indoor

Kemudahan Pada Para Pengunjung

Kemudahan seperti kolam renang yang terletak di aras rooftop dan fitness centre yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung.

Image may contain: outdoor

 

Kedai Kopi Journal

Restorannya pula menyediakan pelbagai jenis masakanyang bukan setakat sedap malahan segar lagi!  Pencuci mulutnya juga menyelerakan. Apa salahnya sekali-sekala merasa gaya hidup seperti berada di rumah sendiri kan?

Susun atur perabot vintage seperti  berada di rumah sendiri. Tenang, santai dan bersih.

Image may contain: plant and flower

Image may contain: indoor

Image may contain: people sitting and table

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Tarikan Yang Ada Di KL Journal

Kari Kepala Ikan Yang Tersedap Di Kuala Lumpur

Semestinya kari kepala ikan menjadi menu kesukaan rakyat Malaysia. Bagi yang menggemari kari kepala ikan, restoran yang sedap dan popular dengan menu istimewa ini menjadi buruan mereka. Tidak semua restoran mampu menyediakan resepi kari kepala ikan yang betul-betul sedap. Kini para penggemar kari kepala ikan tidak perlu bersusah payah untuk mencarinya kerana di KL Journal, Chef Eksekutifnya iaitu Chef Heng boleh menyediakannya untuk anda. Dengan tempahan sehari awal, anda bakal merasai kari kepala ikan yang tersedap di Kuala Lumpur. Kecur pula Mamable….haihhhh.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: 3 people, outdoor
Chef Heng

Daya Utama KL Journal

Daya utama hotel bertemakan ’boutique’ ini adalah  setiap bilik penginapannya digayakan dengan tema lukisan dinding yang berbeza. Setiap bilik mempunyai tilam posturepedic, di mana tilam ini adalah bagi menyesuaikan postur badan yang sempurna sambil memberi keselesaan yang unggul.

Juga kesedapan kari kepala ikan yang membuatkan Mamable dua kali merasainya. Sampaikan Mamable menggelarkan kari kepala ikan sebagai ‘kari manderam’ hahahaha….

Info Hotel The Kuala Journal 

No automatic alt text available.

No. 30 Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tel +603 2110 2211
Fax +603 2110 1100

http://www.kljournalhotel.com

Facebook : https://www.facebook.com/thekljournal

Instagram : https://www.instagram.com/thekljournal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s