Review Pembikinan Suntingan Video Untuk Siri Program Jom Agro Tourism


I am what I am……

Cerita disebalik kerja-kerja pembikinan sunting video untuk siri jelajah yang akan datang iaitu “Jom Agro Tourism” dengan anjuran daripada MTC, MOTAC, MOA , MARDI dan MAEPS Agro Tourism Park bersama hos selebriti Maria Tunku Sabri.

Seharian Mamable berjalan bermula di MAEPS Serdang kemudian ke Harriston Chocolate di Matic, Jalan Ampang dan akhir sekali ke Hotel Tamu & Suites yang terletak di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Rasa berbangga dapat melibatkan diri bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam menjayakan program bersiri ini. Seperti mengimbau kembali zaman Mamable bekerja sebagai seorang PR di N.A.R Records dulu. Bekerja disebalik tabir.

Lokasi Pertama – MAEPS Serdang

MAEPS….Mencipta Memperkayakan Pengalaman Anda!!!

Orang lain dah berapa kali sampai ke MAEPS Serdang tetapi Mamable baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Rupa-rupanya banyak juga kemudahan yang sedia ada di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Ia telah dipertingkatkan secara maksimum untuk aktiviti pelancongan melalui pelbagai pembinaan rumah mengikut negeri, laman madu kelulut, laman herba, laman sayuran, ladang nenas, sawah padi dan banyak lagi tarikan yang ada di sini.

MAEPS ini terletak di Serdang dengan keluasan 130 hektar, dikelilingi dengan keindahan taman dan tumbuh-tumbuhan hijau digabungkan dengan kemudahan dewan serbaguna bagi memenuhi keperluan industri MICE. Lokasinya yang strategik bersebelahan dengan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan,Putrajaya dan berhampiran kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya ia juga hanya mengambil masa 20 minit dari Kuala Lumpur, 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 50 minit dari Melaka Bandaraya Bersejarah dan 3 jam dari Johor/Singapura.

Melalui tarikan yang ada di Maeps, para pelancong bukan saja dapat melawat rumah negeri malah turut dapat melawat laman agro untuk mengetahui keunikan destinasi agro pelancongan ini. Di MAEPS juga, pelancong boleh melihat kaedah tanaman padi selain bagaimana madu lebah diproses dan pelancong juga menghirup madu kelulut terus dari sarangnya.

MAEPS sangat unik dalam definisinya yang tersendiri, ia mempunyai 8 laman pertanian seperti herba, sayur, padi, perikanan, nanas, ternakan, jentera dan florikultur. Ia dapat memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengalami sendiri kelainan yang diketengahkan bagi aktiviti agro pelancongan yang ditawarkan di MAEPS.

Produk terbaru iaitu G2G Animal Garden – MAEPS merupakan tarikan terkini bagi merapatkan para pelancong dan pengunjung dengan haiwan ternakan dan binatang peliharaan.

Mamable berpendapat bahawa agro pelancongan di Malaysia berpotensi besar untuk menyumbang kepada pendapatan negara. Ini juga menambahkan kepelbagaian dalam pilihan destinasi agro pelancongan di Malaysia, sesuai bagi semua peringkat usia untuk menerokai informasi tentang pertanian dan penghasilannya.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
Kredit gambar : AJ Zackery

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and hat
Kredit gambar : AJ Zackery

Suasana Di Garden District

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: plant, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree and outdoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing, hat and outdoor
Kredit gambar : AJ Zackery
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, outdoor and nature
Bersama mereka yang sporting dan best : dari kiri Puan Norafizah Rahman (Ketua Pegawai Operasi – MAEPS Management Sdn Bhd), Puan Maria Tunku Sabri (Hos Jom Agro Tourism, selebriti dan Produser TV3) dan Puan Zayn Hakeem (Setiausaha Eksekutif Majlis Pelancongan Malaysia)
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, plant, outdoor and nature
Puan Maria Tunku Sabri bersama Encik Aminuddin (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) dan Puan Zayn Hakeem (Setiausaha Eksekutif Majlis Pelancongan Malaysia)
Image may contain: one or more people, people standing, plant, tree, flower, grass, outdoor and nature
Suasana pembikinan suntingan video untuk program siri Jom Agro Tourism yang akan datang

Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: 1 person, smiling, standing, plant, hat, child, tree and outdoor

Suasana Di Ladang Mini Kelulut

Image may contain: outdoor

 

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: 1 person, food and outdoor

