Teknik Mengambil Gambar Menggunakan Telefon Pintar Anda


I am what I am…..

Pernahkah terfikir mengapa kualiti gambar yang kita ambil menggunakan telefon pintar anda tidak secantik atau setanding gambar yang diambil oleh mereka yang profesional?Adakah ini disebabkan oleh kamera telefon pintar kita sendiri? Jawapannya : TIDAK.

Jika anda di luar sana yang memiliki mana-mana smartphone yang dikeluarkan pada tahun 2015 dan ke atas rata-rata ia mempunyai kamera yang bagus.

Jadi, Apakah Sebabnya?

Sebab utamanya adalah pengetahuan kita dalam teknik fotografi telefon pintar itu sendiri. Jika kita sudah mempunyai kamera telefon pintar yang bagus, kita boleh meluangkan masa untuk belajar teknik fotografi menggunakan telefon pintar dan anda pasti terkejut dengan kemampuan anda sendiri.

Dalam entri ini Mamable ingin berkongsi teknik fotografi dengan menggunakan telefon pintar melalui cara yang mudah difahami. Bermula daripada persediaan kamera telefon pintar anda hinggalah ke tips dan trik mengambil gambar.

Bukan Mamable nak riak tetapi Mamable sendiri pun banyak bertanya, memerhati dan belajar dari mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah kini kebanyakkan gambar-gambar Mamable adalah berkualiti sedikit daripada dahulu.

Fotografi Telefon Pintar : Persediaan Awal

Di sini Mamable menerangkan langkah-langkah awal atau beberapa tips yang patut kita ambil sebelum memulakan mengambil gambar dengan mengunakan kamera telefon pintar anda.

Tips 1 : Kenali Kamera Anda

Ambil telefon bimbit anda dan belek-belek aplikasi yang digunakan oleh telefon pintar anda. Cuba selidik setiap fungsi yang ada seperti gambar biasa, gambar panorama dan video. Beranikan diri untuk menangkap gambar dalam keadaan dalam sinaran matahari terik, dalam keadaan kurang cahaya, gambar objek bergerak dan sebagainya. Dengan cara ini anda dapat memahami kamera handphone anda dan mengetahui kemampuan telefon pintar anda.

 

Tips 2 : Set Resolusi Pada Peringkat Paling Maksimum

Lihat ‘setting’ kamera telefon pintar anda dan pastikan setting resolusinya adalah pada peringkat yang paling maksimum. ‘Factory Setting’ untuk telefon pintar selalunya diletakkan di bahagian tengah-tengah, tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang penyimpanan data dalam telefon anda.

Tips 3 : Fahami ‘Setting’ Kamera

Bagi Mamable, bahagian ini agak teknikal dan memerlukan tunjuk ajar mereka yang lebih berpengalaman serta pembacaan yang lebih lanjut untuk pemahaman yang mendalam. Cuba rajin-rajinkan diri dengan mempelajarinya di Google atau Youtube.

Jika anda mahukan hasil fotografi yang lebih mantap jangan bergantung kepada fungsi auto kamera anda. Mengapa? Adakah anda pernah terfikir bagaimana para jurugambar profesional menghasilkan gambar seperti di bawah?

Image result for gambar fotografi pemandangan
Gambar oleh Google

 

Menghasilkan gambar seperti ini dengan mengawal fokus, exposure, white balance, shutter speed, ISO dan lain-lain ‘setting’ pada kamera mereka.

Apakah maksudnya?

Ini bermaksud anda juga boleh menghasilkan gambar dengan kualiti yang sama jika anda mengawal setting kamera handphone anda secara manual. Kini melambak aplikasi yang boleh dimuat turun. Pokok pangkalnya hanya diri kita.

Tips 4 : Pastikan Lensa Kamera Telefon Pintar Anda Bersih

Bersihkan lensa kamera anda sekerap yang mungkin dengan menggunakan kain khas (kain yang sesuai adalah kain yang digunakan untuk membersihkan cermin mata). Jika terpaksa anda boleh menggunakan baju anda. Jangan bimbang, handphone kita sudah direka untuk tahan lasak – tidak mudah calar.

Teknik Mengambil Gambar

Tidak sabar untuk menghasilkan gambar yang hebat seperti seorang jurugambar profesional?

Tips 1 : Pastikan Kedudukan Telefon Pintar Sentiasa Stabil

Pastikan anda memegang telefon pintar anda dengan menggunakan kedua-dua tangan ketika mengambil gambar untuk mengelakkan gegaran dan pergerakkan. Situasi ini sering terjadi pada Mamable.

Lebih senang jika anda meletakkan telefon pintar anda pada permukaan yang stabil seperti meja, batu dan sebagainya. Kalau yang berduit belilah tripod atau yang murah monopod stick saja.

Tips 2 : Jangan Gunakan ‘Zoom’

Jangan sesekali menggunakan fungsi zoom dalam kamera telefon pintar anda. Kalau nak tahu, dulu Mamable selalu menggunakan teknik zoom ketika mengambil gambar makanan. Sampailah seorang rakan Mamable menegur supaya jangan menggunakan zoom.

Ingin tahu mengapa?

