Tasneem Natural Balm Sesuai Untuk Semua


I am what I am…..

Bab berkongsi pengalaman ini merupakan perkara yang amat Mamable suka. Sharing is caring gitu. Rasanya inilah entri Mamable yang paling santai dari yang lain.

Mamable nak sharing mengenai penggunaan balm bayi yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Bermula dari bayi yang baru lepas lahir hinggalah ke mereka yang telah berumur. Tak percaya….meh sini Mamable ceritakan……

No automatic alt text available.

Beberapa minggu yang lepas, Mamable dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada budak poslaju yang mengatakan ada barang untuk Mamable. Satu bungkusan daripada Tasneem Natural Hq yang mengandungi kit balm untuk bayi. Alamak Mamable mana ada bayi atau anak kecil untuk Mamable sapukan atau gunakan.

Dalam bungkusan tu terdapat 4 jenis kit balm iaitu :

  • Sleep Time – balm ini disapukan di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga, serta di pergelangan tangan.
  • CF Rub – disapukan di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada.
  • T Rub – sapu di perut dan tapak kaki.
  • Calm Time – ia disapukan di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta di pergelangan tangan.

Image may contain: 1 person, smiling, indoor

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

Hurmmmm bagusnya produk balm ni, boleh juga Mamable cuba pada anak-anak dan suami Mamable. Kalau nak tahu, produk ini mengandungi bahan-bahan 100% semulajadi dan ia amatlah selamat untuk digunakan.

Bersesuaian dengan musim sejuk dan hujan yang melanda Malaysia, nasib baik ada kit balm ini disamping keluarga Mamable. Kalau korang nak tahu, anak-anak Mamable ni bila sejuk mereka akan selsema dan susah nak tidur. So ini akan mengganggu tumpuan mereka di dalam kelas pada keesokkan harinya. Tetapi semenjak Mamable sapukan kit balm ini di hidung, belakang telinga, di pergelangan tangan, nadi dan di tulang belakang mereka, tidur mereka lebih nyenyak dari sebelumnya. Tiada lagi keluhan daripada mereka. Malahan mereka more happy dan bertenaga.

Manakala Encik Suami sering mengadu sakit sendi-sendi, maklumlah seorang pemandu lori kerjanya sentiasa hingga ke tengah malam. So seperti anak-anak, Mamable pun sapukan balm Calm Time ke setiap sendi, tulang belakang, tapak kaki, nadi, di belakang telinga serta di pergelangan tangannya. Alhamdulillah selepas 3 atau 4 kali penggunaan, Encik Suami dah tak mengeluh sakit sendi lagi. Siap Encik Suami bawak pergi kerja lagi.

Mamable pula sering bersin setiap kali bangun pagi. Selepas itu hidung Mamable akan tersumbat hingga menyusahkan Mamable untuk tidur. Masalah ini dah lama berlarutan. Apabila dah ada balm Tasneem ni, Mamable pun cuba balm CF Rub yang digunakan untuk di bahagian hidung, tekak, di tulang belakang, tapak kaki dan dada. Sekarang setiap kali selepas mandi dan sebelum nak masuk tidur, Mamable akan sapukan CF Rub balm ini. Kini tidur Mamable teratur dan terasa keselesaan semasa bangun dari tidur. Tiada lagi selsema dan bersin.

Image may contain: 6 people, people smiling, selfie and outdoor

Kini keluarga Mamable merupakan keluarga yang bahagia dan sihat sejahtera. Di sini Mamable nak berpesan : Keluarga Sihat boleh ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Definisi ini menjelaskan bahawa dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan hakiki dari segi fizikal, mental dan sosial ahli-ahli keluarga dan menjadi satu entiti kepada keluarga itu sendiri.

Kami sihat dan bahagia kerana adanya kit balm Tasneem Natural. Gunakannya tanpa was was.

Info Tasneem Natural HQ :

15-1, Jalan Putra Kajang,

Taman Putra Kajang,

43000 Kajang,

Selangor.

Laman web : tasneemnaturel.com

Facebook : https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq

Atau hubungi : 011-2096 4665

No automatic alt text available.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s