Image may contain: plant, food and outdoor

Image may contain: plant, food, outdoor and nature
Kredit gambar : AJ Zackery

Image may contain: 1 person, standing, tree and outdoor

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, people smiling
Bersama Puan Zayn Hakeem dan Puan Norafizah – menyedut terus dari sarang madu kelulut. Kata Puan Norafizah kalau kita sedut madu kelulut ni boleh muda 5 kali ganda tau…..
Image may contain: 4 people, people smiling, eyeglasses and outdoor
Bersama Puan Zayn Hakeem, Puan Norafizah dan Marcus Osmand

Image may contain: 3 people, people sitting, hat, child and outdoor

Image may contain: 1 person, standing, hat, plant, outdoor and food

Apa Itu Madu Kelulut?

Di sini Mamable nak berkongsi sedikit mengenai madu kelulut. Sebab Mamable sendiri pun tidak pernah merasai madu kelulut ini.

Madu kelulut terhasil oleh lebah kelulut iaitu sejenis lebah tanpa sengat yang boleh ditemui di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Dikatakan juga bahawa terdapat kira-kira 500 spesies lebah kelulut di seluruh dunia.

Lebah lelulut, yang juga dipanggil stingless bee dalam Bahasa Inggeris, berfungsi sebagai ejen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesies buah-buahan, bunga-bungaan, sayur-sayuran dan tanaman lain. Lebah kelulut ini menyimpan madu yang terhasil dalam tempayan-tempayan kecil. Madu yang terhasil adalah berwarna putih dan lebih masam berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah lain.

Walaupun masam, madu ini merupakan madu yang mahal dan mempunyai permintaan yang tinggi kerana madu yang terhasil adalah sedikit dan daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

Khasiat Madu Kelulut

Kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), madu ini mengandungi asik fenolik yang bermanfaat kepada manusia. Selain itu, madu ini juga mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu biasa.

Madu kelulut ialah salah satu superfood yang paling berkesan dalam pencegahan jangkitan penyakit dan mempunyai komponen komposisi flavanoid dan finolik yang bersifat alkali dan menurunkan kadar keasidan dalam badan.

Fungsi Kesihatan Madu Kelulut

Antara kelebihan jenis madu yang unik ini dari aspek kesihatan ialah:

  • Membunuh sel-sel kanser
  • mengurangkan kepedihan gastrik
  • Menghilangkan kepenatan
  • Mengawal kadar kolestrol

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: 2 people, people eating and food

Image may contain: food
hasil produk daripada madu kelulut – sabun buatan tangan daripada madu

Image may contain: drink

No automatic alt text available.

Laman Edible

Jiwa terasa begitu tenang apabila memandang ke arah taman yang dipenuhi sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Aroma wangian bunga turut menceriakan suasana kawasan tersebut.

Para pengunjung bebas menerokai Taman Agro Pelancongan di MAEPS, Selangor sambil merasai sendiri pengalaman di taman itu yang dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Laman Agro, Agro Recreation, Rumah Negeriku dan Go Green Edufarm. Berkonsepkan edible garden dengan hiasan landskap terdiri daripada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan herba yang boleh dimakan. Selain tanaman, terdapat juga penternakan kelulut sebagai pameran.

Tambahan pula, terdapat sebuah kawasan yang dikenali sebagai terapi bau dan warna. Kawasan tersebut dihiasi dengan pelbagai jenis bunga seperti bunga ros, bunga kertas dan bunga seri pagi di samping mengeluarkan bau bunga-bungaan yang harum. Tempat itu sesuai untuk terapi menenangkan diri dan merehatkan minda.

Agro Recreation merupakan kawasan riadah untuk seisi keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkayak, bermain bola air dan berjoging.

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: people sitting, plant and table
Kredit gambar : AJ Zackery
Image may contain: plant, tree, outdoor and nature
Kredit gambar : AJ Zackery

Singgah Sebentar Di Nafas Cube

Ia merupakan tapak penginapan yang berkonsepkan santai, Nafas Cube telah menjadi tarikan baharu kepada pengunjung. Nafas Cube meng­ga­bungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari. Ia telah diuruskan sepenuhnya oleh Nafas dan telah  memulakan operasinya pada tahun lepas. Mereka menyasarkan golongan belia sebagai prospek utama memandangkan terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar kawasan penginapan. Ia menempatkan 7 buah kontena, 10 buah culvert dan 10 buah khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa. Kalau nak tahu, Nafas Cube dibina menggunakan barang-barang terpakai.