Apabila anda zoom in, gambar anda akan menjadi kabur, berbintik-bintik atau bersegi-segi. Jadi bagaimana caranya? Cuba dekatkan jarak anda dengan objek fokus anda. Jika adalah mustahil untuk mendekati objek foto anda, ambil gambar seperti biasa dan ‘crop’. Dengan cara ini kualiti gambar anda tidak terjejas.

Tips 2 : Jangan Menggunakan ‘Flash’

Selalunya ‘flash’ akan membuatkan foto anda terlalu terang (berwarna putih), dan ia akan mengubah warna asal suasana yang anda ambil. Ini menjadikan mata berwarna merah dan sebagainya. Gunakan pencahayaan semulajadi yang sedia ada. Pada waktu malam gunakan sumber cahaya dari sekitar anda seperti cahaya kenderaan yang lalu-lalang, lampu jalan, cahaya dari tingkap rumah dan sebagainya.

Di sini terbuktilah kepentingan ‘setting manual’ pada kamera telefon pintar anda. Jika anda mahir mengubah ‘setting’ seperti ISO dan shutter speed anda boleh menghasilkan foto yang amat menarik tanpa menggunakan flash.

Tips 3 : Menggunakan Garisan Grid

Pastikan anda mengaktifkan garisan grid pada kamera telefon pintar anda. Periksa ‘setting’ kamera telefon pintar anda, bergantung pada jenis telefon pintar anda kadang-kadang setting ini dipanggil Guidelines, Gridlines, dan sebagainya.

Mengapa perlu aktifkan garisan grid?

Di dalam fotografi tedapat satu konsep yang penting yang dipanggil ‘Rule of Thirds‘. Konsep ini menjadikan gambar yang anda ambil seimbang dan juga menarik. Bagaimanakah cara untuk mempraktikan konsep ini? Perhatikan gambar di bawah. Gambar ini menunjukan garisan grid pada kamera telefon pintar anda. Terdapat 4 titik persilangan pada garisan grid ini. Titik persilangan ini di panggil titik fokus. Jika anda meletakkan objek fokus anda pada titik persilangan ini, gambar yang anda ambil menjadi lebih seimbang dan tidak kekok dipandang.

Image result for garisan grid dalam fotografi
Gambar diambil dari Google

 

 

 

Tips 4 : Letakkan Objek Pada Garisan Grid

Cuba anda letakkan objek fokus yang anda ambil selari dengan garisan grid pada kamera anda. Teknik ini juga boleh membuatkan gambar yang anda ambil kelihatan seimbang dan menarik. Lihat contoh di bawah di mana objek fokus diletakkan pada garisan grid menegak dalam kamera telefon pintar.

 

 

Image result for garisan grid dalam fotografi
Gambar diambil dari Google

Tips 5 : Garisan Mendatar / Garisan Ufuk (Horizontal Line)

Jika anda mengambil gambar yang mempunyai garisan mendatar atau garisan ufuk seperti laut, letakkan garisan tersebut pada salah satu daripada garisan mendatar dalam grid panduan kamera telefon pintar anda. Cuba lihat contoh yan diberikan di bawah:

Image result for garisan grid dalam fotografi
Gambar diambil dari Google

 

 

Tips 6 : Teknik Pencahayaan Dalam Fotografi

Ambil perhatian kepada pencahayaan ketika anda mengambil gambar. Pencahayaan memberikan kesan yang besar terhadap gambar yang anda ambil.

Mengapa?

Kerana ia dapat mengubah suasana dan mesej yang di bawa oleh foto tersebut. Menumpukan fokus pada objek utama dan menjadikan gambar lebih dramatik dan menarik. Contohnya, objek yang disinari cahaya yang masuk melalui tingkap tampak lebih menarik dibandingkan objek yang disinari cahaya matahari secara terus.

Image result for teknik pencahayaan dalam fotografi
Gambar diambil dari Google

 

fokus menggunakan teknik pencahayaan
Gambar diambil dari Google

 

 

Tips 7 : Melibatkan ‘Reflection’ Atau Pantulan Imej Dalam Gambar Anda

Mata kita secara automatiknya tertarik kepada pantulan imej atau ‘reflection’. Pantulan imej memberikan kita mesej yang seolah-olah terdapat ruang lain yang muncul dalam gambar kita. Terdapat banyak sumber untuk anda memperolehi imej pantulan ketika menangkap gambar contohnya lopak air, kolam, cermin, dinding cermin, gelas, permukaan yang berkilat dan banyak lagi.

Image result for pantulan imej dalam gambar
Gambar diambil dari Google

Tips 8 : Latar Belakang Yang Bersih

Apabila anda mengambil gambar yang mempunyai latar belakang yang bersih, objek dalam foto anda akan lebih menyerlah. Contoh latar belakang yang boleh anda gunakan adalah seperti langit, laut dan dinding.

Image result for imej dalam gambar dengan latar belakang pemandangan
Gambar diambil dari Google

Tips 9 : Ambil Foto Kandid

Gambar kandid membolehkan anda merakamkan suasana sebenar foto yang anda ambil. Mamable paling suka bahagian ini.

gambar candid yang merakam emosigambar candid menghasilkan efek gambar hidup

 

 

 

 

 

Adakah anda rasa tips yang saya berikan sudah cukup? Teruskan membaca untuk beberapa lagi teknik hebat yang boleh anda pratikkan ketika mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s