Info : Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor

Hubungi : 012-342 3364

Image may contain: tree, plant and outdoor
Kredit gambar : AJ Zackery

Lawatan Ke Sawah Padi

Bukan mimpi di siang hari. Pasti anda tidak percaya, di kawasan MAEPS Serdang, Selangor terdapat sebuah kawasan sawah padi yang sangat indah untuk dilawati. Aktiviti seperti (menggagau) ikan dan maklumat berkaitan dengan penanaman padi boleh dipelajari di sini. Bolehlah hubungi di talian 014-6688387 untuk maklumat lanjut.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing, outdoor and nature
Kredit gambar : AJ Zackery

G2G Animal Garden

G2G Animal Garden ini berkonsep menyentuh dan mendekati haiwan lebih dari sekadar melihat haiwan sahaja. Jadi bukan setakat kanak-kanak sahaja mencabar keberanian untuk menyentuh haiwan, malahan orang dewasa juga memaksa diri membuang perasaan geli dan takut untuk menyentuh haiwan. Sebelah kiri terdapat bilik yang menempatkan ular-ular, biawak dan haiwan eksotik. Manakala sebelah kanan pula terdapat bilik yang ada hamster, sugar glider, kucing dan arnab. Petting zoo ini tidaklah terlalu besar hingga memenatkan. Kira-kira sekitar 40 minit, Puan Maria Tunku Sabri dan Puan Zayn Hakeem bermain dengan haiwan-haiwan di sana. Antara haiwan yang boleh dipegang, diberi makan dan bermain dengannya ialah kambing, racoon, burung kakak tua, arnab, ular, hamster, sugar glider, pelbagai jenis burung dan ayam.

Cantik sangat tengok design tempatnya yang menggunakan bahan-bahan dari kayu. Memang menarik dan unik. Mesra alam katanya.

Image may contain: sky, tree, cloud and outdoor

Image may contain: 1 person, bird, hat, tree and outdoor
Puan Maria Tunku Sabri bersama burung kakaktua yang bernama Kapten

Image may contain: bird and outdoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Kredit gambar : AJ Zackery
No automatic alt text available.
Kredit gambar : AJ Zackery
Gambar oleh Puan Zayn Hakeem (MTC) – Puan Maria Tunku Sabri bersama kucing baka British Shorthair yang bernama Jackie

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and outdoor

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and outdoor
Kredit gambar : AJ Zackery

Info G2G Animal Garden :

Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor

Waktu operasi : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Hubungi :  012-777 1974

Facebook : https://www.facebook.com/G2GAnimalGardenOfficial

House Of Kambing

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Cafe Pertama di Malaysia di mana tetamu dapat menikmati hidangan sambil melihat permandangan, bergambar dan bermain bersama ternakan kambing, unta dan rusa!

Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing, cloud, sky and outdoor

Pada pendapat Mamable ialah lokasi ini lengkap dari ladang hinggalah ke pinggan. Di kelilingi kehijauan alam merangkumi ladang, kebun dan laman pertanian, kunjungan ke kafe itu nyata berbaloi.

Melangkah masuk, tumpuan pertama pasti terarah kepada susun atur menarik set kerusi dan meja makan berasaskan kayu palet. Didekorasikan dalam suasana santai dan praktikal untuk keselesaan anda, hakikatnya ia menawarkan konsep menarik.

Menurut Dr. Mat, ‘resepi yang disajikan merupakan resepi ORIGINAL tersendiri turun-menurun – a mixed of East Coast and Thai taste katanya. Antara menu-menu yang disajikan di House of Kambing :

  • Nasi Kukus Kambing Bakar House of Kambing (RM10)
    Grilled Kambing + nasi kukus + sambal belacan putik pauh+ resepi special sos kari + sayur kobis yg ditanam di belakang ladang mereka. Sungguh segar dari ladang.
  • Nasi Kukus Ayam Bakar House of Kambing (RM7)
    Grilled Ayam + nasi kukus + sambal belacan putik pauh+ resepi special sos kari + sayur kobis yg ditanam di belakang ladang mereka. Sungguh segar dari ladang.
  • Grill Out Mini untuk 2-3 orang (RM40)
    500g signature marinated kambing + 2 nasi kukus set
  • Grill Out Platter untuk 4-6 orang (RM95)
    1KG signature marinated kambing +600g ayam bakar +5 nasi kukus resepi sendiri

Image may contain: 1 person, sitting, table, drink and outdoor

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, eating, food and outdoor

Image may contain: people sitting, food and indoor

Image may contain: food
Kredit gambar : AJ Zackery
Image may contain: food
Kredit gambar : AJ Zackery

Image may contain: food

Image may contain: text

Info House Of Kambing : Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor

Facebook : https://www.facebook.com/houseofkambing

Hubungi : 014-977 3531

No automatic alt text available.

Lokasi Kedua – Harriston Chocolate, Matic Jalan Ampang

Untuk pembikinan suntingan video bagi siri program Jom Agro Tourism meneruskan jelajah ke Harriston Chocolate di Matic, Jalan Ampang.

Ini merupakan kali kedua Mamable ke Harriston, yang pertama adalah di Cheras dan kini yang kedua di Matic Jalan Ampang. Ini adalah gara-gara pelawaan Majlis Pelancongan Malaysia bagi menjayakan siri Jom Agro Tourism yang akan datang.

Harriston merupakan jenama tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2005 oleh SC Teng, seorang lelaki yang sukakan coklat dan membayangkan sebuah emporium coklat terkenal di dunia. Nama Harriston kini sentiasa meniti di bibir-bibir penggemar coklat tak kira dari dalam dan luar negeri. Ia juga merupakan pembuat coklat dan pengedar terbesar dengan 5 kedai utama di lokasi yang strategik di Kuala Lumpur, Pualau Pinang dan Pahang. Harriston juga memilik Harriston Signature, Harriston Boutique dan Harriston Artisan.

Coklat Harriston telah menambat hati lebih daripada 4 juta pelanggan dari 80 buah negera di seluruh di dunia. lebih 150 jenis coklat dari pelbagai rasa dan bentuk. Semuanya diperbuat daripada biji koko yang terbaik dan berkualiti.

No automatic alt text available.

Image may contain: food

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: table and indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

 

Image may contain: plant and outdoor

Pabila Maria Tunku Sabri Terlibat Dalam DIY Harriston

Harriston DIY bengkel merupakan pengenalan kepada coklat, pengalaman dan penemuan yang menyeronokkan. Khusus untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas dengan bayaran RM35.00 seorang lengkap dengan bahan-bahan yang disediakan oleh Harriston, apron, kit seperti sarung tangan plastik, penutup mulut dan lidi juga pemberian sijil oleh Harriston.

Dengan durasi masa selama 1 jam, anda akan melalui 4 proses iaitu, ‘moulding’, lolipop, ‘chocolate painting’ dan ‘moulding Harris, the Orang Utan’. Setelah selesai, anda bolehlah membawa pulang coklat buatan tangan anda sendiri.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people, indoor

Image may contain: one or more people and people sitting

Sesi Bergambar

Image may contain: 16 people, people smiling, people standing

Info Harriston :

Lawati laman web : http://harriston.org

Facebook : https://www.facebook.com/HarristonMY

Lokasi Ketiga Dan Juga Lokasi Terakhir

Image may contain: sky, skyscraper, cloud and outdoor
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat 27 Hotel Tamu & Suites

Merupakan hotel tertinggi di sekitar Kampung Bharu. Hotel Tamu & Suites adalah kediaman yang terletak di tengah-tengah kawasan bersejarah Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik untuk seminar, bilik untuk mesyuarat, tempat makan, gim, kolam renang, lounge eksekutif dan kedai runcit. Walaupun masih lagi dalam pembinaan, Mamable berpeluang untuk mengambil gambar bilik dan kemudahan yang disediakan. 

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Kredit gambar : Marcus Osmand untuk FB page Road To Agro Tourism. Gambar dari kiri – Encik Abdul Latib Omar (Pengurus Besar Hotel Tamu & Suites), Puan Maria Tunku Sabri (Hos Selebriti – Jom Agro Tourism), Encik Aminuddin (Exco Majlis Pelancongan Malaysia), Dato Izhar Ibrahim DSIS (Pengarah Eksekutif Kumpulan Zikay) dan Puan Zayn Hakeem (Setiausaha Eksekutif Majlis Pelancongan Malaysia)

Image result for hotel tamu kuala lumpur

Terima kasih Mamable ucapkan kepada Puan Norafizah Rahman (Ketua Pegawai Operasi – MAEPS Management Sdn Bhd), Encik Aminuddin (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) dan Puan Zayn Hakeem (Setiausaha Eksekutif Majlis Pelancongan Malaysia) dalam memberi peluang kepada Mamable untuk turut serta dalam pembikinan suntingan video untuk siri program Jom Agro Tourism yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s